Sunday, January 16, 2011

Izinkan mama merinduimu sayang..

Sayang mama Shafiy.. Dikala ini mama terlalu merinduimu sayang.. Kerinduan yang teramat sangat Tidak tertanggung rasanya sayang.. Mama tidak tahu apa yang harus mama lakukan Mama buntu Shafiy Baby Mama.. Masih segar lagi dingatan mama Saat kelahiranmu.. Kesakitan yang mama tanggung Seakan hilang begitu saja Apabila menatap wajah baby Sungguh indah, sungguh suci, sungguh bercahaya.. Subhanallah..sungguh indah ciptaanMu yang kau titipkan buatku Mama terlalu bahagia sayang.. Ayah sungguh bangga dengan adik Semua yang memandang adik akan jatuh kasih.. Terlalu sempurna Rupanya adik membawa cahaya syurga sayang.. Baby sayang... Bulan pertama..bulan kedua..bulan ketiga..bulan keempat.. Mama begitu bahagia sayang Adik membesar dengan cepat sekali Adik membesar dengan sempurna tanpa sebarang kekurangan Mama terlalu sayangkan adik.. Mama tidak mahu berenggang walau sesaatpun.. Anakku sayang.. Bulan kelima..mama terpaksa tinggalkan adik.. Mama akan mula bekerja sayang.. Pagi-pagi mama akan tinggalkan adik.. Bila malam..kita akan tidur sama-sama sayang.. Mama mintak maaf sayang Terpaksa tinggalkan adik buat sementara waktu.. baby sayang.. Mama masih ingat lagi saat mama suapkan adik makanan yang pertama.. Adik suka sangat dapat makan.. Adik makan sampai habis.. mama masakkan adik bubur dengan karot.. Mama rasa terlalu bahagia sangat sayang Dapat suapkan adik.. Tetapi kini.. Itu hanyalah kenangan indah yang adik tinggalkan buat mama Hingga kini.. Mama masih terasa panasnya adik bila dipelukan mama Mama masih lagi terbau wanginya tubuh adik.. Mama terlalu rindukan adik.. Kerinduan yang tidak dapat ditahan rasanya.. Adik tau tak.. Selepas solat mama sentiasa berdoa Agar mama dapat berjumpa adik Walaupun dalam mimpi.. Baby mama yang bucuk macam.. Walaupun adik hadir hanya untuk 7 bulan 3 hari sahaja Tetapi mama amat bersyukur sayang kerana adik hadir menjadi anak mama Adik tidak pernah menyusahkan mama dan ayah Mama bahagia dengan kehadiran adik Mama tau Dikala ini ini adik sedang berbahagia di SANA Mama tau Suatu waktu nanti kita akan bertemu Ingatlah sayang Bila saat dan ketikanya nanti.. Bila kita dipertemukan.. Pimpinlah tangan mama sayang.. Ingatlah mama sayang.. Mama ingin menjadi mamamu selama-lamanya sayang Coretan, Mama yang terlalu merinduimu sayang

Thursday, January 13, 2011

Tanggal 13hb

Salam.. Semoga pembaca sekalian dianugerahi kesihatan dan kebahagiaan dikala ini. Hari ini genaplah sebulan baby Shafiy meninggalkan mama. Sesungguhnya agak sukar untuk mama menerima kenyataan yang ini. Baby yang mama kandung selama 9 bulan, hanya sempat mama tatap wajahnya hanya untuk 7 bulan 3 hari. Namun, ketika ini terasa kerdilnya kita disisiNya. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Kita hanya mampu merancang, tetapi hanya perancangan Allah yang paling sempurna. Seringkali mama menitiskan air mata bila kerinduan tak dapat dibendung. Namun, cepat-cepat mama ingatkan diri mama yang baby mama berada ditempat yang jauh lebih baik. Hanya doa dan Al-Fatihah mama iringkan buat baby mama. Semoga adik tenang disana. Hari ini juga keluarga kami dikejutkan dengan berita kematian bapa saudara pada pukul 11.45 pagi tadi seelah lebih seminggu koma. Al-fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat. Wassalam.

Thursday, January 6, 2011

Al-Fatihah

Salam to all blogger.. Sebenarnya dah lama nak buat n3 ni..tapi macam tak berdaya rasanye..hari ni saya cuba carik kekuatan diri untuk menulis mengenainya.. Tanggal 13 Dis 2010, hero saya yang ke-3, Muhammad Shafiy Luqman telah kembali menemui penciptaNya seperti yang telah tertulis untuknya. Usianya baru masuk 7 bulan 3 hari, tetapi itulah janji Allah..setiap yang hidup pasti akan mati tidak kira tua atau muda. Memang terlalu berat untuk saya menerimanya, tetapi siapalah saya untuk mempersoalkannya. Itu adalah hakNya yang diamanahkan pada saya untuk menjaga buat sementara waktu. Memang telah ditakdirkan saya hanya menjaganya untuk 7 bulan sahaja.. Mama redha dengan pemergian adik..semoga adik aman di sana..terima kasih sayang kerana membahagiakan mama dan ayah walaupun untuk seketika.. Al-fatihah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...