Sunday, December 18, 2011

Suatu Hari di Hujung Minggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pembaca yang dikasihi. Semoga anda dan keluarga berada dalam lindunganNya. Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk. Hari sabtu ada dua tempahan yang nak kena siapkan. Pagi sabtu nak kena siapkan barbie cake tempahan dari my good friend utk anak buahnya..Nur Qistina Putri..4 tahun.



Steam Butter Cream Princess Cake - 3kg (RM90.00)


Petang pula nak kena siapkan 3 tier wedding cake tempahan Nurul Zuliana..dari Banting. Alhamdulillah..aku bersyukur atas reseki yang kau berikan padaku.

3 Tier Wedding Cake- Tema Purple ( RM350.00)

Dah siap semua tempahan..anak pulak ajak tengok wayang Puss In Boots..layan je la.


Jalan-jalan kat Jusco..terjumpa pulak mascot ni. Apa lagi abang and adik..layan jer la..

Oklah..itu je untuk hari ini. Wassalam





Tuesday, December 13, 2011

Tanggal 13 Disember



Assalamualaikum..
Salam sayang pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kalian semua berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Setahun yang lalu
Pada tanggal 13 Disember ini
Baby Shafiy pergi buat selama-lamanya
Pergi yang tak akan kembali lagi

Walaupun setahun telah berlalu
Namun detik-detik pedih itu
Seakan-akan semalam berlaku
Masih lagi mama terngiang-ngiang
Kata-kata akhir dari doktor

" Puan...
Kami minta maaf...
Kami dah cuba yang terdaya..
Namun...
Kami gagal selamatkan anak puan"...
Hingga saat ini..hingga detik ini..
Suara yang tersekat-sekat itu..
Umpama halilintar yang menyambar mama..

Saat itu..
Tiada sepatah kata mama mampu ucapkan..
mama hanya terduduk lesu..
Lemah..mama longlai..
Mama tak berdaya..tak berdaya untuk bangun
Tak berdaya walaupun untuk bersuara..

Berita yang mama terima itu..
Menyentap jiwa mama....
Lantas mama bertanya..
Kenapa? Apa yang terjadi? Kenapa, doktor?
Anak saya sihat? Anak saya masih hidupkan? Anak saya masih sihatkan?
Doktor jangan main-main..ini bukan soal main-main..
Tolonglah doktor..tolonglah..

Tapi..apakan daya
Yang tinggal jasad baby
Yang kaku dan sejuk


Mama hilang segala-galanya
Mama hilang hilai tawa baby
Mama hilang senyum riangmu..sayang
Mama..seakan-akan terpana
Baru semalam baby bergelak ketawa
Bermain bola dengan abang-abang walaupun dalam baby walker
Baby begitu riang sekali
Ketawa dan bermain sepanjang hari
Seolah-olah satu tanda
Yang baby akan tinggalkan mama, ayah dan abang buat selam-lamanya..

Mama bingung
Mama tertanya-tanya
Kerana semalam
Baby tidak memberikan mama sebarang isyarat
Yang baby akan pergi buat selamanya
Baby bermain, makan dan bergelak tawa
dan tanpa mama sedar
Itulah saat-saat terakhir
Baby bersama mama

Apabila dikenang kembali
Ramai yang bertanyakan..
Apa sakit baby? Entah..
Mama pun tak tau apa yang harus mama jawab..
Yang pastinya baby tidak sakit
Baby sihat wal-afiat..
Mama ada bukti rekod klinik baby
Baby tak pernah sakit walau demam sekalipun..

Apa yang mama tau..
Pada detik 13 Disember itu
Jam 12.30am adik muntah sekali
2.30am adik lemah
2.45 am mama pangku adik kehospital
4.00am..mama diberitahu adik dah tak de..
Masanya begitu pantas berlalu
Sedar-sedar mama sudah kehilangan baby

Sayang mama Baby..
Tok mek selalu pesan kat mama
"Sabarlah..itu sudah janji Allah
Memang telah ditentukan..
Setiap yang bernyawa pasti akan mati..
Yang pergi tetap pergi..
Yang hidup mestilah teruskan kehidupan..
Kita juga hambaNya..
Walau apapun yang kita lakukan
Kita takkan mampu melawan takdirNya'
Suatu hari nanti kita pasti akan menyusul ke sana juga
Bersabarlah..redhalah dengan ketentuanNya..
Besar ganjarannya buat orang-orang yang sabar"..

Itulah kata-kata azimat dari tok mek
Yang membangkitkan semangat mama
Untuk mama teruskan kehidupan ini
Namun sayang...
Segala yang berlaku
Tidak akan mengubah
Kasih sayang dan rindu mama
Buatmu baby Mama
Muhammad Shafiy Luqman Mohd Ezrin
(10.05.2010 - 13.12.2010)

Sekian dahulu...nanti mama tulis lagi
Wassalam






Monday, December 12, 2011

Tanyalah...Andai kau Ingin Tahu



Assalamualaikum..
Semoga pembaca yang dikasihi berada dalam lindungan kasih sayangNya.

