Wednesday, February 8, 2012
Bingkisan Rindu Buat Baby Shafiy
Assalamualaikum
Baby mama yang dirindui
Muhammad Shafiy Luqman Bin Mohd Ezrin
Mama tau
Dikala ini baby mama sedang berbahagia
Di taman inderaloka
Ditemani para bidadari syurga
Baby mama yang jauh dimata
Sejak pemergianmu sejak pemergianmu 13 bulan yang lalu
Tidak pernah sedetik pun mama melupakanmu
Melupakan setiap saat yang pernah kita kongsi bersama
Baby mama shafiy
Walaupun kehadiranmu hanya sekejap cuma
Kenangan yang kau tinggalkan buat mama
Terlalu indah untuk mama kenang
Sehingga ke akhir hayat mama
Baby mama shafiy
Semalam mama terlalu rindukan baby
Mama rindukan saat-saat baby ketawa dan menangis
Mama rindukan saat-saat baby lapar dan haus
Mama rindukan saat-saat tenangnya wajahmu ketika rindu
Mama rindukan segala-galanya
Dan..
Kerinduan itu terlalu menyiksakan
Menyesakkan dada mama
Membuatkan mama lesu
Akhirnya..
Mama menangis tersedu-sedu
Dalam kegelapan dan kesunyian malam
Maafkan mama sayang
Kerana gagal menahan perasaan mama
Buat kesekian kalinya
Nukilan rindu dari mama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bersabar atas Kehilangan ...
ReplyDeletekehilangan sesuatu yang disayangi merupakan sesuatu yang akan diberikan ganjaran yang besar, lebih-lebih lagi jika ianya disertai dengan sabar dan redha..
Bersabarlah.. Tenangkanlah diri.. Pupuklah sifat redha di hati.. Semoga Allah beri kita kekuatan diri dan ketabahan jiwa dalam menelusuri rasa kehambaan sepanjang perjalanan hidup ini..(untuk ingatan diri sendiri juge)