Monday, December 5, 2011
Semangat Yang Hilang...
Salam sayang to all my readers..
Ingatkan hati ini dah kuat
Rupanya segala kekuatan yang cuba dibina
Hilang dalam sekelip mata bila menjelangnya
Disember..
Setahun yang lepas
dibulan yang sama
Permata hati tersayang
Pergi dalam sekelip mata
Hari-hari yang berlalu
Kulalui dengan menitip kenangan
yang terukir indah diruangan ingatan
Hari-hari yang berlalu
Tanpa jemu dan lelah
Kuaturkan langkah ke pusaramu
Ketahuilah sayang..
Mama tidak akan pernah jemu
Menjejakkan kaki di pusaramu
Sehingga ke helaan nafas yang terakhir
Andainya suatu waktu nanti
Mama tidak lagi ke pusaramu
Ketahuilah sayang
Pada ketika itu..mama akan bersama-samamu
Dan saat itu
pasti akan tiba jua
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Su sabar dan tabahkan hati.Ada hikmah disebaliknya dan Tuhan lebih menyanyanginya.Pastinya dia bahagia disana Menunggu mamanya datang satu hari nanti.Tabahkan hati ya su.
ReplyDelete