Saturday, April 30, 2011

Semekar kasih Prince William to Kate Middleton





Salam sihat to all bloggers and readers...

Semalam seantero dunia sama-sama menikmati saat indah perkahwinan di raja England. Saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Dalam hanya beberapa minit, sahlah Middleton menjadi ratu kepada William. Lihatlah..betapa indahnya saat itu. Pada satu saat,,kita mula terfikir..satu dunia mula bersatu menikmati saat-saat indah perkahwinan antara 2 hati ini. Kita seakan-akan lupa segala keganasan, peperangan, huru hara yang berlaku diseluruh dunia. Mendengar saja lafaz cinta William kepada Middleton..seluruh dunia mempuyai satu rasa yang sama..bahagia.

Dalam diam-diam..cuba kita imbas kembali saat-saat bahagia kita bergelar raja sehari. Perasaan bahagia halus menyelinap segenap ruang urat nadi kita...terlalu indah bila di kenang..Namun, setelah beberapa tahun melayari bahtera rumah tangga..kenapa perasaan itu mula pudar?? Di manakah salah dan silapnya?
Malah, ada juga yang kecundang di pertengahan jalan..sayang..segala harapan dan impian yang pernah dibina bersama mula hancur, berkecai..jadi debu akhirnya.

Jangan...jangan biarkan segala impian indah dulu hancur setelah kita kecapi..berusahalah agar ianya kekal mekar mewangi di sudut hati. Usah ternoda dengan godaan..ianya memang rencam kehidupan.

Bagi para wanita...bersabar dengan alam rumahtangga..ingat setiap yang berlaku adalah dugaan. Terimalah dengan redha..ingatlah seberat mana ujian yang menimpa kita..tidak sehebat penderitaan Asiah ditangan Firaun. Bersabar, bertaqwa dan hiasi peribadi dengan iman..mudah-mudahan nanti kita akan ditawarkan sebagai bidadari syurga menemani Saidatina Khadijah di taman tertinggi. Ameen..

Oklah..cukuplah coretan hari ini. Sambil-sambil tu jamulah mata anda dengan gambar-gambar cupcake hantaran perkahwinan yang ditempah oleh teman sepejabat. Semoga anda terhibur. Wassalam..dan selamat menyambut hari buruh.






Tuesday, April 26, 2011

Lelaki oh Lelaki

Salam to all blogger..

Tiba-tiba hati rasa sayu dengan apa yang telah menimpa kawan baik saya..sesungguhnya inilah putaran hidup. Memang setiap apa yang berlaku telah ditakdirkan, namun sesungguhnya kadang-kadang kita tidak pernah mengerti akan sikap sesetengah lelaki ni. Siapa sangka orang yang pernah melafazkan kata sayang dan berjanji sehidup semati bersama kita suatu ketika dulu boleh berubah sekelip mata hanya dengan sedikit pangkat dan kuasa yang dimiliki.

Bukan niat saya ingin mengata kaum ini, tetapi inilah realiti yang terjadi pada seorang teman. Dahlah si lelaki ini terang-terangan curang dalam perkahwinan mereka, tak cukup dengan itu dia sanggup pulak menendang dan memukul isterinya yang sedang sarat mengandung....memang jenis lelaki yang tidak berhati perut...yang mungkin hilang sifat kewarasannya.

Mungkin sebagai manusia biasa..kita seringkali terlupa dan alpa. Sesungguhnya perlu diingat, Allah SWT menduga hambanya melalui pelbagai cara. Ada yang diduga dengan paras rupa yang buruk, tapi ada juga diduga dengan paras rupa yang menawan, ada yang diduga dengan kemiskinan dan kehinaan, tetapi ada juga yang diduga dengan harta kekayaan melimpah ruah serta pangkat dan harta. Itu hanya dugaan daripada Allah SWT untuk melihat sejauh mana teguhnya iman kita. Oleh itu, sekiranya kita dianugerah dengan sedikit kemewahan dan kemasyhuran hidup, jangan sesekali kita lupa..roda tidak semestinya selalu di atas..kadang-kadang ada masanya kita dibawah. Hanya masa dan ketika sahaja menentukannya.

