Thursday, November 29, 2012

Chocolate 4U cause I LUV U

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar pembaca budiman. Semoga kita semua berada di bawah lindungan dan kasih sayangNya. Amin. 

Minggu ni 2 kali saya melihat mayat terbaring di atas jalan raya akibat kemalangan. Setiap kali melihat mayat yang bergelimpangan itu, hati saya tiba-tiba rasa sebak dan hiba. Tiba-tiba saya memikirkan andainya perkara yang sama menimpa saya, bagaimanalah dengan anak-anak saya nanti. Ya lah, tiap-tiap hari memandu sejauh 120km pergi dan balik, apa-apapun boleh terjadi. Segalanya saya serahkan hanya padaNya, cuma mampu berdoa agar dijauh dari segala bala dan bencana.

Apa-apapun entry saya pada kali ini just nak share. Hargailah masa-masa yang kita ada bersama orang-orang yang kita sayang. Janganlah kita asyik nak bertekak je dengan adik beradik atau jiran tetangga. Ada jiran saya yang dah 12 tahun tak bertegur sapa ngan adik beradik. Ruginya la. Ingatlah ye, kita ni bukannya nak menongkat langit pun. Bila-bila masa pun kita boleh di panggil mengadapNya. 

Lebih-lebih lagi bagi suami/isteri. Janganlah sampai bermasam muka dan bertegur sapa. Enth-entah malam ni malam yang terakhir kita bersamanya. Jangan sampai kita menyesal seumur hidup. Andai ada sedikit kesilapan, maafkanlah dia. Luahkanlah kasih sayang terhadap suami/isteri anda. Beritahunya bahawa kita sangat berbangga memilikinya dan menyintainya sampai ke syurga.

Kalau malu nak luahkan dengan kata-kata, bolehlah order chocolate dari saya ye.



Berminat ? Hubungi saya ye di 012-2042485 atau emel suraineewahab@yahoo.com

Wednesday, November 28, 2012

Lokam Masak Sambal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni saya nak kongsi satu resepi yang menarik, mudah dan sedap.    Resepi lokam masak sambal.


Lokam di rebus terlebih dahulu

mmmmm..yummy

Bahan-bahannya :

3kg lokam ( direbus dan diambil isinya)
1 labu bawang putih
1 labu bawang besar kuning
7 biji bawang merah kecil
1 inci halia
6 sudu makan cili kisar
1 ketul kecil belacan
1 sudu kecil pati asam jawa
sedikit gula melaka.
sedikit garam dan perisa tambahan

cara-cara :

1. Mayang bawang putih, bawang besar dan bawang merah.
2. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, belacan dan pati asam jawa. Masukkan sedikit air. Masak sehingga sambal kelihatan kehitam-hitaman. Tambah air jika kering. 
4. Masukkan halia dan gula melaka.
5. Masukkan lokam yang telah direbus.
6. Masukkan garam dan bahan perisa.
7. Sedia untu dihidang.

Selamat menjamu selera.



Monday, November 26, 2012

Syoknya Balik Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Semoga pembaca semua berada di bawah payung rahmatNya. Macamana dengan hari anda semua hari ini, harap-harap hari ini adalah lebih baik berbanding hari semalam. Hari ni saya takde  cerita pasal kek atau coklat, cuma nak kongsi saat indah saya balik kampung 2 minggu lepas. 

Kampung saya kat Kok Lanas, Kelantan. Dah lama rasanya tak balik kampung sesekali balik syookkk sangat. Hilang rasanya segala kepenatan kerana jauh perjalanan. Kalau balik kami selalunya balik dengan kereta, jarang balik ngan kapal terbang. Kalau balik ngan kereta tu macam bebas la suka hati nak berhenti kat mana. Maklumlah bawak budak-budak ni macam-macam kerenahnya.

Apa-apapun malas nak citer panjang, layanlah gambar-gambar ni.

Seronoknya menyedut air kelapa. Ni kat PCM makan colek sotong.


Heroes in my life

ni pun kat PCB 



Pulut pagi..sedapnya

Lokam..sedap banyak jual kat tepi pantai

Lokam masak sambal

Pucuk ketereh..ulam ambik kat belakang rumah

Gambar pokok cili tuk mek..

Itu je cerita kampung saya. Jumpa lagi di lain masa. Wassalam.

Sunday, November 25, 2012

Tempahan Roti Di Buka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga pembaca atau sesiapa yang terjengah  ke blog ni berada dalam keadaan yang menyenangkan. Ada sesiapa yang suka makan roti tak? Pastinya ramai yang suka makan roti kan. Ok, just nak maklum myluvbakery ada menerima tempahan roti dengan harga serendah RM1.00. Bagi sesiapa yang berminat bolehlah emel ke suraineewahab@yahoo.com atau call/sms di 012-2042485.

Ok, jom layan gambar-gambar roti yang gebu dan enak ni ya. Mmmmmmmmmmm..delicious.


Pelbagai jenis roti

Mini pizza

Roti kacang merah

Roti berinti kelapa/kari ayam atau daging

Mexican Bun

Sekian, sehingga berjumpa lagi.

Sunday, November 4, 2012

Black Forest & Zara Adelia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Buat pembaca dan sesapa yang tersinggah di blog ini. Terima kasih kerana sudi menyinggah walaupun tak sengaja.

Minggu ni minggu yang amat-amat sibuk dengan perancangan sempena Sidang Media Makan Secara Sihat Sempena Perayaan Deepavali. Namun Alhamdullillah, dapat juga siapkan beberapa order untuk kek RVC.

Dah lama juga teringin nak makan kek Black Forest. Kalau dulu sebelum terjun ke bidang kek ni, apa-apa sambutan jer mesti order Kek Black Forest..kiranya meletup la kek ni. Tapi semenjak dah  buat kek sendiri ni, langsung tak merasa sebab dah lama tak mengorder. Tapi, hari ni saya dah berjaya menyiapkan sebiji kek black forest dengan ditemani Zara Adelia, anak buah yang comel sangat.
Jom layan gambar-gambar yang saya snap ni ye.

Nyum..nyummm..nyummm


Mengancam tak saya..

Zara yang comel



Oklah dulu ye..kalau teringin nak order pls sms me 012-2042485 ya.

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...