Andai kau ingin tahu rasa kesusahan
Tanyalah pada fakir miskin

Andai kau ingin tahu rasa kecewa
Tanyalah pada kekasih yang ditinggalkan

Andai kau ingin tahu rasa menyesal
Tanyalah pada si banduan yang dihukum

Andai kau ingin tahu rasa bahagia
Tanyalah pada si ibu yang anaknya berjaya

Andai kau ingin tahu rasa kehilangan
Tanyalah pada ibu yang kematian anaknya

Andai kau ingin tahu rasa kasih sayang
Kau hayatilah kisah kewafatan Rasulullah
Yang sayangkan umatnya..

Pastinya kau akan tahu..
Wassalam..

Monday, December 5, 2011

Semangat Yang Hilang...


Salam sayang to all my readers..

Ingatkan hati ini dah kuat
Rupanya segala kekuatan yang cuba dibina
Hilang dalam sekelip mata bila menjelangnya
Disember..

Setahun yang lepas
dibulan yang sama
Permata hati tersayang
Pergi dalam sekelip mata

Hari-hari yang berlalu
Kulalui dengan menitip kenangan
yang terukir indah diruangan ingatan

Hari-hari yang berlalu
Tanpa jemu dan lelah
Kuaturkan langkah ke pusaramu

Ketahuilah sayang..
Mama tidak akan pernah jemu
Menjejakkan kaki di pusaramu
Sehingga ke helaan nafas yang terakhir

Andainya suatu waktu nanti
Mama tidak lagi ke pusaramu
Ketahuilah sayang
Pada ketika itu..mama akan bersama-samamu
Dan saat itu
pasti akan tiba jua

Wassalam

Sunday, November 27, 2011

Kita Hanya Manusia Biasa




Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru..


Semoga anda yang melawat blog ini sentiasa berada dalam keadaan yang menyenangkan dan dirahmatiNya

Ada ketikanya kita rasa kecewa dengan diri sendiri
Ini kerana kita suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain

Ada ketikanya kita rasa sangat kekurangan
Ini kerana kita melihat orang yang lebih daripada kita

Ada ketikanya kita rasa hodoh
Ini kerana kita membandingkan dengan orang yang cantik

Ada ketikanya kita rasa miskin dan kekurangan
Ini kerana kita membandingkan dengan orang yang kaya

Ada ketikanya kita rasa lemah
Ini kerana kita membandingkan dengan orang yang kuat

Ada ketikanya kita rasa bodoh
Ini kerana kita membandingkan dengan bijak pandai

Ada ketikanya kita rasa kita je yang betul
Ini kerana kita tak nak dengar pandangan orang

Namun..ini semuanya berlaku
Kerana kita manusia biasa..
Andai kita kuat
Jangan lupa pada yang lemah
Andai kita kaya
Jangan caci pada yang miskin
Andai kita cantik
Jangan keji pada yang buruk
Andai kita pandai
Jangan herdik pada yang dungu
Andai kita lebih
Jangan lupa pada yang kurang
Ingatlah..
Semua anugerahNya hanya sementara
Kita tidak berhak sombong dan bongkak
Dengan harta kekayaan, pangkat dan paras rupa
Kerana itu hanyalah sementara
Kerana itu ujian Allah
Menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita
Marilah kita muhasabah diri..
Semoga Tahun Baru lebih bermakna buat kita


Wassalam

Sunday, November 20, 2011

Happy Birthday Danish


Assalamualaikum..
semoga pembaca budiman di dalam lindungan rahmatNya. Hari ini kepenatan melayan karenah anak-anak buah. semalam hari jadi Danish..dia mintak mak ngahnya buatkan kek Angry Bird..jenuh la mencari angry birdnye..nasib baiklah sempat ambik kat Shah Alam. Alang-alang dah buat kek tu..buat sekali la..RV untuk makan-makan dan untuk birthday cikgu aerobik esok.. sambil-sambil tu sempat la mintak kakak-kakaknye buatkan choc rice bubble. Enjoy the photo.



Wassalam

Wednesday, November 16, 2011

Kadang-kadang

Kadang-kadang
Terasa bosan

Kadang-kadang
Terasa sedih

Kadang-kadang
Terasa sunyi

Kadang-kadang
Terasa boring

Kadang-kadang
Terasa geram

Kadang-kadang
Terasa menyampah

Kadang-kadang
Terasa meluat

Kadang-kadang
Sedih sepi

Namun..itu berlaku hanya kadang-kadang
Apa pun yang berlaku..

