Showing posts with label Bicara Hati Seorang Ibu. Show all posts
Showing posts with label Bicara Hati Seorang Ibu. Show all posts

Monday, September 22, 2014

Anugerah Terindah

Assalamualaikum..

Inilah anugerah Allah yang tidak ternilai. Setelah satu diambil, digantikan dengan yang lain. Muhammad Syahir Luqman, putera ke-4  lahir caesarian on 16 April 2014.  Penawar hati mama dan ayah. Syukur Alhamdulillah..















#syukuralhamdulillah

Wednesday, September 17, 2014

Pertandingan hafazan dan berenang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semoga kalian semua dalam lindungan Allah.

Hari sabtu hari yang sibuk uruskan 2 anak bujang ke pertandingan hafazan di Taman Kesenian Islam, Shah Alam. My boys memang sempoi habis..orang lain sibuk bawa al-quran untuk persiapan terakhir..dia datang berlenggang kangkung je. Anak cool je..mama plak yang terlebih nervous. 




Muka bosan menunggu giliran

my second boy..the chubby one

my eldest one

 
Dalam pukul 1.00pm juga la habis pertandingan tu. Penat juga mama beratur ambil nombor giliran dan ambil sijil. Demi anak , mama sanggup buat apa saja. 

Ok, next terus ke Pusat Akuatik Seksyen 13 nak register my boys utk kelas renang. Sebenarnya dah lama berangan nak hantar ke swimming class tapi blm jumpa yang menarik. After search around, so we decided to try swimming class kat sini. Rupa-rupanya ada banyak swimming club sini. Kita register dengan blue ocean club. Yuran consider ok lah..RM110 untuk 8 jam.

Cari baju renang sekali untuk my boys. Kat sini ada banyak pilihan.


Minggu depan mula kelas renang untk anak-anak saya. Bestnya mama boleh tumpang sekali. Adoii..nak kena korek balik lemari baju cari swimming suit mama ni.






Sunday, November 17, 2013

Kerana Mereka..

Assalamualaikum to all my beloved readers and follower..
Semoga kita semua berada dalam lindungan rahmat dan kasih sayangNya.  Saya doakan hari-hari yang anda lalui seindah pelangi selepas hujan di petang hari. Memang ada kalanya hari-hari kita seakan-akan mendung namun percayalah selepas mendung itu akan munculnya sinar mentari yang akan menyinari seluruh hidup kita. Anggaplah apa saja kesedihan dan bencana yang menimpa itu adalah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Dan laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan serta jadikan ia kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang.

Sorry, panjang pulak mukadimahnya. Just nak share my happy moment with my beloved family. Pada saya, they are everything to me and because of them, i need to be stronger everyday. Setiap kali memandang wajah mereka, pasti hati kecil saya akan berkata..kerana mereka adalah anugerah dan amanah..pastinya saya harus melakukan yang terbaik buat mereka.

Ok..minggu ni Friday tak pegi keje sebab rasa sakit je dekat bahagian bawah perut ni bila jalan..maybe sebab angin kot cause friday the whole day muntah je..so just kat rumah and masak for my family.

s
Pagi saya masak spagheti seafood olio cause my son really love it.

Tengahari tiba-tiba teringin lak nak makan ayam di masak bersama jantung pisang masak kari ala kelate..mmmm sedapnya

Belikan ikan pari utk MIL dan masak asam pedas kawww..

Ada customer call mtk buatkan cheese tart utk hantaran...plus delivery sekali

Saturday ke Ipoh sebab ada jemputan kenduri kat Ipoh..ni lepas makan kenduri dan bergambar dengan mesin getah kat Dewan Risda Negeri Perak
Penat nak balik klang, so check kat Impiana Hotel Ipoh..apa lagi bebudak ni terjun kolam je laa
At Ipoh Railway station
On the way back..singgah makan kat sini..masakan minang asli..sangat popular juga kat sini dan makanannya banyak pilihan dan sedap-sedap
Es Teller class gitu

Dah penat mandi kebulur, so we went to Jalan Yang Kalsum Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung for our dinner..best-best makanannya..dan banyak choice
After check out saje tgk Ipoh Railway Station
Nasi lemak ayam kampung..thumbs up..sedap sangat..



 Alamak gambarnya lari-lari plak.ok jelah ye tak larat nak adjust mata dah penat dah..ok let's enjoy our life and live to the fullest.

Love uols..Wassalam
 

Wednesday, November 13, 2013

Antara Cinta dan Cita-cita

Assalamualaikum to all my loving friends..
Hari ni tajuk agak formal sikit..seolah-olah macam budak yang baru nak belajar bercinta dalam persimpangan utk memilih cinta atau mengejar cita-cita..huh..

