Wednesday, May 30, 2012

Hatiku sedih dan pilu

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman,

Semalam aku menangis lagi
Menangis mengenangkan arwah baby
Rindunya
Rindu yang teramat sangat
Rindu akan senyuman dan hilai tawanya

Walaupun jarak dan masa menjadi garis pemisah
Namun kerinduan yang berbuku di hati
Sukar untuk dilepaskan

Dalam kerinduan ini
Mama akur kehendak takdir
Takdir yang telah ditentukan oleh Maha Pencipta
Takdir yang telah ditetapkan oleh Maha Berkuasa
Kerana sesungguhnya
Allah lebih mengetahui apa yang jelas dan yang tersembunyi
Mungkin tersembunyi seribu rahmat
Yang didatangkan bersama kedukaan ini

Akhirnya
Melewati malam yang panjang
Mama terlena
Dalam dakapan baju-baju baby
Yang baby tinggalkan buat mama



beberapa jam selepas dilahirkan

Usia 8 hari

Usia 2 bulan

                      
Usia 4 bulan



2 minggu sebelum baby tinggalkan mama
Andainya mama tahu itulah senyuman yang terakhir  baby tinggalkan buat mama.....

Kasih sayang mama tidak pernah padam buat baby..ingatan dan rindu mama tersemat disetiap helaan nafas mama...

Alfatihah buatmu sayang. 
Nukilan rindu mama
30 Mei 2012



Monday, May 28, 2012

Pulut Serunding Kelapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Resepi hari ini pulut dengan serunding kelapa. Pulut ni biasanya saya akan buatkan untuk sarapan.

Bahan-bahannya
Beras pulut - basuh dan tanak macam biasa. Masukkan sedikit garam.
Tips : masukkan lebih kurang 1 sudu makan minyak agar beras pulut lebih berderai.

Bahan untuk serunding
1 biji kelapa parut
2 sudu makan udang kering ditumbuk *
2 biji cili merah basah *
3 sudu makan cili kisar *
2 ulas bawang putih *
1 ulas bawang besar *
2 sudu makan ketumbar *
Garam
Asam jawa segera
Serbuk kunyit
satu helai daun kunyit
Minyak untuk menumis

* bahan untuk dikisar

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar.
2. Masukkan garam, asam jawa dan kunyit secukupnya.
3. Masukkan kelapa dan goreng sehingga kelapa agak kering.
4. Masukkan hirisan daun kunyit.




5. Sedia untuk dihidang.

Sunday, May 27, 2012

Lala / Kerang Masak Belacan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pembaca budiman yang dihormati sekalian. Sebenarnya, sejak akhir-akhir ini malas sangat nak berbloging. So, apa kata saya tempekkan dua tiga resepi yang saya pernah cuba. Masakan ini kegemaran anak sulung saya.

Bahan-bahan

1 kg kerang atau lala
3 sudu makan cili kering kisar
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
2 inci belacan ( boleh kurang atau tambah)
2 batang serai (titik)
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 keping asam gelugor
Minyak masak untuk menumis
garam secukupnya

Cara-cara

1. Basuh kerang /lala dengan bersih dan toskan.
2.Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuning-kuningan.
3. Masukkan bawang besar dan cili kisar. Biarkan seketika sehingga cili agak garing. Jika kering, tambahkan sedikit air.
4. Masukkan belacan, asam keping dan serai.
5. Masukkan sos cili, sos tiram dan garam.
6. Akhir sekali, masukkan kerang atau lala.
7. Biarkan masak lebih kurang 10 minit.

Lala 

Kerang
8. Siap untuk dihidangkan.
 
Selamat Mencuba

Tuesday, May 1, 2012

American Chocolate Fudge

                                          Soooo   cute....like her mummy
                                          His father is a football player..maybe he also..later

Ok, kek ini di order oleh one of my friend kat JKWPKL sempena hari jadi anaknya. Hope she will like it. Bagi sesapa yang nak order..harga kek RM50 itu 1kg++ and plus RM15 for photo. Pls sms or email me for order ye.
Thank You. Love u al.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...