LIFE MUST GOES ON...
UNTIL THE TIME WE CLOSED OUR EYES..FOREVER
SO..LIFE TO THE FULLEST..
Wassalam..

Thursday, November 3, 2011

Meniti Hari


Andai..Hari ini milik kita, gunakanlah sebaiknya kerana esok belum tentu milik kita.

Andai..Hari ini kita rancangkan sesuatu untuk esok,
rancangkanlah sekemas mungkin tapi jangan lupa pada takdir yang menentukan segalanya.

Andai..Esok buat kita kecewa, redhalah dengan ketentuan..

Sengaja Dia tentukan yang sedemikian, agar kita terus berhati-hati untuk LUSA yang menjelma..

Renung-renungkanlah..jadikan pedoman untuk meniti hari esok.
Wassalam.

Tuesday, November 1, 2011

Rindu serindu-rindunya...


Baby Shafiy dalam kenangan


Tiada apa yang mampu mama ungkapkan. Mama terlalu merinduimu sayang.
Kerinduan ini menyesakkan dada..hingga mama jadi lemah, lesu dan tak berdaya. Namun mama tahu, Baby bahagia di sana.

Wassalam.

Wednesday, October 26, 2011

Buah Tangan My Luv Bakery

Assalamualaikum dan salam ceria buat pengunjung blog saya..semoga anda semua dilindungi dan dipayungi rahmatNya. Kali ini just nak update semua tentang some products yang ada di myluvbakery. Kalau sesapa yang berminat nak order bolehlah phone atau emel ya.


Cheese Tart. Ada banyak perasa blueberry, strawberry, lemon, orange
Harga RM30 bagi 50 biji.

Carrot Cake with cream cheese topping
(RM50-70)
Steam Buttercream Cake for wedding (RM150-350)


Steam Buttercream cake for wedding (RM150-350)
Oreo cookies ( RM1.50-RM2.00 /piece)
Chocolate box (RM10-RM35)
Variasi cupcake pelbagai perisa dan topping from RM35/16pcs.


Apa istimewanya produk myluvbakery? Of course some ingredient dia lebih sihat and kurang pewarna tiruan except flowers. Kalau boleh bunganya tak payah makan. Pewarna tiruan tidak digalakkan..kadang-kadang terpaksa gak buat kalau customer request.


Oklah..kalau nak order call 012-2042485. Harga boleh dirunding..


Wassalam

Tuesday, October 18, 2011

Ting Tong...

Assalamualaikum to all my friends and followers..
Hari ni kat opis macam bosan sangat. Banyak keje tapi rasa macam malas nye la. Bestnye kalau tak payah keje kan..tapi kalau tak keje nak buat apa yek? Dok rumah lama-lama pun bosan gak..and then duit pun mesti tak masyuukk.
Ntah ler..sambung lah buat keje..

Wassalam..

Sunday, October 16, 2011

Weekend yang bz

Assalamualaikum dan salam sejahtera..semoga bahagia di hari minggu.

Apa plan hari minggu ni? Mungkin ada antara pembaca yang bawa anak berjalan-jalan, tengok wayang ke, atau mungkin ada yang melepak je kat rumah. Hari minggu ni adalah hari yang paling bz buat saya..maklumlah hari minggu jer yang ada masa untuk saya masakkan anak-anak dan suami kan. Inilah hasilnya untuk minggu ni..jom ler layan gambar ni..




Ok..sebelum berundur saya tempekkan resipi ciptaan saya ni..tauhu goreng bersos bijan. Selamat mencuba ya.





Bahan-bahan

8 keping tauhu
3 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
Segenggam udang kering
3 ulas bawang putih
2 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan sos tiram
1 cawan air + 1 sudu makan tepung gandum/jagung
Bawang goreng
daun bawang dan cili merah untuk hiasan

Cara-cara
1. Tauhu dipotong dadu dan dicelup tepung yang telah dibancuh dengan telur.
2. Gorengkan tauhu sekejap. Angkat dan ketepikan.
3. Tumis bawang dan udang kering sehingga garing. Masukkan minyak bijan dan sos tiram.
4. Tuangkan air yang telah dibancuh dengan tepung. Biarkan ia pekat.
5. Angkat dan siramkan ke atas tauhu yang telah digoreng.
6. Taburkan daun bawangdan cili merah.

Tadaa..dah boleh ngap.
Wassalam.

Wednesday, October 12, 2011

La Tahzan ( Jangan Bersedih)


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Para pembaca dan followers yang dihormati sekalian. Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan. Amin.

