Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Sunday, November 4, 2012

Black Forest & Zara Adelia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Buat pembaca dan sesapa yang tersinggah di blog ini. Terima kasih kerana sudi menyinggah walaupun tak sengaja.

Minggu ni minggu yang amat-amat sibuk dengan perancangan sempena Sidang Media Makan Secara Sihat Sempena Perayaan Deepavali. Namun Alhamdullillah, dapat juga siapkan beberapa order untuk kek RVC.

Dah lama juga teringin nak makan kek Black Forest. Kalau dulu sebelum terjun ke bidang kek ni, apa-apa sambutan jer mesti order Kek Black Forest..kiranya meletup la kek ni. Tapi semenjak dah  buat kek sendiri ni, langsung tak merasa sebab dah lama tak mengorder. Tapi, hari ni saya dah berjaya menyiapkan sebiji kek black forest dengan ditemani Zara Adelia, anak buah yang comel sangat.
Jom layan gambar-gambar yang saya snap ni ye.

Nyum..nyummm..nyummm


Mengancam tak saya..

Zara yang comel



Oklah dulu ye..kalau teringin nak order pls sms me 012-2042485 ya.

Wassalam

Sunday, September 30, 2012

Buttercream Cake For Order..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar pembaca semua. Dah lama juga saya tak update  blog ni. Dah nampak tak ada sawang tu? Hehehe..maklumlah banyak juga tugas-tugas lain yang perlu diselesaikan. Selain daripada sibuk kerja, sibuk juga melayan anak-anak. Tetapi bak kata orang, walau apapun yang terjadi..hidup mesti kita teruskan juga. Walau sesibuk mana pun kita, tugas dan tanggungjawab terhadap keluarga haruslah diutamakan.    

Minggu lepas ada mesyuarat kat Avillion Melaka, sambil-sambil tu bawa anak-anak berjalan sekali. Kalau musim cuti sekolah, hotel mesti penuh. Ni, bukan musim cuti, oklah..tapi anak-anak terpaksa dipontengkan. Hahaha..seronok betul mereka.

Apa-apapun, layanlah gambar-gambar ni yer. 

Amboiii..seronoknya mandi..mama yang penat keje korang berseronok ya..

Cantik tak kolamnya..

Bessnyaaaa....

Gambar kat atas Muzium yang bentuk kapal tu..lupa nama muziumnya...

Melaka River Cruise..tempat pelancongan popular kat sini

Ni lah water taxi yang kami naik..kalau tak silap tiketnya dewasa RM10, kanak-kanak RM5

Walau pun sibuk, mama tetap akan buat kek..

Cantik tak pagar ni..

Bunga yang mekar kembang di taman 

Sedap ke keknya? Kalau nak tau kenalah order, yang pastinya kek dijamin halal kerana saya hanya menggunakan barangan yang halal sahaja. Harga? Murah jer..1kg ++ cuma RM50. Nak order? Sms atau call yer..012-2042485.

Wassalam..

Sunday, September 23, 2012

Rainbow cake


Assalamualaikum pembaca budiman..
Macamana dengan hari minggu ni? Banyak keje yang kene settlekan terutama untuk kaum-kaum ibu. Disamping kesibukan melayan anak-anak, sempat juga saya siapkan rainbow cake order dari seorang teman. 








Kalau nak order, bolehlah call atau sms saya ye.

Wassalam.

Minggu yang sibuk

Assalamualaikum...

Macamana dengan hari anda semua? Harap-harapnya semua berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah..minggu ni banyak juga order daripada kawan-kawan. Walau sesibuk manapun, saya sangat teruja untuk menyiapkan tempahan daripada kawan-kawan.



Fondant Cupcake untuk hantaran

Buttercream cupcake

Baby cuppies..RVC

Edible Image Cake..for my son



Terima kasih kepada teman-teman yang sudi menempah. Untuk tempahan, sms to 012-2042485. 
Thank You.

Wassalam.


Wednesday, September 12, 2012

Spiderman Is Coming Back

Assalamualaikum pembaca budiman,
Harap semua berada dalam keadaan yang membahagiakan. Masih belum habis beraya ke? Biasanya undangan rumah terbuka akan menjadi-jadi bila dah hujung-hujung raya ni kan? Apa-apa pun waspada dengan pengambilan makanan anda. Jangan makan berlebih-lebihan pulak, nanti berat badan susah nak turun.

Oklah, layan gambar-gambar untuk kek yang pertama selepas raya ni. Kek ni order from my colleague untuk sambut hari jadi anaknya di sekolah. Thanks Lal, hope your son were like it.



 
Nak order ke? Jangan segan-segan ye, call atau sms saya ye 012-2042485. Kalau malu boleh emel la ke suraineewahab@yahoo.com. Harga ? Murah jer, RM65 untuk 1.5kg. Gambar boleh customize.
Ok, Wassalam.

