Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Philea Resort & Spa Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Dah lama rasanya tak post pasal cuti-cuti Malaysia ni. Sempena anniversary kami yang ke-10, kami telah menyambutnya di Philea Resort & Spa, Melaka. Resort ala-ala country ni terletak di ayer keroh..selepas exit tol ayer keroh.

Resort ni sangat unik kerana diperbuat daripada kayu cengal dan suasananya seakan-akan berada di hutan. Ianya sungguh menenangkan dan mengasyikkan. Jauh daripada hingar-bingar dan kekalutan kehidupan. Apabila melangkah masuk ke resort ini, ianya seakan-akan terasing  dalam dunia yang tersendiri. Memang sangat seronok. Jom cuci mata.












Kalau anda merancang untuk ke Melaka, singgahlah di resort  ini. Memang tak rugi.

Wassalam

Wednesday, November 20, 2013

Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak

Assalamualaikum dan salam sayang to all my beloved readers..

Semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayangNya. Sekarang dah musim cuti sekolahkan, so maybe ada yang tengah berkira-kira mana nak bercuti kan. Ni just nak share tempat percutian yang hebat yang kami baru je pergi hari tu. Tempat ni memang best dan sesuai sangat-sangat utk family gathering. Kami booking thru agoda.com dan dpt harga RM700 utk villa 3 bilik. Villa ni sangat besar dan ada 3 bilik tidur, 1 ruang tamu yang besar dan 1 ruang dapur yg lengkap dengan dapur masak, peti ais, rice cooker, kettle dan juga cooking utensil. So, kitaorang x payah makan kat luar masak-masak je kat dapur.

And paling best kat villa ni dia ada private jacuzi so blh enjoy 24hrs. Yang paling suka sangat of course la bebudak plus ngan mak-mak dan bapak-bapak budak yg berendam tak hengat dunia.

Ok, tak payah citer panjang-panjang the photos will speak themselves.


Suasana pokok kelapa sawit sepanjang perjalanan menuju ke hotel. Sangat nyaman..
Villa kami..Villa No.17


Bukak pintu je terus kolam..apa lagi tak menyempat la bebudak
Master bedroom

second bedroom






Third bedroom
Ruang tamu

Ruang dapur

Ruang dapur

Ruang dapur

Peti sejuk
periuk, cerek dan microwave..ada juga disediakan pan untuk masak-masak   '    


Peralatan yg disediakan
Peralatan pinggan mangkuk yang disediakan        

Kolam air bukit..sejuk dan nyaman

Kolam air panas
Awas..panas ye
Kolam ni dalam 45 degree..panas gak laa

Aktiviti malam..bbq dan melepak kepenatan semua kolam dah mandi

.Dah melantak..beli durian laa pulak 




Sunday, November 17, 2013

Kerana Mereka..

Assalamualaikum to all my beloved readers and follower..
Semoga kita semua berada dalam lindungan rahmat dan kasih sayangNya.  Saya doakan hari-hari yang anda lalui seindah pelangi selepas hujan di petang hari. Memang ada kalanya hari-hari kita seakan-akan mendung namun percayalah selepas mendung itu akan munculnya sinar mentari yang akan menyinari seluruh hidup kita. Anggaplah apa saja kesedihan dan bencana yang menimpa itu adalah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Dan laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan serta jadikan ia kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang.

Sorry, panjang pulak mukadimahnya. Just nak share my happy moment with my beloved family. Pada saya, they are everything to me and because of them, i need to be stronger everyday. Setiap kali memandang wajah mereka, pasti hati kecil saya akan berkata..kerana mereka adalah anugerah dan amanah..pastinya saya harus melakukan yang terbaik buat mereka.

Ok..minggu ni Friday tak pegi keje sebab rasa sakit je dekat bahagian bawah perut ni bila jalan..maybe sebab angin kot cause friday the whole day muntah je..so just kat rumah and masak for my family.

s
Pagi saya masak spagheti seafood olio cause my son really love it.

Tengahari tiba-tiba teringin lak nak makan ayam di masak bersama jantung pisang masak kari ala kelate..mmmm sedapnya

Belikan ikan pari utk MIL dan masak asam pedas kawww..

Ada customer call mtk buatkan cheese tart utk hantaran...plus delivery sekali

Saturday ke Ipoh sebab ada jemputan kenduri kat Ipoh..ni lepas makan kenduri dan bergambar dengan mesin getah kat Dewan Risda Negeri Perak
Penat nak balik klang, so check kat Impiana Hotel Ipoh..apa lagi bebudak ni terjun kolam je laa
At Ipoh Railway station
On the way back..singgah makan kat sini..masakan minang asli..sangat popular juga kat sini dan makanannya banyak pilihan dan sedap-sedap
Es Teller class gitu

Dah penat mandi kebulur, so we went to Jalan Yang Kalsum Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung for our dinner..best-best makanannya..dan banyak choice
After check out saje tgk Ipoh Railway Station
Nasi lemak ayam kampung..thumbs up..sedap sangat..



 Alamak gambarnya lari-lari plak.ok jelah ye tak larat nak adjust mata dah penat dah..ok let's enjoy our life and live to the fullest.

Love uols..Wassalam
 

Thursday, October 31, 2013

Avillion Port Dickson


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca budiman..

Alhamdulillah..setelah hampir 4 bulan dalam keadaan yang tidak bermaya, akhirnya segala lesu, mual, letih dapat dikurangkan. Syukur Alhamdulillah atas nikmat sakit dan sihat yang Allah kurniakan. kita sebagai hambaNya hanya mampu bersabar dan bertawakkal semoga dengan kesakitan yang diberi akan bertambah keimanan. Amin..

Just nak share my recent percutian with family tersayang. Percutian ini khas untuk my bonda yang banyak berkorban sepanjang masa dan sentiasa be with me masa sakit dan susah. Pada mulanya kami bercadang nak ke Cameron highlands, tapi sebabkab faktor cuaca kami beralih ke Port dickson. Hotel yang kami pilih pula sangat istimewa utk bonda iaitu Avillion Port Dickson.

Ok,  rasa tak payah cerita panjang le..layan aje gambar-gambar ni ye


Pandangan dari balkoni bilik                    










Laluan ke bilik-bilik
  


Pandangan dalam bilik

Dalam bilik..katilnya banyak..

Jiran sebelah

Very classic...cuci kaki dulu sebelum masuk bilik


Segala serba mak nenek keperluan dalam bilik

Mini bath tub dalam bilik

Penat jalan...rehat dulu

Kolam untuk kanak-kanak ada gelongsor lagi

Ada steam and sauna you..class

Drinks counter..malam je ada tepi pantai gitu.

So relaks..penat kaki jalan-jalan

Kolam dewasa..fully guard and 24 hours operation..

My ratu hati@my mum

Sunset

AviSpa

Balkoni bilik

Pet farm..untuk kanak-kanak kecik bolehlah..my boys dah besar tak berminat dah

Caklempong di pintu masuk..











Secara keseluruhannya, hotel ni memang bestt..cuma check out very busy skit la sebab ruang agak kecil and parking kereta jauh sangat. The rest everything fine.

Ok..hingga jumpa lagi. Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...