Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat bertemu kembali, semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayangNya. Macamana dengan hari anda hari ini? Harap-harap semuanya berjalan seperti yang dirancang. Jika tidak, pasrahlah kerana sesuangguhnya perancangan Allah itu yang terbaik.
Minggu ni dah masuk minggu ke-3 saya menjadi full housewife. Rua-rupanya jadi housewife ni lebih sibuk daripada wanita bekerja. Kenapa? Tak percaya? Saya pun tak percaya pada mulanya, tapi sehingga ke hari ini, saya masih tercungap-cungap mencari ruang dan waktu untuk menulis dan update blog. Tulisan ini pun mengambil masa 2 hari untuk disiapkan.
Oklah..tak payah panjang-panjang..ini rezeki yang Allah berikan untuk saya sepanjang minggu ini. Tempahan ini adalah dari rakan-rakan sekerja dan juga rakan-rakan di kawasan tempat tinggal saya. Terima kasih kepada semua yang mempercayai dan memberikan sokongan kepada Myluvbakery.
|
Blueberry Cheese Tart |
|
Oreo Cookies |
|
Durian Crepe |
|
Frozen |
|
Apam polkadot |
|
Barbie Cake |
|
Tiramisu mini pack |
|
RVC Barbie |
|
RVC |
|
Marble Tiramisu | | | | |
|
|
|
|
|
Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan. Jika berminat, boleh sms/ WhatsApp di 012-2042485.
Wassalam
No comments:
Post a Comment