Dah lama rasanya saya tidak mencoretkan kata-kata di dada blog ini. Itulah, kadangkala bila penyakit M melanda susah nak cakap. Maklumlah saya ni bukannya blogger sepenuh masa. Cuma bila hati rasa terusik, disinilah tempatnya saya meluahkan segalanya.
Baru-baru ini, mendapat khabar yang menyedihkan.Rumah sepupu dilanda musibah. Rumah yang menjadi tempat berteduh panas dan hujan hangus dijilat api dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah baju dan kain yang dipakai di badan. Namun, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan pada Ilahi kerana tidak ada nyawa yang terkorban pada hari kejadian. Namun apabila melihat situasinya, hati kecil ini amat sebak dan sedih..habis segala harta benda yang dikumpul setelah sekian lama.

Namun, apabila kita renung-renungkan..memanglah tidak ada yang kekal didunia ini. Semuanya hanya sementara sahaja. Baik harta atau nyawa, semuanya milik Allah. Kita hanya diberi amanah untuk menjaganya sebaik mungkin. Tetapi, apabila sudah sampai masa dan ketikanya, sekelip mata semua yang pernah kita miliki akan hilang.

Sesungguhnya, semua yang terjadi ada hikmahnya. Kita perlu muhasabah diri. Ujian yang Allah berikan kepada hambaNya adalah bukti kasih sayang Allah. Mungkin selama ini kita lalai dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada.Maka marilah kita merenung dan bersyukurlah.

Apakah kita rasa bahawa berjalan dengan kedua kaki itu satu kebiasaan, sedangkan masih ramai manusia yang tidak mempunyai kaki? Apakah kita rasa berdiri tegak di atas kedua betis itu mudah, padahal masih ramai yang kehilangan kedua betis. Renungkanlah..betapa besarnya fungsi pendengaran, yang menjauhkan anda dari ketulian, penglihatan yang menghindarkan anda kebutaan, dan kulit yang cantik terhindar dari gatal dan kudis, fungsi otak yang memberi kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan.

Kita seringkali memikirkan sesuatu yang hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada. Kita sedih kerana kehilangan kebendaan, tetapi kita lupa bersyukur atas nikmat lain yang masih banyak. Oleh itu, renungkanlah dan bersyukurlah.

" Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?" ( Ar-rahman :13).

Wassalam.

Credit photo :leyhapunya.blogspot.com

Tuesday, September 27, 2011

Doa Buat Mashitah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semoga pembaca semua diberi kesihatan dan dipermudahkan segala urusan pada hari ini.
Semalam mendapat khabar dari teman sekerja, anak seorang staf ditempat kerja menghidapi kanser mulut dan sedang bertarung untuk hidup. Ya Allah..sedihnya hati kecil saya. Anak kecil yang berusia 4 tahun itu telah diduga sebegitu hebat. Hati saya begitu sebak sehingga sepanjang perjalanan dari tempat kerja ke rumah saya asyik memikirkannya.

Itulah lumrah kehidupan. Setiap daripada kita pasti akan diuji. Cuma bentuk ujiannya mungkin berbeza-beza. Jika dibandingkan ujian yang Allah berikan pada saya, rasanya berat lagi dugaan yang Allah berikan pada Mashitah (ibu kanak-kanak malang itu). Anak saya dijemput pergi mengadapNya dalam keadaan yang sihat wal afiat tanpa apa-apa kesakitan.

Saya rasa semua ibu-ibu diluar sana akan faham. Sedangkan anak kita yang demam pun kita sudah tak tentu arah..inikan pula melihat anak yang sedang menderita kesakitan.
Kawan-kawan, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah memberikan ketabahan dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu ini.


Monday, September 12, 2011

Birthday @ Office

Salam to all my followers and readers..
Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayangNya. Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri..semoga berbahagia di hari raya.

Apa citer raya? Banyak citernya..nantilah kalau ada masa saya coretkan dilaman ini ya. Apa-apapun saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang mengorder biskut raya dari myluvbakery. Harap semuanya berpuashati. Bagi pelanggan last minute tu, mohon maaf tak dapat nak penuhi order ya..
Ok, dah lama rasanya oven saya tak membakar kek..asyik bakar biskut raya jer..sp di sini saya paparkan fisrt kek selepas raya..

Ini kek yang order dari opis utk sambut besday kengkawan opis.



Meriah tak bebunganyer..hehehe. Ntah tiba-tiba je tangan ni terasa menari-nari je mengalunkan bebunga yang putih gebu dari cream cheese ni..emm..yummy..

Ni la gadis-gadis cun yang potong kek gebus tu..hehehe..Happy Birthday to all of you..semoga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

nak order ? Apa lagi..call lah 012-2042485 / suraineewahab@yahoo.com.
Salam sayang.

Wednesday, August 24, 2011

Ya Allah Ya Tuhanku..Kau Tabahkanlah hatinya

Salam Pagi To all my followers and readers..
Semoga anda berada dalam lindungan kasih sayang dan rahmatNya.

