Semalam aku menangis lagi
Menangis mengenangkan arwah baby
Rindunya
Rindu yang teramat sangat
Rindu akan senyuman dan hilai tawanya
Walaupun jarak dan masa menjadi garis pemisah
Namun kerinduan yang berbuku di hati
Sukar untuk dilepaskan
Dalam kerinduan ini
Mama akur kehendak takdir
Takdir yang telah ditentukan oleh Maha Pencipta
Takdir yang telah ditetapkan oleh Maha Berkuasa
Kerana sesungguhnya
Allah lebih mengetahui apa yang jelas dan yang tersembunyi
Mungkin tersembunyi seribu rahmat
Yang didatangkan bersama kedukaan ini
Akhirnya
Melewati malam yang panjang
Mama terlena
Dalam dakapan baju-baju baby
Yang baby tinggalkan buat mama
beberapa jam selepas dilahirkan |
Usia 8 hari |
Usia 2 bulan |
Usia 4 bulan |
2 minggu sebelum baby tinggalkan mama Andainya mama tahu itulah senyuman yang terakhir baby tinggalkan buat mama..... |
Kasih sayang mama tidak pernah padam buat baby..ingatan dan rindu mama tersemat disetiap helaan nafas mama...
Alfatihah buatmu sayang.
Nukilan rindu mama
30 Mei 2012
|
alfatiha..rasa rindu juga pada arwah baby mama
ReplyDeleteMamanurin,
ReplyDeleteMama mesti tau kan bagaimana rasanya kehilangan anak yang dikandung...semoga mama tabah menerima takdir ini.
manis senyuman si kecil..percayalah senyumannya lebih manis lg di SANA..
ReplyDelete