Sebenarnya, fikiran dan minda saya tengah buntu sekarang ni memilih antara mengejar cita-cita dalam kerjaya atau mengejar cinta anak-anak dan keluarga tersayang.

Just to inform, saya akan mula bercuti tanpa gaji (unpaid leave) bermula 16 Dis 2013- 30 April 2014. Insya Allah, kalau takde aral melintang saya akan due on 30 April 2014 dan continue 3 months maternity leave. The problem is, after maternity leave i'm not sure whether to continue working or to be a full time surirumah.

Ting-tong?..so, please help me..to make thing easier, i cuba list few pro and cons if i'm not working / working

Kerja

Pro
1. Ada duit sendiri dan boleh beli macam-macam ( kasut, beg, baju, make up).
2. Boleh pegi bercuti kat mana yang kita suka ( ada duit)
3. Ada kerjaya tetap..secure in the future.

Cons
1. Takde masa utk family
2. Takde masa nak didik/ajar anak-anak
3. Takde masa nak tgk anak sembahyang cukup ke tak 5 x sehari
4. Takde masa nak sediakan makanan untuk suami dan anak-anak
5. Takde masa utk diri sendiri ( spa, shopping, massage) or bercuti pun kadang-kadang x sempat
6. Always stress..banyak keje kat opis

Hmmm..apabila dibuat senarai macam ni..nampak macam banyaknya cons kalau keje..but i have no gut to do that.
Ya Allah, berilah petunjuk dan hidayahMu agar aku dapat membuat keputusan yang terbaik untukku..

Wassalam
 
 
 

Friday, August 16, 2013

Salam Aidilfitri..rindu bertandang lagi..

Assalamualaikum buat pembaca budiman

 Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan selamat hari raya buat pembaca yang sudi menyinggah di danau buruk saya ini. Hari ini dah masuk raya yang ke-9, masih ada lagi yang bercuti dan ada yang dah mula kerja. Alangkah cepatnya masa berlalu. Rasanya belum terhapus kenangan indahnya Ramadhan. Entah kenapa, setiap kali Ramadhan menghilang, hati ini terasa begitu sayu dan pilu..rindunya akan Ramadhan tidak dapat digambarkan. Segala-galanya indah di bulan yang mulia itu. Rindu akan kelam kabut masa sahur yang dah nak habis waktu, rindu akan hiruk pikuk bazar Ramadhan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan, rindu akan kebisingan anak-anak semasa berbuka puasa.

Segala-galanya lebih indah lagi kerana pada tahun ini saya dapat berpuasa seminggu di kampung. Seronoknya dapat menyediakan juadah berbuka bersama ibu tersayang, berkesempatan juga ke bazar Ramadhan di Kok Lanas iaitu di daerah kelahiran saya. Pastinya pelbagai juadah masakan kelantan yang sangat dirindui dapat saya jamah. Paling indah apabila kami bersama-sama berterawikh adik beradik. Adik saya yang no-9 biasanya akan menjadi iman untuk sembahyang terawikh. Oh..rindunya saat-saat itu. 

Namun, dalam kegembiraan ini terselit jua kerinduan terhadap arwah anakanda tersayang Muhammad Syafiy Luqman bin Mohd Ezrin..yang dah pergi meninggalkan mama hampir 3 tahun. Ingatan mama terhadap sayang tidak pernah luput walau dalam keadaan apa jua pun. 
Semoga baby aman di sana. Mama berdoa hampir setiap hari agar suatu masa nanti kita akan ditemukan jua.
Alfatihah buatmu anakanda.


Arwah baby Shafiy













Sunday, September 16, 2012

Rumah Terbuka Vs Sambutan Hari Lahir

Assalamualaikum..
Semoga semua berada dalam keadaan yang menggembirakan. Alhamdulillah..tercapai juga hajat nak mengadakan majlis rumah terbuka dan sambutan Hari Jadi Ke-6 buat putera ke-2 ku Muhammad Syazwan Luqman Mohd Ezrin. Terima kasih kepada semua yang sudi membantu melancarkan lagi majlis rumah terbukaku. Layan je lah gambar-gambarnya yer..
















 
Wassalam.

