Rindu sangat
Terlalu rindu
Rindu sangat-sangat..
Rindunyaaa....
Ahhhhhhhhhhh....
Macamana ni?...
Apa nak buat ni?
Mama rindu sangat
kat baby Shafiy
Tadi kat klinik ada nampak budak kecik
Macam baby Shafiy
Rasa macam nak peluk
Rasa macam nak cium..
Tapi...
Wednesday, February 29, 2012
Wednesday, February 8, 2012
Bingkisan Rindu Buat Baby Shafiy

Assalamualaikum
Baby mama yang dirindui
Muhammad Shafiy Luqman Bin Mohd Ezrin
Mama tau
Dikala ini baby mama sedang berbahagia
Di taman inderaloka
Ditemani para bidadari syurga
Baby mama yang jauh dimata
Sejak pemergianmu sejak pemergianmu 13 bulan yang lalu
Tidak pernah sedetik pun mama melupakanmu
Melupakan setiap saat yang pernah kita kongsi bersama
Baby mama shafiy
Walaupun kehadiranmu hanya sekejap cuma
Kenangan yang kau tinggalkan buat mama
Terlalu indah untuk mama kenang
Sehingga ke akhir hayat mama
Baby mama shafiy
Semalam mama terlalu rindukan baby
Mama rindukan saat-saat baby ketawa dan menangis
Mama rindukan saat-saat baby lapar dan haus
Mama rindukan saat-saat tenangnya wajahmu ketika rindu
Mama rindukan segala-galanya
Dan..
Kerinduan itu terlalu menyiksakan
Menyesakkan dada mama
Membuatkan mama lesu
Akhirnya..
Mama menangis tersedu-sedu
Dalam kegelapan dan kesunyian malam
Maafkan mama sayang
Kerana gagal menahan perasaan mama
Buat kesekian kalinya
Nukilan rindu dari mama
Sunday, February 5, 2012
Suatu Waktu Dahulu
Assalamualaikum dan salam sejahtera..semoga pembaca budiman berbahagia hendaknya ketika ini.
Saya pasti kita semua mempunyai kisah silam yang tersimpan di lipatan memori.Ada kisah suka, ada kisah duka. Ada kawan yang sama-sama bergelak ketawa ketika gembira dan menangis ketika berduka.Sekolah, aspuri, aspura, dewan makan, buku-buku, cikgu-cikgu, boyfriend...semuanya mewarnai kehidupan di suatu waktu dahulu. Apabila dikenang kembali, alangkah indahnya ketika itu. Ingin rasanya ku nikmati saat-saat itu sekali lagi. Namun, masa yang berlalu tidak mungkin akan dapat berputar semula.
Kenangan hanya tinggal kenangan. Sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan cerita di bilik tidur anak-anak. Oklah saya tinggalkan anda dengan kenangan silam anda. Sambil-sambil tu jamulah mata anda dengan princess barbie yang ditempah dari salah-seorang rakan di masa silam saya.

Free angry bird for Hannah. Harap suka ye. Oklah. Itu saja buat masa ni. Jumpa lagi nanti.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)