Showing posts with label Doll Cake. Show all posts
Showing posts with label Doll Cake. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

Rezeki Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat bertemu kembali, semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayangNya. Macamana dengan hari anda hari ini? Harap-harap semuanya berjalan seperti yang dirancang. Jika tidak, pasrahlah kerana sesuangguhnya perancangan Allah itu yang terbaik.

Minggu ni dah masuk minggu ke-3 saya menjadi full housewife. Rua-rupanya jadi housewife ni lebih sibuk daripada wanita bekerja. Kenapa? Tak percaya? Saya pun tak percaya pada mulanya, tapi sehingga ke hari ini, saya masih tercungap-cungap mencari ruang dan waktu untuk menulis dan update blog. Tulisan ini pun mengambil masa 2 hari untuk disiapkan. 

Oklah..tak payah panjang-panjang..ini  rezeki yang Allah berikan untuk saya sepanjang minggu ini. Tempahan ini adalah dari rakan-rakan sekerja dan juga rakan-rakan di kawasan tempat tinggal saya. Terima kasih kepada semua yang mempercayai dan memberikan sokongan kepada Myluvbakery. 

Blueberry Cheese Tart

Oreo Cookies

Durian Crepe

Frozen

Apam polkadot

Barbie Cake

Tiramisu mini pack

RVC Barbie

RVC

Marble Tiramisu    






Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan. Jika berminat, boleh sms/ WhatsApp di 012-2042485.

Wassalam

Sunday, February 5, 2012

Suatu Waktu Dahulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..semoga pembaca budiman berbahagia hendaknya ketika ini.
Saya pasti kita semua mempunyai kisah silam yang tersimpan di lipatan memori.Ada kisah suka, ada kisah duka. Ada kawan yang sama-sama bergelak ketawa ketika gembira dan menangis ketika berduka.Sekolah, aspuri, aspura, dewan makan, buku-buku, cikgu-cikgu, boyfriend...semuanya mewarnai kehidupan di suatu waktu dahulu. Apabila dikenang kembali, alangkah indahnya ketika itu. Ingin rasanya ku nikmati saat-saat itu sekali lagi. Namun, masa yang berlalu tidak mungkin akan dapat berputar semula.

Kenangan hanya tinggal kenangan. Sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan cerita di bilik tidur anak-anak. Oklah saya tinggalkan anda dengan kenangan silam anda. Sambil-sambil tu jamulah mata anda dengan princess barbie yang ditempah dari salah-seorang rakan di masa silam saya.





Oreo cookies with Hannah's photo. Sooo cute.

< /<>


Free angry bird for Hannah. Harap suka ye. Oklah. Itu saja buat masa ni. Jumpa lagi nanti.


Wassalam.

Tuesday, April 26, 2011

Lelaki oh Lelaki

Salam to all blogger..

Tiba-tiba hati rasa sayu dengan apa yang telah menimpa kawan baik saya..sesungguhnya inilah putaran hidup. Memang setiap apa yang berlaku telah ditakdirkan, namun sesungguhnya kadang-kadang kita tidak pernah mengerti akan sikap sesetengah lelaki ni. Siapa sangka orang yang pernah melafazkan kata sayang dan berjanji sehidup semati bersama kita suatu ketika dulu boleh berubah sekelip mata hanya dengan sedikit pangkat dan kuasa yang dimiliki.

Bukan niat saya ingin mengata kaum ini, tetapi inilah realiti yang terjadi pada seorang teman. Dahlah si lelaki ini terang-terangan curang dalam perkahwinan mereka, tak cukup dengan itu dia sanggup pulak menendang dan memukul isterinya yang sedang sarat mengandung....memang jenis lelaki yang tidak berhati perut...yang mungkin hilang sifat kewarasannya.

Mungkin sebagai manusia biasa..kita seringkali terlupa dan alpa. Sesungguhnya perlu diingat, Allah SWT menduga hambanya melalui pelbagai cara. Ada yang diduga dengan paras rupa yang buruk, tapi ada juga diduga dengan paras rupa yang menawan, ada yang diduga dengan kemiskinan dan kehinaan, tetapi ada juga yang diduga dengan harta kekayaan melimpah ruah serta pangkat dan harta. Itu hanya dugaan daripada Allah SWT untuk melihat sejauh mana teguhnya iman kita. Oleh itu, sekiranya kita dianugerah dengan sedikit kemewahan dan kemasyhuran hidup, jangan sesekali kita lupa..roda tidak semestinya selalu di atas..kadang-kadang ada masanya kita dibawah. Hanya masa dan ketika sahaja menentukannya.

To my friends..sabar dan tabah menerima ujian Allah. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hanya yakin dan sabar. Memang senang untuk berkata, tetapi berat bagi yang menanggung..namun hanya sabar sahaja yang dapat mengubatinya. Pasrah dan tawakkal, sesungguhnya perancangan Allah lebih sempurna.

Ok..itu jelah..sambil-sambil melayan blog saya ni..apa kata layanlah gambar barbie cake yang special ni..ini adalah order dari kawan saya weekend lepas..untuk anaknye..
Thanks Busyra..harap nadya suka yer..untie sue buat special untuk nadya..happy birthday sayang..






Sunday, April 10, 2011

Barbie In da House





Salam kepada semua pembaca..


Just nak update regarding new products..it's a barbie doll cake..sesuai untuk si cilik yang manis..

Bayangkan betapa gembiranya anak gadis cilik anda menerima kek yang comel ini for her birthday party..ummmm...mestinya yang terucap....cantiknya.....


So, why wait ?? Make an order or reservation for your daughter coming birthday..or maybe you pun nak join sama..apa salahnye..


Prices? Murah jer...untuk fully fondant..RM150 / untuk buttercream + fondant RM90..cake weight around 1.8kg ++.

So, book now...call/sms me 012-2042485 or email me suraineewahab@yahoo.com



Enjoy the photo.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...