Pagi tadi mendengar berita di radio..dua kanak-kanak maut dirempuh kereta dalam perjalanan pulang dari sekolah. hati saya sebak sangat dan saya menangis tersedu-sedu bila memikirkan perasaan ibu yang kehilangan anak ini. Ya Allah Ya Tuhanku..begitu berat dugaan yang Kau berikan padaku..berat lagi dugaan ibu itu. Hilang dua anak dalam sekelip mata..bagaimana sekiranya aku berada ditempatnya. Aku pastinya tidak mampu menerimanya.

"Ya Allah Ya Tuhanku..Kau berikanlah segala kekuatan untuk ibu ini menerima dugaanMu. Kau tabahkanlah hatinya untuk menerima ujian yang Kau berikan padanya". Takziah buat keluarga arwah raja Zulkarnain dan Raja Nur Elia.

Begitulah putaran kehidupan. Kita sebagai hambaNya harus sentiasa bersedia untuk menerima apa saja kemungkinan yang bakal terjadi. Seperti saya, siapa sangka baby yang sihat wal-afiat tanpa sebarang masalah kesihatan boleh diambil pergi dalam sekelip mata. Itulah lumrah kehidupan. Yang pahit harus ditelan jua.
Apa-apapun sama-samalah kita berdoa agar kita semua dibawah lindungan kasih sayangNya dan dijauhkan dari segala bala dan bencana.

Doa untuk memohon perlindungan Allah Ta’ala agar tidak tertimpa musibah yang datang secara tiba-tiba. Doa tersebut berbunyi sebagai berikut:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ
فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
'BISMILLAAHIL LADZII LAA YADLURRU MA'AS MIHI SYAI'UN FIL ARDLI WALA FIS SAMAA'WAHUWAS SAMII'UL 'ALIIM' (dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi maupun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

(AHMAD - 497) : Dari Aban Bin Utsman dari Utsman bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa membaca 'BISMILLAAHIL LADZII LAA YADLURRU MA'AS MIHI SYAI'UN FIL ARDLI WALA FIS SAMAA'WAHUWAS SAMII'UL 'ALIIM' (dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi maupun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka tidak akan ditimpa musibah mengejutkan hingga malam hari, dan barangsiapa membacanya di waktu sore maka tidak akan ditimpa musibah mengejutkan hingga pagi hari jika Allah menghendaki."

Wassalam.

Sumber :www.eramuslim.com

Friday, August 19, 2011

Saya Bukan Ustazah...

SAKRATUL MAUT

Salam to all my followers and readers..

Dah lama tak update blog ni. Maklumlah sibuk dengan tempahan kuih raya. Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan.

Nak citer sikit pasal entry kali ni..sebenarnya saya termasuk ke blog sorang mamat ni..tgk ada pla citer yang menginsafkan ni..kenelah pulak utk tazkirah Ramadhan..apa lagi mtk copy laaa...Yang kelakarnye..bila ditilik-tilik gambar mamat ni..macamm kenal jer..laaa rupa-rupanya blog tu kepunyaan mamat RO kat depan meja saya la plak..
Mintak copy ye dik..

Balik citer pasal entry ni..saya bukannya ustazah..ilmu agama pun tak la tinggi sangat..cuma sekadar berkongsi ilmu yang saya dapat..moga-moga dapat menjadi pedoman buat menemani perjalanan kita yang singkat ini..

sila baca dengan tenang..

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.



Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap. .......Asyhadual lailahaillallah. ........" ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah... .. Tapi mataku...... .semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak
mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan, abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin..... .".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???



Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi..Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga, haus,panas. .......". tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek. ......... .". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu.......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi......" .
Ayah.......kau datang ayah......." .
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama
yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kau
kah tadi??Kenapa kau berubahlaku? ?Atau suara syaitan yang ingin
memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailaha illallah.
.....".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah
menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia
berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya" Mari ikut
kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah
datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......! !!!!!". Kedinginan
menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini
seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di
hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......
".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahi
wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata
memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah
ni?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....".



"Assalamualaikum. .....".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di dunia
ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,
coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan
mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya.
.....jijik, loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.


"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji........ ..".


Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah
pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita
lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat
hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku
memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau
kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku
bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan
sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah
yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan
kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di
sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan
tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku
malu.....malu. ....malu. .....!!!! !!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu
diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah
badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!
!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong
rimas....panas. .......". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa
orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada
di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku'
,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di
dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah! "Keengaran suara
tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di
belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".. Nun jauh di sana,kelihatan tanah
perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku
takut!!!!!!" . Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yang
besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke
dalam liang itu. "Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam
memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada
di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah
menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang,dan kepada
Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok
imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim
itu benar,syurga dan neraka itu jua benar....... .".Sayup sayap aku
terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin
hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku
terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di
lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku
takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong !!!!

