Wednesday, November 20, 2013

Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak

Assalamualaikum dan salam sayang to all my beloved readers..

Semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayangNya. Sekarang dah musim cuti sekolahkan, so maybe ada yang tengah berkira-kira mana nak bercuti kan. Ni just nak share tempat percutian yang hebat yang kami baru je pergi hari tu. Tempat ni memang best dan sesuai sangat-sangat utk family gathering. Kami booking thru agoda.com dan dpt harga RM700 utk villa 3 bilik. Villa ni sangat besar dan ada 3 bilik tidur, 1 ruang tamu yang besar dan 1 ruang dapur yg lengkap dengan dapur masak, peti ais, rice cooker, kettle dan juga cooking utensil. So, kitaorang x payah makan kat luar masak-masak je kat dapur.

And paling best kat villa ni dia ada private jacuzi so blh enjoy 24hrs. Yang paling suka sangat of course la bebudak plus ngan mak-mak dan bapak-bapak budak yg berendam tak hengat dunia.

Ok, tak payah citer panjang-panjang the photos will speak themselves.


Suasana pokok kelapa sawit sepanjang perjalanan menuju ke hotel. Sangat nyaman..
Villa kami..Villa No.17


Bukak pintu je terus kolam..apa lagi tak menyempat la bebudak
Master bedroom

second bedroom






Third bedroom
Ruang tamu

Ruang dapur

Ruang dapur

Ruang dapur

Peti sejuk
periuk, cerek dan microwave..ada juga disediakan pan untuk masak-masak   '    


Peralatan yg disediakan
Peralatan pinggan mangkuk yang disediakan        

Kolam air bukit..sejuk dan nyaman

Kolam air panas
Awas..panas ye
Kolam ni dalam 45 degree..panas gak laa

Aktiviti malam..bbq dan melepak kepenatan semua kolam dah mandi

.Dah melantak..beli durian laa pulak 




Tuesday, November 19, 2013

Pemakanan Ibu Hamil

Assalamualaikum to all my beloved readers..

Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi atas limpahan rahmat dan kurniaNya. Minggu ini genaplah 17 minggu usia kandunganku yang ke-4. Memang amat mencabar pada kali ini kerana mengalami alahan yang amat teruk. Sehingga minggu ke-15, masih lagi muntah-muntah dan alahan yang teruk. Sekarang ni ok sikit la cuma malam je muntah.

Ok lah, saya ingin kongsikan kepentingan pengambilan makanan semasa mengandung. Apabila seseorang ibu merancang untuk mengandung, dia perlu mengambil suplemen tambahan asid folik sebelum mengandung lagi. Dengan erti kata lain, apabila seseorang wanita berkahwin dan merancang utk mengandung, dia perlu mengambil suplemen asid folik sebaik saja berkahwin. Asid folik adalah salah satu komponen vitamin B yang penting utk mencegah kecacatan tiub neural seperti spina bifida. Ia juga membantu menghasilkan sel-sel darah merah, menghasilkan DNA dan salah satu komponen penting dalam cecair saraf tunjang.

Pemakanan semasa hamil


Berikut adalah 7 amalan makan secara sihat untuk ibu hamil.
1)Ambil makanan daripada sumber karbohidrat yang mencukupi seperti nasi, mi, roti atau biskut. Makanan ini penting untuk membekalkan tenaga.

2)Makan 2 hidangan buah dan 3 hidangan sayur setiap hari. Utamakan sayur-sayuran yang berdaun hijau. Makanan ini penting untuk membekalkan vitamin dan mineral.

3)Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, hati, daging tanpa lemak atau kekacang.

4)Ambil makanan yang tinggi serat. Ini untuk mengelak kejadian sembelit di kalangan ibu hamil.   

5)Kurangkan pengambilan makanan yang  tinggi lemak, gula dan garam.

6)Ambil susu atau produk tenusu yang mencukupi. Makanan ini penting untuk membekalkan kalsium bagi keperluan ibu hamil.

7) Minum air dengan mencukupi.



 Anemia ketika hamil

Anemia adalah keadaan dimana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Ini menyebabkan ibu kelihatan kurang tenaga dan membahayakan bayi serta ibu.
Biasanya bila pergi check-up, ibu akan diambil darah dan dilihat Hbnya. Ini bacaan utk paras Hb

Anemia sangat teruk (g/dl) - <6 .9="" font="">
Anemia teruk (g/dl)- 6.9 <8 .0="" font="">
Anemia sederhana (g/dl) - 8.0 <9 .5="" font="">
Anemia Ringan (g/dl) - 9.5-10.5

Oleh itu, sekiranya ibu tergolong dalam kumpulan ini, ibu-ibu akan diberi rawatan utk meningkatkan kandungan Hb.

