Sunday, May 29, 2011

Kisah di Tanah Kubur (part 1)

Ahlan wasahlan to all my reader an follower
harap semuanya berada dlam rahmatNya
Kali ini saya nak cerita kisah-kisah di tanah kubur. Maklumlah setiap minggu saya akan ke kubur arwah baby Shafiy. Macam-macam bende yang bolehh saya ceritakan pasal kubur ni
Dulu bila sebut pasal kubur jer macam-macam yang menjelma dalam pemikiran saya. Saya akan terbayang tempat yang sunyi-sepi an semak samun

Yang ada hanyalah batu nisan yang berceracak.Tempatnya mestilah jauh dihujung kampung. Setiap kali terbayang akan kubur setiap kali itulah bulu roma akan meremang kadang-kadang tak boleh tidur dibuatnya. Maklumlah dulu-dulu asrama kat sebelah kubur aje. Jadi, bila sebut pasal kubur je 1001 perkara yang mengerikan dan menyeramkan akan bermain di kotak fikiran saya dan mungkin jua segelintir daripada pembaca semua kan..

Tapi sejak 13/12/2010 semua bayangan saya mengenai kubur hilang begitu saja. Malah tanah perkuburan di Selat Klang seakan-akan menjadi rumah kedua saya. Hati saya akan tenang bila berada di kubur arwah baby Shafiy.Melawat kuburnya adalah satu agenda wajib dalam hidup saya kini Saban minggu melawat kubur ada-ada jer peristiwa yang berlaku. Kadang-kadang bila datang ramai orang kat kubur kerana menghantar penghuni baru.

Kubur baru boleh dikatakan tiap-tiap hari digali. Kalau kat tanah perkuburan ni kubur orang dewasa dan kanak-kanak diasingkan.Kalau tengok dari segi ratio lebih banyak kubur orang dewasa di gali berbanding kubur kanak-kanak.
Sepanjang tempoh 5 bulan ni jer kubur baru kanak-kanak dalam 50 kot tapi kubur orang dewasa dah beratus-ratus kot.

Bila saya datang ke kubur jer seringkali saya termenung mengenangkan nasib saya. Sekurang-kurangnya orang yang kat 'dalam' tu dah pasti tanah kuburnya kat sini tapi saya? entah kat mana lah agaknya..Kadang-kadang pulak saya terfikir bagaimanalah nasib orang kat 'dalam' tu agaknya. Betullah kata para bijak pandai menziarahi kubur boleh menginsafkan kita menziarahi kubur juga boleh mengingatkan kita pada mati..dan mati itu sememangnya pasti datang..cuma bila dan bagaimana itu adalah Rahsia Allah..

Bila datang ke sini kadang-kadang saya jumpa orang yang sama
maksudnya dia pun sama cam saya datang tiap-tiap minggu
Ada tu datang masa hantar jer lepas tu terus tak muncul
Ada kubur meriah je hari minggu ngan anak cucu datang baca Yasin
Ada kubur sunyi sepi jer
So, bagi sesiapa terutamanya ibu bapa dah meninggal
kalau ada masa lapang dan kesenangan waktu
Pergilah melawat kubur mereka
Sedekahkanlah Al-fatihah buat mereka
Sesungguhnya itu jelah yang diharapkan daripada anak-anaknya

Satu hari seperti biasa saya akan ke kubur arwah Baby
Sedang saya duduk membersihkan kubur arwah tiba-tiba terpandang kelibat seseorang
"Assalamualaikum....
Siapakah atau apakah ia? Nak tahu ke? Bacalah next entry ya..
Wassalam.

Friday, May 20, 2011

Andai ku tahu senyumanmu ini yang terakhir..

Salam jumaat to all blogger dan my follower yang dihormati..
Malam tadi melihat kisah sedih seorang ibu yang kehilangan tiga anak yang mati lemas di sungai tempat berkelah. Sayu dan pilu melihat tangisan seorang ibu yang hilang ketiga-tiga anak sekaligus dalam sekelip mata. Tanpa saya sedar, saya terlalu sebak mengenangkan kesedihan yang ditanggung oleh ibu ini. Saya tahu dan saya mengeri bagaimana rasanya kehilangan anak. Sedangkan saya yang hilang satu anak ini pun sudah tak mampu nak menanggungnya, apatah lagi ibu ini yang hilang tiga anak sekaligus. dan lebih menyedihkan, mayat salah seorang anaknya masih belum dijumpai. Bagaimanalah agaknya ibu ini menghadapi saat-saat ini. Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan pada ibu ini menghadapi ujianMu yang maha hebat ini.