. "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU
ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG
SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

Masih ade ruang untuk bertaubat, Bertaubatla sebelum terlambat. Jgn sia2kan peluang yang diberikan.

"Tuhanku aku tidak layak

Masuk syurgaMU
tetapi aku tak
sanggup menanggung
azab nerakaMU
ALLAH dari itu
terimalah taubatku
ampuni daku
sesungguhnya
KAU Maha Pengampun
dosa - dosa besar"



Semoga Ramadhan kali ini memberi keinsafan kepada kita semua.
Amin.

Monday, July 25, 2011

Promosi Kuih Raya 2011

Salam to all my readers and followers..

Maaf sebab dah lama tak upload citer-citer terbaru. Sebenarnya kesibukan melanda sejak akhir-akhir ini.

Tak nak citer banyak laa. Puasa dah dekat. Lepas puasa nak raya kan? Apa kata tengok biskut raya saya ni.



Amacam?? Tergoda tak? Apa lagi jomlah order..

Nama : Almond Rocher

Description : Gabungan hirisan badam dan rice crispies serta disirami coklat yang enak.
Harga : RM25/ 50pcs

Nama : Chocolate Treasure

Description : Kombinasi biskut coklat,cornflakes dan kismis yang disaluti coklat putih yang lazat.
Harga : RM23/50pcs


Nama : Chocolate Oats

Description : Biskut coklat rangup di tambah dengan kerangupan oats dan hirisan badam.
Harga : RM22/50pcs
Nama : Snow Flake
Description : Kerangupan biskut yang di saluti coklat hitam yang enak.
Harga : RM23/50pcs
Nama : Green Peas
Description : Biskut kacang hijau yang cair dimulut. Sesuai bagi penggemar biskut arab kerana rasanya seakan-akan sama. Cuma, biskut hijau lebih sihat. Ada serat.Harga : RM22/50pcs
Nama : Pineapple tart.
Description : All time favourite. Tart Nenas yang digemari semua golongan.
Harga : RM 23/50pcs


Description : Rempeyek kacang dan bilis resipi tradisional my mother in law. Sangat sedap dan banyaaaaaaaaaaaaaaak kacang.
Harga : RM20 / balang ( dlm 40-45 keping).

Nak order ?? Just emel me at suraineewahab@yahoo.com or sms me 012-2042485. Thank You. Love You All.

Thursday, July 7, 2011

Pesan Mak


Salam to all my loving followers and readers,
Semoga sentiasa berbahagia serta dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Hari ini sepanjang jalan ke tempat kerja (klang ke Putrajaya) tak putus-putus air mataku menitis dengan lajunya bak empangan yang pecah. Entah mengapa, lewat kebelakangan ini hati terasa terlalu sebak. Sebak dan rindu mengenangkan arwah yang telah pergi 7 bulan. saat-saat pedih itu seakan-akan terakam di depan mata. Dan seringkali hati sering tertanya-tanya..apakah aku cuai dalam menjaga baby..dimanakah silapku? Apakah ini satu hukuman buatku? kalaulah..dan kalaulah..maka tanpa perlu dipaksa-paksa pelbagai andaian bermain di kepalaku. Lantas membuatkan aku sebak, pilu dan lesu....

Lalu..bila dan dikala ini hanya pesan mak yang menjadi pegangan azimat buatku..pesannya
"usah difikirkan kenapa ianya berlaku. Sesungguhnya tidak ada yang mustahil bagi Allah. Haruslah kita cepat-cepat sedar..anak itu bukan hak kita yang mutlak. Ianya amanah Allah buat kita. Bila sampai masa dan ketika ia berkehendakkan, maka kembalilah ia kepada Pencipta kita semua. Walau apapun yang kita lakukan, walau bagaimana sekalipun kita menjaganya..kalau sudah tiba waktunya kita takkan mampu menahan ajal. sabarlah..ingatlah besar ganjarannya buat orang-orang yang sabar. satu ketika dan waktu nanti..kita akan jumpa jua dia disana. Berdoalah dan mohonlah padaNya agar diberi kekuatan".

Sesungguhnya..kata-kata dari seorang ibu bisa menenangkan hatiku buat seketika. Namun, kerinduan yang tidak mampu ku tanggung terkadang terlalu menyeksakan.
Sekian, wassalam.

Tuesday, July 5, 2011

Red Velvet For Love One

Salam..


Selamat bertemu di arena blogging. Semoga pembaca di kurniakan rahmat kesihatan dan kebahagian serta di dalam lindunganNya. Amin.
Semalam dan hari ini saya berkampung di Puri Pujangga UKM..berbengkel untuk buat Panduan Pemakanan Kanak-kanak dan Remaja.

