Monday, September 22, 2014

Anugerah Terindah

Assalamualaikum..

Inilah anugerah Allah yang tidak ternilai. Setelah satu diambil, digantikan dengan yang lain. Muhammad Syahir Luqman, putera ke-4  lahir caesarian on 16 April 2014.  Penawar hati mama dan ayah. Syukur Alhamdulillah..















#syukuralhamdulillah

Sunday, September 21, 2014

Philea Resort & Spa Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Dah lama rasanya tak post pasal cuti-cuti Malaysia ni. Sempena anniversary kami yang ke-10, kami telah menyambutnya di Philea Resort & Spa, Melaka. Resort ala-ala country ni terletak di ayer keroh..selepas exit tol ayer keroh.

Resort ni sangat unik kerana diperbuat daripada kayu cengal dan suasananya seakan-akan berada di hutan. Ianya sungguh menenangkan dan mengasyikkan. Jauh daripada hingar-bingar dan kekalutan kehidupan. Apabila melangkah masuk ke resort ini, ianya seakan-akan terasing  dalam dunia yang tersendiri. Memang sangat seronok. Jom cuci mata.












Kalau anda merancang untuk ke Melaka, singgahlah di resort  ini. Memang tak rugi.

Wassalam

Saturday, September 20, 2014

Step by step overnight oats


Assalamualaikum semua,

Anda suka makan oat? Saya rasa ramai yang kurang suka makan oat kan? Sebenarnya oat ni bagus sebab ia boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah dan juga membantu penghadaman. Tapi, ramai yang kurang gemar dengan rasanya yang agak hambar.

So, disini saya sertakan cara-cara menyediakan overnight oat yang sangat awesome. Saya pasti anda akan suka makan overnight oat ni. Jom cuba.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Oat- instant rolled oat ( plastik merah)
Plain yoghurt
Susu rendah lemak
Buah-buahan kering atau segar
Bottle jar atau apa-apa saja bekas yang sesuai


Masukkan 3 sudu makan oat dalam bekas

Tambah 2 sudu makan yoghurt

Tambahkan susu rendah lemak hingga tenggelam oat

Tambahkan buah-buahan as topping

Tutup dan simpan dalam peti satu malam


Ok siap. Esok pagi-pagi dah boleh nikmati healthy and yummy breakfast.

Ok dear. Take care. Enjoy it.





Wednesday, September 17, 2014

Pertandingan hafazan dan berenang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semoga kalian semua dalam lindungan Allah.

Hari sabtu hari yang sibuk uruskan 2 anak bujang ke pertandingan hafazan di Taman Kesenian Islam, Shah Alam. My boys memang sempoi habis..orang lain sibuk bawa al-quran untuk persiapan terakhir..dia datang berlenggang kangkung je. Anak cool je..mama plak yang terlebih nervous. 




Muka bosan menunggu giliran

my second boy..the chubby one

my eldest one

 
Dalam pukul 1.00pm juga la habis pertandingan tu. Penat juga mama beratur ambil nombor giliran dan ambil sijil. Demi anak , mama sanggup buat apa saja. 

Ok, next terus ke Pusat Akuatik Seksyen 13 nak register my boys utk kelas renang. Sebenarnya dah lama berangan nak hantar ke swimming class tapi blm jumpa yang menarik. After search around, so we decided to try swimming class kat sini. Rupa-rupanya ada banyak swimming club sini. Kita register dengan blue ocean club. Yuran consider ok lah..RM110 untuk 8 jam.

Cari baju renang sekali untuk my boys. Kat sini ada banyak pilihan.


Minggu depan mula kelas renang untk anak-anak saya. Bestnya mama boleh tumpang sekali. Adoii..nak kena korek balik lemari baju cari swimming suit mama ni.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...