Suplemen

Biasanya ibu hamil akan diberi pil hematinik yang mengandungi asid folik, B Kompleks,Zat Besi dan vitamin C. Suplemen ini perlu diambil setiap hari.




Ada juga ibu yang diberi Obimin atau Iberet Folic. Suplemen ini juga boleh didapati di farmasi.



Selain daripada itu, pemakanan juga perlu diberi perhatian. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, hati ayam, kerang, ikan bilis, ayam, sotong, ikan dan juga sayur-sayuran berdaun hijau.

Sekian dahulu. Wassalam
 * gambar pakcik Google

Sunday, November 17, 2013

Kerana Mereka..

Assalamualaikum to all my beloved readers and follower..
Semoga kita semua berada dalam lindungan rahmat dan kasih sayangNya.  Saya doakan hari-hari yang anda lalui seindah pelangi selepas hujan di petang hari. Memang ada kalanya hari-hari kita seakan-akan mendung namun percayalah selepas mendung itu akan munculnya sinar mentari yang akan menyinari seluruh hidup kita. Anggaplah apa saja kesedihan dan bencana yang menimpa itu adalah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Dan laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan serta jadikan ia kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang.

Sorry, panjang pulak mukadimahnya. Just nak share my happy moment with my beloved family. Pada saya, they are everything to me and because of them, i need to be stronger everyday. Setiap kali memandang wajah mereka, pasti hati kecil saya akan berkata..kerana mereka adalah anugerah dan amanah..pastinya saya harus melakukan yang terbaik buat mereka.

Ok..minggu ni Friday tak pegi keje sebab rasa sakit je dekat bahagian bawah perut ni bila jalan..maybe sebab angin kot cause friday the whole day muntah je..so just kat rumah and masak for my family.

s
Pagi saya masak spagheti seafood olio cause my son really love it.

Tengahari tiba-tiba teringin lak nak makan ayam di masak bersama jantung pisang masak kari ala kelate..mmmm sedapnya

Belikan ikan pari utk MIL dan masak asam pedas kawww..

Ada customer call mtk buatkan cheese tart utk hantaran...plus delivery sekali

Saturday ke Ipoh sebab ada jemputan kenduri kat Ipoh..ni lepas makan kenduri dan bergambar dengan mesin getah kat Dewan Risda Negeri Perak
Penat nak balik klang, so check kat Impiana Hotel Ipoh..apa lagi bebudak ni terjun kolam je laa
At Ipoh Railway station
On the way back..singgah makan kat sini..masakan minang asli..sangat popular juga kat sini dan makanannya banyak pilihan dan sedap-sedap
Es Teller class gitu

Dah penat mandi kebulur, so we went to Jalan Yang Kalsum Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung for our dinner..best-best makanannya..dan banyak choice
After check out saje tgk Ipoh Railway Station
Nasi lemak ayam kampung..thumbs up..sedap sangat..



 Alamak gambarnya lari-lari plak.ok jelah ye tak larat nak adjust mata dah penat dah..ok let's enjoy our life and live to the fullest.

Love uols..Wassalam
 

Wednesday, November 13, 2013

Antara Cinta dan Cita-cita

Assalamualaikum to all my loving friends..
Hari ni tajuk agak formal sikit..seolah-olah macam budak yang baru nak belajar bercinta dalam persimpangan utk memilih cinta atau mengejar cita-cita..huh..

Sebenarnya, fikiran dan minda saya tengah buntu sekarang ni memilih antara mengejar cita-cita dalam kerjaya atau mengejar cinta anak-anak dan keluarga tersayang.

Just to inform, saya akan mula bercuti tanpa gaji (unpaid leave) bermula 16 Dis 2013- 30 April 2014. Insya Allah, kalau takde aral melintang saya akan due on 30 April 2014 dan continue 3 months maternity leave. The problem is, after maternity leave i'm not sure whether to continue working or to be a full time surirumah.

Ting-tong?..so, please help me..to make thing easier, i cuba list few pro and cons if i'm not working / working

Kerja

Pro
1. Ada duit sendiri dan boleh beli macam-macam ( kasut, beg, baju, make up).
2. Boleh pegi bercuti kat mana yang kita suka ( ada duit)
3. Ada kerjaya tetap..secure in the future.

Cons
1. Takde masa utk family
2. Takde masa nak didik/ajar anak-anak
3. Takde masa nak tgk anak sembahyang cukup ke tak 5 x sehari
4. Takde masa nak sediakan makanan untuk suami dan anak-anak
5. Takde masa utk diri sendiri ( spa, shopping, massage) or bercuti pun kadang-kadang x sempat
6. Always stress..banyak keje kat opis

Hmmm..apabila dibuat senarai macam ni..nampak macam banyaknya cons kalau keje..but i have no gut to do that.
Ya Allah, berilah petunjuk dan hidayahMu agar aku dapat membuat keputusan yang terbaik untukku..

Wassalam
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...