Weekend lepas my colleague order Red velvet and chocolate for her special occasion. Her testimonial " keknya sedap sangat..lembut dan sedap. Lain kali leh order lagi".



So..those yang red velvet lover..kalau berminat bolehlah call saya 012-204245 or just emel saya di suraineewahab@yahoo.com.


Wassalam.

Saturday, July 2, 2011

Nak Bagi tau Jer

Salam to all my loving follower..

Semoga anda dianugerahi rahmat kesihatan dan kebahagiaan.
Hari ni saya saje jer nak update pembaca semua mengenai sebahagian daripada produk yang ada di Ain's Bakery ni.



Cupcake : CMC with Fondant ( RM35 / 16pcs (M size)




Cupcake : CMC with choc Ganache ( RM35 / 16pcs (M size)





Cupcake : CMC with BC and coc ganache ( RM 35/ 16pcs (M size)





Rainbow Butter Cake : RM40 for 1.4 kg



Red Velvet with Cream Cheese : RM 60++ for 1.5kg


Berminat ? Sila hubungi suraineewahab@yahoo.com atau call 012-2042485. Thank You for your support.

Friday, July 1, 2011

Life is a Gift



Today
Before u say an unkind word.
Think of someone who can't speak.
Before u complain about the taste of ur food.
Think of someone who has nothing to eat.
Before u complain about ur husband/wife.
Think of someone who's crying out to GOD for companion.
Before u complain about ur children.
Think of someone who desires children but they're barren.
Before u argue about ur dirty house or someone didn't clean or sweep.
Think of people who are living in the streets.
Before whining about distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet.

And
When u are tired and complain about ur job.
Think of unemployed, the disabled and those who wish they had ur job

But
Before u think of pointing the finger or condemning another
Remember that no one of us is without sin.

And when
depressing thoughts seem to get you down
Put a smile on your face and think
YOU'RE ALIVE and STILL AROUND

So, bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini. Semoga pembaca yang dikasihi dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah. Amin.
Wassalam.
credit photo :hisgirl30.tumblr.com

Wednesday, June 29, 2011

Nasi Beriani Udang


Salam to all my follower yang dihormati sekalian..
Semoga kalian sentiasa di dalam rahmatNya..Amin
Penatnya baru balik outstation..tapi janji kena tunaikan jugak kan? So, disini saya sertakan resipi beriani udang yang saya janjikan hari tu..resipi asalnye dari Cik Mat Gebu..tapi saya memang suka ubah sana-sini ( sori ye cik Mat)..alah bukan susah pun..campak-campak jer..hehehe

Bahan-bahannya :

1 kg beras Basmathi
1/2 kg udang sederhana besar ( tak payah buang kulitnye)
1/2 tin susu cair (dlm tin)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan sunquick ( tak letak pun tak pe)
sedikit garam
sehelai daun pandan (simpulkan)
Air untuk masak nasi ( 1 cawan beras sama ngan 1 1/4 cawan air)



Bahan tumis

1 biji bawang besar kuning (potong dadu)
4 ulas bawang merah (hiriskan)
3 ulas bawang putih (hiriskan)
3 biji tomato ( potong dadu)
2 kpg kulit kayu manis ( kalau tebal dan besar guna 1 jer)
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
2cm halia (titik)
2 sudu makan rempah beriani
3 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak

Bahan lain

4 sudu makan kismis
Bawang goreng
Daun sup/daun bawang
dan orang

Caranya :
1. Rendam beras dalam 15 minit dan toskan.
2. Panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bahan tumis dan daun pandan.
3.Tumis sampai bau harum dan bawang agak layu. kemudian masukkan tomato dan udang.
4.Masak hingga udang warna merah.
5. Pastu masukkan air, serbuk kunyit, sunquick dan susu cair. Tunggu hingga mendidih.
6. Bila dah mendidih, pindahkan ke dalam rice cooker dan masukkan beras.
7. Dah masak..angkat dan hidangkan.
8. Taburkan kismis, bawang goreng dan hirisan daun bawang / daun sup.
So, boleh ler panggil cik abe, anak-anak, pakcik makcik dan orang-orang kampung kalau perlu..hehehe. Sodap..tak yah makan ngan ape-ape pun sedap.

Sori..ni entry tertangguh.
Senangkan. Selamat mencuba.Kalau menjadi..boleh lah komen yer.

Friday, June 24, 2011

Mencari RedhaMu..



