Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi atas limpahan rahmat dan kurniaNya. Minggu ini genaplah 17 minggu usia kandunganku yang ke-4. Memang amat mencabar pada kali ini kerana mengalami alahan yang amat teruk. Sehingga minggu ke-15, masih lagi muntah-muntah dan alahan yang teruk. Sekarang ni ok sikit la cuma malam je muntah.
Ok lah, saya ingin kongsikan kepentingan pengambilan makanan semasa mengandung. Apabila seseorang ibu merancang untuk mengandung, dia perlu mengambil suplemen tambahan asid folik sebelum mengandung lagi. Dengan erti kata lain, apabila seseorang wanita berkahwin dan merancang utk mengandung, dia perlu mengambil suplemen asid folik sebaik saja berkahwin. Asid folik adalah salah satu komponen vitamin B yang penting utk mencegah kecacatan tiub neural seperti spina bifida. Ia juga membantu menghasilkan sel-sel darah merah, menghasilkan DNA dan salah satu komponen penting dalam cecair saraf tunjang.
Pemakanan semasa hamil
Berikut adalah 7 amalan makan secara sihat untuk ibu hamil.
1)Ambil makanan daripada
sumber karbohidrat yang mencukupi seperti nasi, mi, roti atau biskut. Makanan ini penting untuk membekalkan
tenaga.
2)Makan 2 hidangan buah
dan 3 hidangan sayur setiap hari. Utamakan sayur-sayuran yang berdaun hijau.
Makanan ini penting untuk membekalkan vitamin dan mineral.
3)Ambil makanan yang kaya
dengan zat besi seperti kerang, hati, daging tanpa lemak atau kekacang.
4)Ambil makanan yang
tinggi serat. Ini untuk mengelak kejadian sembelit di kalangan ibu hamil.
5)Kurangkan pengambilan
makanan yang tinggi lemak, gula dan
garam.
6)Ambil susu atau produk
tenusu yang mencukupi. Makanan ini penting untuk membekalkan kalsium bagi
keperluan ibu hamil.
7) Minum air dengan
mencukupi.
Anemia ketika hamil
Anemia adalah keadaan dimana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Ini menyebabkan ibu kelihatan kurang tenaga dan membahayakan bayi serta ibu.
Biasanya bila pergi check-up, ibu akan diambil darah dan dilihat Hbnya. Ini bacaan utk paras Hb
Anemia sangat teruk (g/dl) - <6 .9="" font="">6>
Anemia teruk (g/dl)- 6.9 <8 .0="" font="">8>
Anemia sederhana (g/dl) - 8.0 <9 .5="" font="">9>
Anemia Ringan (g/dl) - 9.5-10.5
Oleh itu, sekiranya ibu tergolong dalam kumpulan ini, ibu-ibu akan diberi rawatan utk meningkatkan kandungan Hb.
Suplemen
Biasanya ibu hamil akan diberi pil hematinik yang mengandungi asid folik, B Kompleks,Zat Besi dan vitamin C. Suplemen ini perlu diambil setiap hari.
Ada juga ibu yang diberi Obimin atau Iberet Folic. Suplemen ini juga boleh didapati di farmasi.
Sekian dahulu. Wassalam
* gambar pakcik Google
No comments:
Post a Comment