Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Para pembaca dan followers yang dihormati sekalian. Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan. Amin.
Dah lama rasanya saya tidak mencoretkan kata-kata di dada blog ini. Itulah, kadangkala bila penyakit M melanda susah nak cakap. Maklumlah saya ni bukannya blogger sepenuh masa. Cuma bila hati rasa terusik, disinilah tempatnya saya meluahkan segalanya.
Baru-baru ini, mendapat khabar yang menyedihkan.Rumah sepupu dilanda musibah. Rumah yang menjadi tempat berteduh panas dan hujan hangus dijilat api dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah baju dan kain yang dipakai di badan. Namun, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan pada Ilahi kerana tidak ada nyawa yang terkorban pada hari kejadian. Namun apabila melihat situasinya, hati kecil ini amat sebak dan sedih..habis segala harta benda yang dikumpul setelah sekian lama.
Namun, apabila kita renung-renungkan..memanglah tidak ada yang kekal didunia ini. Semuanya hanya sementara sahaja. Baik harta atau nyawa, semuanya milik Allah. Kita hanya diberi amanah untuk menjaganya sebaik mungkin. Tetapi, apabila sudah sampai masa dan ketikanya, sekelip mata semua yang pernah kita miliki akan hilang.
Sesungguhnya, semua yang terjadi ada hikmahnya. Kita perlu muhasabah diri. Ujian yang Allah berikan kepada hambaNya adalah bukti kasih sayang Allah. Mungkin selama ini kita lalai dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada.Maka marilah kita merenung dan bersyukurlah.
Apakah kita rasa bahawa berjalan dengan kedua kaki itu satu kebiasaan, sedangkan masih ramai manusia yang tidak mempunyai kaki? Apakah kita rasa berdiri tegak di atas kedua betis itu mudah, padahal masih ramai yang kehilangan kedua betis. Renungkanlah..betapa besarnya fungsi pendengaran, yang menjauhkan anda dari ketulian, penglihatan yang menghindarkan anda kebutaan, dan kulit yang cantik terhindar dari gatal dan kudis, fungsi otak yang memberi kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan.
Kita seringkali memikirkan sesuatu yang hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada. Kita sedih kerana kehilangan kebendaan, tetapi kita lupa bersyukur atas nikmat lain yang masih banyak. Oleh itu, renungkanlah dan bersyukurlah.
" Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?" ( Ar-rahman :13).
Wassalam.
Credit photo :leyhapunya.blogspot.com

No comments:
Post a Comment