Salam Jumaat to my loving followers and readers..
Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang bernaung dibumiMu ini..Diharapkan agar kalian semua berada di bawah rahmat dan kasih sayangNya..Amin

Pagi tadi saya singgah sekejap kat blog yang paling saya suka iaitu layakkahakumenjadibidadarisyurga.blogspot.com.. Masya'Allah betapa indahnya coretan kata-kata yang membawa seribu pengertian. Hati kecil ini tersentuh dan tersentap dengan setiap bait-bait coretan..dan setiap coretan membawa pengertian yang mendalam.."

"Layakkah Aku Menjadi Bidadari Syurga??". Terasa malu diri sendiri bila ditanya soalan ini. Ya Allah..hambamu ini terlalu banyak berdosa padaMu. Terasa diri tidak layak menjadi penghuni syurgaMu..tetapi Ya Allah..aku tidak mampu menahan seksa nerakaMu.


Bukti kasih sayang Allah pada kita..
Di kala kita mengumpat, mengata..atau mencemuh insan lain..
Kita masih lagi diberi peluang bercakap..Allah tidak memotong lidah kita.

Dikala kita angkuh, bongkak dan ego dengan harta kekayaan dan pangkat
Kita masih lagi di beri rezeki yang melimpah ruah

Dikala kita dengan sombongya mendedah dan menayang aurat kita
Kita masih lagi dikurniakan dengan kecantikan tanpa cela

Namun..bila kita diuji dengan sedikit kesusahan..
Kita mula mengeluh.
Masya'Allah..betapa egonya kita..
Dan betapa lalainya kita dengan pesona dunia..

Wahai teman wahai saudara..
Marilah kita sama-sama muhasabah diri..
Mencari RedhaNya..
Yang Berlalu Biarlah Berlalu
SesungguhNya Allah itu Maha Pengampun..

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". [Surah al-Baqarah:286]

Coretan sekadar ingatan buat diri sendiri yang sering alpa..
Wassalam.

Tuesday, June 21, 2011

Bila Hati Kita Ikhlas...



SALAM PAGI!!..
(teringat masa kursus ESQ) bagi sapa-sapa yang pernah attend mesti taukan..setiap kali salam mesti PAGI..sebab katanya PAGI tu semua orang macam bersemangat jer..
Semoga pembaca semua berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayangNYA..amin.
Pagi ni saya nak bercakap sikit pasal keihklasan..kita seringkali dengar atau mungkin pernah mengungkapkan kata-kata ni.."saya ikhlas ni"..tapi adakah kita sebenar-benarnya ikhlas? Kadang-kadang kita pun terkeliru..mulut menyebut ikhlas tapi hati kadang-kadang macam tak ikhlaskan?? Pernah tak?

Itulah namanya manusia kan.. keihklasan itu tidak perlu kita zahirkan. Perbuatan, perlakuan dan pemikiran kita yang ikhlas sebenarnya merubah pandangan atau perspektif yang berbeza. Sebagai contoh yang paling dekat..dalam melakukan sesuatu pekerjaanlah katakan..bila kita ikhlas kita tidak akan merungut atau mengeluh walaupun kerja banyak atau susah. Ini kerana kita ikhlas melakukannya kerana Allah..tulah kadang-kadang bila banyak kerja saya pun merungut gak..tu dah macam tak ikhlas jer buat kerja kan?? sama gak bila kita kena masak untuk keluarga..kadang-kadang tengah masak kita merungut penatkan..kalau kita ikhlas pastinya kita takkan merungutkan..sebab dengan masak untuk keluarga, suami dan anak-anak pun kita akan dapat pahala..hehehe..tapi bila letih muncung gak...

Keihklasan itu tidak perlu dipertontonkan sebenarnya..apa yang penting dalam setiap hal yangberlaku..ikhlaskan segalanya..Insya'Allah bila kita ikhlas..pandangan dan pemikiran kita akan berbeza ...dan kita akan dapat melihat keindahan dalam setiap perkara...
Ikhlas bila berkawan
Ikhlas bila membesarkan anak-anak
Ikhlas dengan ibu bapa
Ikhlas dengan suami/isteri
Ikhlas bila berpakaian(ada gak yang tak ikhlas..bila suka pakai..dah boring bukak..tudung laa..hihihi jangan mare)
Ikhlas bila berkata-kata

Dengan memupukkan sifat ikhlas ini barulah hati kita bersih dan suci dari sebarang kekotoran dan penyakit yang boleh menghancurkan ummah. Harta dan kemewahan dunia serta pesonanya tidak mempunyai apa-apa erti, sebaliknya harta paling bernilai ialah hati yang ikhlas.
Ini tepat sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Peringatan ini adalah sebenarnya untuk diri saya..untuk itu saya harap pembaca yang membaca entry ini..ikhlas dengan tulisan saya..hehehe..kut-kut ada yang marah lak..

OK..Wassalam..

p/s : azam baru..nak buat keje ngan ikhlas..insya'Allah.
credit gambar : aizek.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...