Wednesday, May 30, 2012

Hatiku sedih dan pilu

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman,

Semalam aku menangis lagi
Menangis mengenangkan arwah baby
Rindunya
Rindu yang teramat sangat
Rindu akan senyuman dan hilai tawanya

Walaupun jarak dan masa menjadi garis pemisah
Namun kerinduan yang berbuku di hati
Sukar untuk dilepaskan

Dalam kerinduan ini
Mama akur kehendak takdir
Takdir yang telah ditentukan oleh Maha Pencipta
Takdir yang telah ditetapkan oleh Maha Berkuasa
Kerana sesungguhnya
Allah lebih mengetahui apa yang jelas dan yang tersembunyi
Mungkin tersembunyi seribu rahmat
Yang didatangkan bersama kedukaan ini

Akhirnya
Melewati malam yang panjang
Mama terlena
Dalam dakapan baju-baju baby
Yang baby tinggalkan buat mama



beberapa jam selepas dilahirkan

Usia 8 hari

Usia 2 bulan

                      
Usia 4 bulan



2 minggu sebelum baby tinggalkan mama
Andainya mama tahu itulah senyuman yang terakhir  baby tinggalkan buat mama.....

Kasih sayang mama tidak pernah padam buat baby..ingatan dan rindu mama tersemat disetiap helaan nafas mama...

Alfatihah buatmu sayang. 
Nukilan rindu mama
30 Mei 2012



Friday, April 13, 2012

Kuburkan Resahku



Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam Pagi Jumaat buat pengunjung dan pembaca budiman

Hari ini 13 April 2012..16 bulan sudah berlalu
Arwah baby Syafiy pergi meninggalkan alam yang fana ini
Detik-detik yang kulalui sungguh memedihkan
Setiap saat dan waktu yang kulewati
Terkadang membuatku aku lemas dalam keresahan

Memanglah..sungguh perit menerima kehilangan
Disaat kita masih belum bersedia
Tetapi..janji Allah itu pasti
Yang bernyawa pasti akan mati
Yang ada pasti akan tiada
Itu memang sudah termaktub
Hakikatnya, kita yang tidak menerima kenyataan

Ya Allah..
Aku memohon keampunanMu jua
Andainya keresahanku ini membuatku alpa
Akan nikmat-nikmatMu yang tidak terhitung

Andainya mampu..
Inginku kuburkan keresahan ini
Jauh-jauh di dasar bumi
Agar aku bisa berdiri
Membilang hari yang belum pasti

Wassalam

Tuesday, April 10, 2012

Madah Cinta Buatmu


Ku tulis namamu di angin lalu
Namun ianya hilang dibawa pergi

Lalu ku tulis namamu di pasiran
Namun ianya hilang dibawa ombak
Lalu ku ukir namamu disudut hatiku
Pastinya ia takkan hilang
Sehingga nafasku terhenti

Cinta itu indah
Cinta itu membahagiakan
Cinta itu kehidupan

Namun
keindahan itu hilang
Bahagia itu pudar
Andai cinta mengharapkan balasan

Biarlah
Biarlah hanya aku yang mencintaimu
Biarlah hanya aku yang merasakan cinta itu
Yang berdenyut di setiap denyutan nadiku
Yang meresap disetiap helaan nafasku
Kerana sesungguhnya
Aku Cinta Padamu

Nukilan Cinta
April 2012

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday


Di kedinginan malam ini
Ku melerai rindu dalam hati
Agar terubat resah rindu
Yang menyentuh kalbu

Mungkin kau tiada menyedari
Apa yang ku simpan di hati
Mungkin kau memahami
Segala yang terjadi

Ingin kuturuti jejak langkahmu
Walau ke mana saja kau pergi
Ingin aku menghambakan diri
Untuk engaku mengasihi

Sedalam mana lautan api
Pasti aku cuba mengharungi
Itulah ketulusan hatiku
Moga kau kan mengerti

Semakin aku megingati
Semakin tebal rindu ini
Aku hanya mengemis rindu
Dari hati kecilmu

Wassalam.

Saturday, March 17, 2012

Kosong

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga pembaca budiman berada dalam keadaan yang membahagiakan.

Kosong? Suatu waktu dulu jiwa ini pernah rasa kosong. Kosong yang teramat sangat. Kekosongan setelah kehilangan arwah baby. Setiap kali melawat pusara baby, jiwa ini juga terasa sangat kosong. Apabila memandang pusara di kuburan, jiwa ini juga kosong. Kadang-kadang terfikir..macamanalah saat itu nanti?
Lalu, bagaimana mengisi jiwa yang kosong? Kata ustaz dan ustazah..jiwa akan kosong apabila kita hilang matlamat hidup. Kita hilang erti sebuah kehidupan yang dianugerahkan buat kita. Andai kita tahu arah tuju kita, pastinya kita takkan rasa kekosongan.
Bagi menghilangkan rasa kekosongan, inilah hasil kerja saya seminggu yang lepas. Jom layan.

Wassalam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...