Memang..tidak ada sesiapapun yang akan dapat menolong ibu ini menghadapi saat-saat ini. Sama seperti saya, lebih sebulan selepas kehilangan anak saya..saya umpama bernyawa tapi hidup. Saya hilang pedoman buat sementara waktu..dan saya mula mencari dimana silapnya saya..apakah saya lalai dalam menjaga baby saya dan saya mula menyalahkan diri sendiri.

Namun, setelah berjumpa dengan seorang ustaz dan ahli agama..saya mula menyedari bahawa semua yang berlaku memang telah ditakdirkan. Semua yang berlaku telah dirancang dan tidak ada sesiapapun di muka bumi ini dapat melawan takdir Allah. Tidak ada gunanya saya menyalahkan diri dan tidak ada gunanya saya menyalahkan Takdir..kerana saya jua adalah hambaNya. Suatu msa dan ketika saya juga akan pergi mengadapNya sebagaimana baby saya.
Sejak dari itu, saya mula bangkit dan mencuba untuk hidup kembali bersama sisa-sisa kenangan yang ditinggalkan. Saya cuba mencari kekuatan diri, bersujud dan menyerah hanya kepadaNya. saya menangis dan mengadu di sejadah..memohon agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Alhamdulillah...kini saya sudah mula bangkit kembali. namun, sesekali kerinduan mendatang tidak dapat ditahan kerana kasih seorang ibu tiada siapa dapat menafikan.


Sayang mama baby shafiy,
Andainya mama tahu kau akan pergi dulu sebelum mama,
Akan mama peluk dan cium mu setiap waktu,
Mama tidak akan meninggalkanmu walau sesaat pun,
Akan mama habiskan sisa-sisa waktu bersama baby,
Agar mama tidak terkilan dalam kerinduan.

To all working mums,
Jadikanlah setiap detik bersama anak atau suami
Adalah detik yang terindah
Kerana
Mungkin itulah saat terakhir bersamanya.
Akhir kalam,
Semoga hari-hari yang kita lalui diberkatiNya.Amin.

Tuesday, May 17, 2011

Pulut Kuning, Rendang Daging

Salam to all my readers and follower..



Pulut kuning dan cupcake ni i buat sempena hari ulangtahun kelahiran arwah baby shafiy. Saya rasa macam tak adil kalau i celebrate my other son without celebrate arwah. So, my mum masakkan pulut kuning dan i buatkan rendang daging serta cupcake untuk dihantar pada jiran-jiran dan sedara mara. kalaulah arwah masih ada, i seakan-akan terbayang wajah cutenya semasa potong kek yang mama dia buatkan. Tapi, apakan daya sudah ditakdirkan. Yang pergi takkan kembali lagi..cuma tinggallah sisa-sisa kenangan manis buat peneman hidup mama.





Ada juga yang bertanya, bolehkah kita celebrate birthday orang yang takde..to me simple jer..i cuma berniat untuk bagi orang makan..salahkah? But, whatever it is...i will celebrate atau mengingati hari lahirnya setiap tahun selagi i terdaya..because to me he still alive in my memories.
Oklah..bagi sesiapa yang pernah merasai akan kehilangan ini..they will understand what i mean.

Wassalam..

Sunday, May 15, 2011

Resepi Daging Masak Hitam



Salam to all blogger..
Hari ini nak kongsi resepi daging masak hitam, one of my family favourite dish

Bahan-bahan
1 kg daging - (dipotong nipis-nipis)
5 biji Bawang besar kuning (dipotong dan blender)
5 ulas bawang putih- hiris nipis
1 kpg kulit kayu manis
2 Biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 sudu makan cili kisar
3 helai daun limau purut ( tak de pun tak apa)
3 biji cili besar merah
Kicap untuk perapkan daging
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Perap daging bersama bawang besar yang diblender dan kicap selama 30 minit.
2. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, biji pelaga dan bunga lawang.
3. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar dan daun limau purut.
5. Masukkan daging yang telah diperap tadi. Tambahkan air dari semasa ke semasa sehingga daging empuk.
6. Bila hampir masak, masukkan cili besar merah.
7. Hidangkan dengan nasi panas-panas.
Selamat mencuba.

Saturday, May 14, 2011

Kasih Ibu Ke Hujung Nyawa.


Salam to all blogger and readers..

Rasanya semua blogger dapat menarik nafas lega apabila dapat upload semula blog kan? Saya pun panik jugak semalam apabila tiba-tiba tak boleh nak upload..maklumlah blog free kan manalah tau tiba-tiba tuan punya nak tutup dan terus tak dapat berblogging plak..

