Tuesday, September 22, 2015
Kerabu Bilis Apple Cider Vinegar
Assalamualaikum semua..
Dah lama sangat tak update blog ni. Ok, since ramai yang minta resipi kerabu ikan bilis ni..meh saya tepek je kat sini.
Bahan-bahan
Ikan bilis - 300gm
Bawang besar merah - 1 biji
Bawang putih - 3 ulas
Cili padi - segenggam ( kalau tak nak pedas kurangkan)
Serai - 4 batang
Bunga kantan - 2 batang
Apple cider vinegar - secukup rasa
Gula - kalau perlu ( saya tak letak)
Cara penyediaan
Ikan bilis digoreng rangup dan ketepikan
Bahan-bahan lain dihiris nipis dan gaulkan dengan ikan bilis yang dah siap digoreng.
Akhir sekali masukkan apple cider vinegar ikut citarasa. kalau suka masam boleh lebihkan.
Siap, boleh dihidangkan. Sangat senang dan mudah disediakan.
Selamat menjamu selera!
Tuesday, June 9, 2015
BISKUT RAYA 2015
BISKUT RAYA 2015
Assalamualaikum semua. Ain's Cookies is back with most demanding raya cookies. Kami menjanjikan biskut yang berkualiti dan terbaik dan menyerikan hari raya anda.
Biskut-biskut kami diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi.
Suji Snow
( RM25 per balang)
Snow Almond ( RM25 per balang ) |
Crunchy Oats Kuaci (RM25 per balang) |
Frozen Gajus (RM25 per balang) |
Red Velvet (RM25 per balang ) |
Semperit Qaseh (RM25 per balang) |
Tat Nyonya (RM28 per balang) |
Chocolate Treasure ( RM25 per balang) Jaminan kualiti terbaik daripada Myluvbakery. Anda pasti berpuas hati. Berminat boleh WA atau SMS 0122042485. |
Monday, September 22, 2014
Anugerah Terindah
Assalamualaikum..
Inilah anugerah Allah yang tidak ternilai. Setelah satu diambil, digantikan dengan yang lain. Muhammad Syahir Luqman, putera ke-4 lahir caesarian on 16 April 2014. Penawar hati mama dan ayah. Syukur Alhamdulillah..
#syukuralhamdulillah
Sunday, September 21, 2014
Philea Resort & Spa Melaka
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Dah lama rasanya tak post pasal cuti-cuti Malaysia ni. Sempena anniversary kami yang ke-10, kami telah menyambutnya di Philea Resort & Spa, Melaka. Resort ala-ala country ni terletak di ayer keroh..selepas exit tol ayer keroh.
Resort ni sangat unik kerana diperbuat daripada kayu cengal dan suasananya seakan-akan berada di hutan. Ianya sungguh menenangkan dan mengasyikkan. Jauh daripada hingar-bingar dan kekalutan kehidupan. Apabila melangkah masuk ke resort ini, ianya seakan-akan terasing dalam dunia yang tersendiri. Memang sangat seronok. Jom cuci mata.
Wassalam
Saturday, September 20, 2014
Step by step overnight oats
Assalamualaikum semua,
Anda suka makan oat? Saya rasa ramai yang kurang suka makan oat kan? Sebenarnya oat ni bagus sebab ia boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah dan juga membantu penghadaman. Tapi, ramai yang kurang gemar dengan rasanya yang agak hambar.
So, disini saya sertakan cara-cara menyediakan overnight oat yang sangat awesome. Saya pasti anda akan suka makan overnight oat ni. Jom cuba.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Oat- instant rolled oat ( plastik merah)
Plain yoghurt
Susu rendah lemak
Buah-buahan kering atau segar
Bottle jar atau apa-apa saja bekas yang sesuai
Masukkan 3 sudu makan oat dalam bekas |
Tambah 2 sudu makan yoghurt |
Tambahkan susu rendah lemak hingga tenggelam oat |
Tambahkan buah-buahan as topping |
Tutup dan simpan dalam peti satu malam |
Ok siap. Esok pagi-pagi dah boleh nikmati healthy and yummy breakfast.
Ok dear. Take care. Enjoy it.
Wednesday, September 17, 2014
Pertandingan hafazan dan berenang
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semoga kalian semua dalam lindungan Allah.
Dalam pukul 1.00pm juga la habis pertandingan tu. Penat juga mama beratur ambil nombor giliran dan ambil sijil. Demi anak , mama sanggup buat apa saja.
Minggu depan mula kelas renang untk anak-anak saya. Bestnya mama boleh tumpang sekali. Adoii..nak kena korek balik lemari baju cari swimming suit mama ni.
Semoga kalian semua dalam lindungan Allah.
Hari sabtu hari yang sibuk uruskan 2 anak bujang ke pertandingan hafazan di Taman Kesenian Islam, Shah Alam. My boys memang sempoi habis..orang lain sibuk bawa al-quran untuk persiapan terakhir..dia datang berlenggang kangkung je. Anak cool je..mama plak yang terlebih nervous.
Muka bosan menunggu giliran |
my second boy..the chubby one |
my eldest one |
Ok, next terus ke Pusat Akuatik Seksyen 13 nak register my boys utk kelas renang. Sebenarnya dah lama berangan nak hantar ke swimming class tapi blm jumpa yang menarik. After search around, so we decided to try swimming class kat sini. Rupa-rupanya ada banyak swimming club sini. Kita register dengan blue ocean club. Yuran consider ok lah..RM110 untuk 8 jam.
Cari baju renang sekali untuk my boys. Kat sini ada banyak pilihan. |
Minggu depan mula kelas renang untk anak-anak saya. Bestnya mama boleh tumpang sekali. Adoii..nak kena korek balik lemari baju cari swimming suit mama ni.
Saturday, June 7, 2014
Biskut Raya 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Myluvbakery kembali menyerikan raya anda dengan pelbagai variasi biskut raya premium dengan jenama Ain's Cookies. Bagi anda yang belum cuba..apa kata raya ini serikan rumah anda dengan biskut raya dari Ain's Cookies. Sekali cuba pasti tak lupa. Jom order..
Tat Nyonya Rasa yang lemak dan gebu pasti memikat selera anda |
Orange German Cookies Melt in your mouth |
Dahlia Tak lapuk dek hujan Pasti akan mengembalikan kenangan anda di zaman kanak-kanak |
Snow Almond Biskut rangup yang disaluti coklat yang sangat enak |
Black Forest Biskut coklat yang disulami dengan kacang almond dan coklat cip. |
Chocolate Treasure There is somethinng inside. You'll be suprise! |
Blueberry Tart Tat gebu dengan rasa blueberry...so yummy |
Suji Snow Biskut suji yang enak dan rangup |
Crunchy Oats Biskut oat yang ditambah dengan badam yang rangup |
Red Velvet Biskut rangup dengan gajus dan coklat cip |
Tat Nenas Tat gulung yang sangat memikat selera |
Green Peas Biskut kacang hijau yang mempunyai rasa yang sangat unik |
Almond Rocher Biskut rangup dengan gabungan badam cincang dan disirami coklat yang sungguh mengasyikkan. |
Bangkit bijan Bangkit asli resipi turun temurun |
Bangkit kelapa Bangkit tradisi dengan rasa yang enak resipi turun temurun Untuk order..pls call/whatsapps 012 2042485. Agen dialu-alukan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)