To my friends..sabar dan tabah menerima ujian Allah. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hanya yakin dan sabar. Memang senang untuk berkata, tetapi berat bagi yang menanggung..namun hanya sabar sahaja yang dapat mengubatinya. Pasrah dan tawakkal, sesungguhnya perancangan Allah lebih sempurna.

Ok..itu jelah..sambil-sambil melayan blog saya ni..apa kata layanlah gambar barbie cake yang special ni..ini adalah order dari kawan saya weekend lepas..untuk anaknye..
Thanks Busyra..harap nadya suka yer..untie sue buat special untuk nadya..happy birthday sayang..






Friday, April 22, 2011

Wedding Cake

Salam..

Semoga pembaca sekalian dikurniakan rahmat kesihatan yang tidak ternilai harganya. Benarlah kata orang, duit banyak pun tak guna kalau kita terbaring jer sakit..sudahnya orang lain pulak yang menikmati hasil titik peluh kita kan..

Tapi..hidup memanglah kena kerja dan cari duit kan..so, apa salahnya dengan duit yang ada tu kita enjoy sikit..pergi bercuti ke.. bawa family dan anak-anak makan angin..atau beli apa saja barang yang selama ini kita pendamkan je keinginan tu..apa kata sekali-sekala pejam mata dan beli je..mesti seronok kan? Lepas tu..cariklah duit lagi kann..kann..Insya'Allah rezeki di bumi Allah ni banyak..cuma kena usaha je..rezeki tak datang bergolek kalau tak usaha.

Ok..hari ini saya nak postkan jer gambar wedding cake ni..kalau minat sms/call jer 012-2042485..harga boleh negotiate..

Thanks kerana meluangkan masa melayan blog saya..bye..



Saturday, April 16, 2011

Ultraman dah mai dah...

Salam to all bloggers... Just nak inform ni lagi satu produk yang available kat myluvbakery. Edible image kek..kalu pompuan bolehla order princess ke, dora ke atau yang sewaktu denganye..kalu boys buleh la nak order ultraman ke..ben-10 ke atau apa-apa jelah..yer.. Just sms/call me 012-2042485.. Bye..

Friday, April 15, 2011

Nyumm.nyummm

Salam to all...


How's your day today?? Harap semuanya menggembirakan. My day?? As usual, busy jer kat opis..the whole day meeting jer...dari pagi sampai petang..sometimes boring gak..tapi apa nak buek..dah memang tanggungjawab ..kena ler pikul ye tak?? kalau tak..resign je laa...

Resign??? Kalau myluvbakery ni dah maju may be kot..Insya'Allah..


Ok cukuplah about me... oh lupe pulak...ini carrot walnut cake with cream cheese topping...order from one of my colleague untuk anakanda dia yang kurang sihat...thanks yer matron..next time order lagi tau...why glam carrot walnut ?? nampak glamer kan..kan..kan...nama ni my officemate yang bagi...sebab katanya glamer sangat hihihi...


Nak tak?? Order laa...call or sms me 012-2042485..


Salam..dari myluvbakery..

Thursday, April 14, 2011

Fancy Cheeze tartz


Hai All...

Cantik tak ?? Tak teringin ke.? Ini sebenarnya choc tart..kat atasnye tu special sikit cause ini untuk dijadikan hantaran kawin oleh one of my officemate....

Ada sedara mara nak kawin? Boleh le order wat hantaran ke, door gift ke, atau saja-saja nak makan..boleh...

Apa lagi...call ler 012-2042485..order lah sekarang..gerenti ngetop you..

Bye.


Luv from myluvbakery

Sunday, April 10, 2011

Barbie In da House





Salam kepada semua pembaca..


Just nak update regarding new products..it's a barbie doll cake..sesuai untuk si cilik yang manis..

Bayangkan betapa gembiranya anak gadis cilik anda menerima kek yang comel ini for her birthday party..ummmm...mestinya yang terucap....cantiknya.....


So, why wait ?? Make an order or reservation for your daughter coming birthday..or maybe you pun nak join sama..apa salahnye..


Prices? Murah jer...untuk fully fondant..RM150 / untuk buttercream + fondant RM90..cake weight around 1.8kg ++.

So, book now...call/sms me 012-2042485 or email me suraineewahab@yahoo.com



Enjoy the photo.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...