Hari ini nak cerita kisah kasih seorang ibu. Pada 8 mei baru-baru ini kitakan baru menyambut Hari Ibu kan..mungkin ada yang membaca kisah seorang ibu yang mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan 3 orang anaknya dalam kebakaran. Hati saya benar-benar tersentuh hingga tak dapat menahan air mata mengalir bagai air terjun..saya rasa semua ibupun akan melakukan perkara yang sama sekiranya berada di tempat arwah. Kisah berlaku di Guchil, Kelantan di mana seorang ibu entah dari mana mendapat kekuatan mengumpil jeriji tingkap rumahnya hingga bengkok dan dapat mengeluarkan ketiga-tiga anaknya dari api yang marak. Malangnya, beliau terkorban kerana tidak sempat membuka pintu rumah yang terkunci. Dan akhirnya, beliau menemui Ilahi di tepi pintu tersebut. Memanglah..kasih seorang ibu sanggup melakukan apa saja demi anak-anak tercinta.

Tapi anak-anak? Cuba renungilah diri kita..terutama bagi anak-anak yang berjauhan dari ibu bapa..berapa kerap kita balik menjengok ibu bapa di kampung? kalau tak mengjenguk pun..berapa kerap kita menelefon dan bertanya khabar ibu bapa di kampung? Bukan wang ringgit yang diharapkan dari kita, cukuplah sekadar menelefon dan bertanya khabar..itulah yang mereka harapkan dari kita bukan? Ingatlah, berbakti lah pada mereka sementara mereka masih hidup..jangan pula kita menyesal bila mereka telah tiada.

Cukuplah buat hari ini ya..sebelum mengakhiri kalam saya tinggalkan anda dengan gambar-gambar order minggu ini..dan juga pesanan daripada Dato' Fadhilah Kamsah..

"Andai tak mampu nak berbuat baik pada ibu bapa, jangan membebankan mereka pun sudah memadai". Bacalah dengan mata hati..semoga kita akan mengerti.


White truffle order from officemate



marble cake with buttercream frosting
Cupcake ni order from my boss..dia tak nak banyak colouring that why keknya putih jer..



Carrot walnut cupcake order from my colleague

chocolate cake for birthday girls kat office..



coklatnya mmmm..makan kena pejam-pejam mata..


Nak order?? Apa lagi call jer 012-2042485 or email to suraineewahab@yahoo.com


Wassalam

Tuesday, May 10, 2011

Andai dapat ku undurkan masa....

Salam to all blogger
Semoga sentiasa dalam rahmatNya. Hari ini 10 Mei, pada jam 4.00am genaplah setahun umur arwah baby shafiy luqman ( jika masih hidup). Saat ini hatiku terasa sayu dan hiba..andainya aku dapat undurkan masa..inginku rasai kembali sakitnya semasa melahirkan adik..mama rela sayang walaupun beratus-ratus kali mengulangi saat-saat itu kerana mama terlalu bahagia apabila pertama kali menatap wajah baby yang mama kandung selama 37 minggu.

Walaupun kesakitan yang mama rasai tidak tertanggung ketika itu..tetapi mama terlalu bahagia kerana waktu itu mama tau baby masih dalam pelukan mama. Mama dapat peluk cium baby..dapat rasa kehangatan baby..mama dapat melihat jernihnya mata baby..tapi itu semuanya sudah berlalu..

Hari ini adalah pasti. Satu kenyataan yang nyata. Baby dah pergi jauh meninggalkan mama. Baby dah pergi dahulu tinggalkan ayah, abang dan abang wawan. Masih terngiang-ngiang di telinga mama saat abang wawan borak dengan baby..masa tu mama masih lagi dalam pantang..dan mama curi-curi dengar perbualan abang wawan dengan baby..

Abang wawan : Baby shafiy..nanti baby shafiy besar abang wawan bawak baby shafiy pegi jalan-jalan tau..kita pegi tengok pokok krismas ( I- City), abang wawan belikan baby mainan ultraman..nanti abang wawan besarlah..sekarang abang wawan pendek lagi..( maksudnya abang wawan kecik lagi laa). Hati ini terlalu bahagia saat itu dengan gelagat abang-abang Baby. Abang syahmi pulak suka sangat tidur satu bantal dengan baby..taulah bantal babykan kecik..selalu jer tersentuh kepala baby kan...

Mama bangga sangat dengan baby. Semua orang puji baby comel sangat..semua yang memandang baby akan jatuh kasih. Mama terlalu gembira lebih-lebih lagi bila baby tak pernah sakit. Semasa menjaga baby mama tak pernah rasa susah. baby tak pernah menyusahkan mama..walaupun masa mama bawa baby balik kampung..baby tak nangis pun walau jalan jauh sampai ke Kelantan..lagi satu masa baby kena chicken pox..mama tak dengar pun suara baby nangis..masa tu mama risau sangat sebab takut baby tak selesa..tapi baby macam tak de apa-apa jer..