Tuesday, May 1, 2012

American Chocolate Fudge

                                          Soooo   cute....like her mummy
                                          His father is a football player..maybe he also..later

Ok, kek ini di order oleh one of my friend kat JKWPKL sempena hari jadi anaknya. Hope she will like it. Bagi sesapa yang nak order..harga kek RM50 itu 1kg++ and plus RM15 for photo. Pls sms or email me for order ye.
Thank You. Love u al.

Saturday, March 17, 2012

Kosong

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga pembaca budiman berada dalam keadaan yang membahagiakan.

Kosong? Suatu waktu dulu jiwa ini pernah rasa kosong. Kosong yang teramat sangat. Kekosongan setelah kehilangan arwah baby. Setiap kali melawat pusara baby, jiwa ini juga terasa sangat kosong. Apabila memandang pusara di kuburan, jiwa ini juga kosong. Kadang-kadang terfikir..macamanalah saat itu nanti?
Lalu, bagaimana mengisi jiwa yang kosong? Kata ustaz dan ustazah..jiwa akan kosong apabila kita hilang matlamat hidup. Kita hilang erti sebuah kehidupan yang dianugerahkan buat kita. Andai kita tahu arah tuju kita, pastinya kita takkan rasa kekosongan.
Bagi menghilangkan rasa kekosongan, inilah hasil kerja saya seminggu yang lepas. Jom layan.

Wassalam



Saturday, March 3, 2012

Demam Red Velvet

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semoga pembaca budiman sentiasa berada dibawah payung rahmatNya. N3 ni dah lama nak post, tapi asyik tertangguh je. Baru kali ni rajin sikit la. Ini adalah RVC order dari kawan-kawan kat kelas aerobik last week.






Harga ? Murah jer.. 1kg ++ RM60. Cupcake pula 16pcs size L RM48. Jom order. SMS me on 012-2042485.
Wassalam.

Monday, September 12, 2011

Birthday @ Office

Salam to all my followers and readers..
Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayangNya. Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri..semoga berbahagia di hari raya.

Apa citer raya? Banyak citernya..nantilah kalau ada masa saya coretkan dilaman ini ya. Apa-apapun saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang mengorder biskut raya dari myluvbakery. Harap semuanya berpuashati. Bagi pelanggan last minute tu, mohon maaf tak dapat nak penuhi order ya..
Ok, dah lama rasanya oven saya tak membakar kek..asyik bakar biskut raya jer..sp di sini saya paparkan fisrt kek selepas raya..

Ini kek yang order dari opis utk sambut besday kengkawan opis.



Meriah tak bebunganyer..hehehe. Ntah tiba-tiba je tangan ni terasa menari-nari je mengalunkan bebunga yang putih gebu dari cream cheese ni..emm..yummy..

Ni la gadis-gadis cun yang potong kek gebus tu..hehehe..Happy Birthday to all of you..semoga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

nak order ? Apa lagi..call lah 012-2042485 / suraineewahab@yahoo.com.
Salam sayang.

Saturday, July 2, 2011

Nak Bagi tau Jer

Salam to all my loving follower..

Semoga anda dianugerahi rahmat kesihatan dan kebahagiaan.
Hari ni saya saje jer nak update pembaca semua mengenai sebahagian daripada produk yang ada di Ain's Bakery ni.



Cupcake : CMC with Fondant ( RM35 / 16pcs (M size)




Cupcake : CMC with choc Ganache ( RM35 / 16pcs (M size)





Cupcake : CMC with BC and coc ganache ( RM 35/ 16pcs (M size)





Rainbow Butter Cake : RM40 for 1.4 kg



Red Velvet with Cream Cheese : RM 60++ for 1.5kg


Berminat ? Sila hubungi suraineewahab@yahoo.com atau call 012-2042485. Thank You for your support.

Friday, April 22, 2011

Wedding Cake

Salam..

Semoga pembaca sekalian dikurniakan rahmat kesihatan yang tidak ternilai harganya. Benarlah kata orang, duit banyak pun tak guna kalau kita terbaring jer sakit..sudahnya orang lain pulak yang menikmati hasil titik peluh kita kan..

Tapi..hidup memanglah kena kerja dan cari duit kan..so, apa salahnya dengan duit yang ada tu kita enjoy sikit..pergi bercuti ke.. bawa family dan anak-anak makan angin..atau beli apa saja barang yang selama ini kita pendamkan je keinginan tu..apa kata sekali-sekala pejam mata dan beli je..mesti seronok kan? Lepas tu..cariklah duit lagi kann..kann..Insya'Allah rezeki di bumi Allah ni banyak..cuma kena usaha je..rezeki tak datang bergolek kalau tak usaha.

Ok..hari ini saya nak postkan jer gambar wedding cake ni..kalau minat sms/call jer 012-2042485..harga boleh negotiate..

Thanks kerana meluangkan masa melayan blog saya..bye..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...