Rupa-rupanya itu hanyalah sementara buat Mama. Sesungguhnya begitu berat dugaan yang mama tanggung. Pada 13 Dis 2010, tepat jam 4.00 am, adik pergi meninggalkan mama buat selama-lamanya. Seakan-akan runtuh dunia ini buat mama, mama lesu dan tak berdaya apabila Doktor bagitau adik telah tiada. Mama tak percaya..ayah cuba menenangkan mama..mama tau Doktor tu penipu..adik takkan pergi tinggalkan mama kan?? Tapi itu semua sudah tersurat..mama tak berdaya..mama lemah..mama tak mampu nak berbuat apa-apa..saat itu mama tersedar..Ya Allah..benarlah kau yang Maha Berkuasa..Semua Yang Terjadi adalah diatas kehendakmu..aku hanyalah insan yang lemah..aku hanya mampu menerima qada' dan qadarmu..Andai sudah tertulis ini ujianMu buatku..kau berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk aku menjalani hari-hari yang mendatang

Setelah pemergian adik..barulah mama mengerti, rupa-rupanya adik hanya singgah sebentar membahagiakan mama buat 7 bulan 3 hari..sesungguhnya mama bahagia dik..walaupun sekejap cuma..benarlah juga bisikan-bisikan di nurani mama 3 minggu sebelum kehilangan adik..mama sentiasa dibanyangi perasaan andainya aku kehilangan baby..macamana agaknya?? mungkinkah itu bisikan Malaikat agar mama bersedia dengan pemergian adik...mungkinkah??

Pemergian adik sesungguhnya menyedarkan mama betapa hidup ini hanya sementara. Hidup ini punya hanya satu tujuan iaitu untuk kembali mengadap Pencipta bila masa dan ketika. Mama seringkali bersyukur kerana anak mama berada di tempat yang jauh lebih baik, ditatang oleh para bidadari..namun apakah nasib mama kelak? Mama seringkali mengingatkan diri apakah bekalan yang akan mama bawa kelak untuk bertemu adik.? Dan sesungguhnya mama benar-benar akui akan kealpaan mama selama ini. Mudah-mudahan ini adalah satu rahmat yang diberikanNya.

Walau apapun..adik masih tetap diingatan mama. Mama tidak pernah lupa mengunjungi pusara adik setiap minggu..setiap saat mama masih ingat detik-detik indah bersama adik..mama tau adik bahagia di sana menunggu mama

Akhir kalam..walaupun adik kini jauh dimata..tetapi di hati mama adik sentiasa dekat..terlalu dekat sayang..hingga mama masih lagi dapat rasakan degup jantung adik..

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau Lindungilah anak-anakku dengan kasih sayangmu
Kau cucurilah rahmatMu ke atas roh anakku Muhammad Shafiy Luqman
Kau tempatkanlah dia bersama-sama orang yang Kau pilih
Sesungguhnya aku redha dengan ujianMu ini
Kau berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untukku menghadapinya
Amin..




Monday, May 2, 2011

Erti Kerinduan Seorang Abang





Salam to all blogger..

Semoga sentiasa dalam rahmatNya. Hari Jumaat yang lepas, hati ini tiba-tiba sebak. Anak yang no.2 bertanyakan soalan yang tidak mampu dijawab.

Adik : Mama, kenapa baby Shafiy tu tak sakit tiba-tiba dia meninggal Ma?
Adik : Adik tahu, baby Shafiy tu dah tak sabar-sabar nak jumpa Allah kan Ma?

Sesungguhnya soalan itu memang tidak mampuku jawab. Hanya sebak dan sesak mula menyempitkan rongga dada. Hati ini tiba-tiba terfikir, sedangkan diriku tak mampu menanggung bebanan kerinduan, bagaimanalah agaknya dengan anak-anakku. Mungkin kita tidak memahami perasaan kerinduannya. Dalam usia yang muda, sesungguhnya terlalu sukar bagi anak-anakku menerima semuanya ini. Namun, aku harapkan agar masa yang berlalu akan dapat mengubati kerinduannya.

Sebelum mengakhiri, layanlah gambar-gambar kek order weekend ni..choc moist cake dengan butter cream, chocolate oreo cheese cake and black forest. Kek ni order dari keluarga Banting.Thanks Noni..Nanti order lagi tau..harap suka dengan choc cheese yang meleleh-leleh tu. Hehehehe...

Wassalam









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...