Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts
Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts

Monday, September 22, 2014

Anugerah Terindah

Assalamualaikum..

Inilah anugerah Allah yang tidak ternilai. Setelah satu diambil, digantikan dengan yang lain. Muhammad Syahir Luqman, putera ke-4  lahir caesarian on 16 April 2014.  Penawar hati mama dan ayah. Syukur Alhamdulillah..















#syukuralhamdulillah

Friday, August 16, 2013

Salam Aidilfitri..rindu bertandang lagi..

Assalamualaikum buat pembaca budiman

 Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan selamat hari raya buat pembaca yang sudi menyinggah di danau buruk saya ini. Hari ini dah masuk raya yang ke-9, masih ada lagi yang bercuti dan ada yang dah mula kerja. Alangkah cepatnya masa berlalu. Rasanya belum terhapus kenangan indahnya Ramadhan. Entah kenapa, setiap kali Ramadhan menghilang, hati ini terasa begitu sayu dan pilu..rindunya akan Ramadhan tidak dapat digambarkan. Segala-galanya indah di bulan yang mulia itu. Rindu akan kelam kabut masa sahur yang dah nak habis waktu, rindu akan hiruk pikuk bazar Ramadhan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan, rindu akan kebisingan anak-anak semasa berbuka puasa.

Segala-galanya lebih indah lagi kerana pada tahun ini saya dapat berpuasa seminggu di kampung. Seronoknya dapat menyediakan juadah berbuka bersama ibu tersayang, berkesempatan juga ke bazar Ramadhan di Kok Lanas iaitu di daerah kelahiran saya. Pastinya pelbagai juadah masakan kelantan yang sangat dirindui dapat saya jamah. Paling indah apabila kami bersama-sama berterawikh adik beradik. Adik saya yang no-9 biasanya akan menjadi iman untuk sembahyang terawikh. Oh..rindunya saat-saat itu. 

Namun, dalam kegembiraan ini terselit jua kerinduan terhadap arwah anakanda tersayang Muhammad Syafiy Luqman bin Mohd Ezrin..yang dah pergi meninggalkan mama hampir 3 tahun. Ingatan mama terhadap sayang tidak pernah luput walau dalam keadaan apa jua pun. 
Semoga baby aman di sana. Mama berdoa hampir setiap hari agar suatu masa nanti kita akan ditemukan jua.
Alfatihah buatmu anakanda.


Arwah baby Shafiy













Thursday, November 29, 2012

Chocolate 4U cause I LUV U

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar pembaca budiman. Semoga kita semua berada di bawah lindungan dan kasih sayangNya. Amin. 

Minggu ni 2 kali saya melihat mayat terbaring di atas jalan raya akibat kemalangan. Setiap kali melihat mayat yang bergelimpangan itu, hati saya tiba-tiba rasa sebak dan hiba. Tiba-tiba saya memikirkan andainya perkara yang sama menimpa saya, bagaimanalah dengan anak-anak saya nanti. Ya lah, tiap-tiap hari memandu sejauh 120km pergi dan balik, apa-apapun boleh terjadi. Segalanya saya serahkan hanya padaNya, cuma mampu berdoa agar dijauh dari segala bala dan bencana.

Apa-apapun entry saya pada kali ini just nak share. Hargailah masa-masa yang kita ada bersama orang-orang yang kita sayang. Janganlah kita asyik nak bertekak je dengan adik beradik atau jiran tetangga. Ada jiran saya yang dah 12 tahun tak bertegur sapa ngan adik beradik. Ruginya la. Ingatlah ye, kita ni bukannya nak menongkat langit pun. Bila-bila masa pun kita boleh di panggil mengadapNya. 

Lebih-lebih lagi bagi suami/isteri. Janganlah sampai bermasam muka dan bertegur sapa. Enth-entah malam ni malam yang terakhir kita bersamanya. Jangan sampai kita menyesal seumur hidup. Andai ada sedikit kesilapan, maafkanlah dia. Luahkanlah kasih sayang terhadap suami/isteri anda. Beritahunya bahawa kita sangat berbangga memilikinya dan menyintainya sampai ke syurga.

Kalau malu nak luahkan dengan kata-kata, bolehlah order chocolate dari saya ye.



Berminat ? Hubungi saya ye di 012-2042485 atau emel suraineewahab@yahoo.com

Monday, November 26, 2012

Syoknya Balik Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Semoga pembaca semua berada di bawah payung rahmatNya. Macamana dengan hari anda semua hari ini, harap-harap hari ini adalah lebih baik berbanding hari semalam. Hari ni saya takde  cerita pasal kek atau coklat, cuma nak kongsi saat indah saya balik kampung 2 minggu lepas. 

Kampung saya kat Kok Lanas, Kelantan. Dah lama rasanya tak balik kampung sesekali balik syookkk sangat. Hilang rasanya segala kepenatan kerana jauh perjalanan. Kalau balik kami selalunya balik dengan kereta, jarang balik ngan kapal terbang. Kalau balik ngan kereta tu macam bebas la suka hati nak berhenti kat mana. Maklumlah bawak budak-budak ni macam-macam kerenahnya.

Apa-apapun malas nak citer panjang, layanlah gambar-gambar ni.

Seronoknya menyedut air kelapa. Ni kat PCM makan colek sotong.


Heroes in my life

ni pun kat PCB 



Pulut pagi..sedapnya

Lokam..sedap banyak jual kat tepi pantai

Lokam masak sambal

Pucuk ketereh..ulam ambik kat belakang rumah

Gambar pokok cili tuk mek..

Itu je cerita kampung saya. Jumpa lagi di lain masa. Wassalam.

Friday, June 24, 2011

Mencari RedhaMu..



Salam Jumaat to my loving followers and readers..
Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang bernaung dibumiMu ini..Diharapkan agar kalian semua berada di bawah rahmat dan kasih sayangNya..Amin

Pagi tadi saya singgah sekejap kat blog yang paling saya suka iaitu layakkahakumenjadibidadarisyurga.blogspot.com.. Masya'Allah betapa indahnya coretan kata-kata yang membawa seribu pengertian. Hati kecil ini tersentuh dan tersentap dengan setiap bait-bait coretan..dan setiap coretan membawa pengertian yang mendalam.."

"Layakkah Aku Menjadi Bidadari Syurga??". Terasa malu diri sendiri bila ditanya soalan ini. Ya Allah..hambamu ini terlalu banyak berdosa padaMu. Terasa diri tidak layak menjadi penghuni syurgaMu..tetapi Ya Allah..aku tidak mampu menahan seksa nerakaMu.


Bukti kasih sayang Allah pada kita..
Di kala kita mengumpat, mengata..atau mencemuh insan lain..
Kita masih lagi diberi peluang bercakap..Allah tidak memotong lidah kita.

Dikala kita angkuh, bongkak dan ego dengan harta kekayaan dan pangkat
Kita masih lagi di beri rezeki yang melimpah ruah

Dikala kita dengan sombongya mendedah dan menayang aurat kita
Kita masih lagi dikurniakan dengan kecantikan tanpa cela

Namun..bila kita diuji dengan sedikit kesusahan..
Kita mula mengeluh.
Masya'Allah..betapa egonya kita..
Dan betapa lalainya kita dengan pesona dunia..

Wahai teman wahai saudara..
Marilah kita sama-sama muhasabah diri..
Mencari RedhaNya..
Yang Berlalu Biarlah Berlalu
SesungguhNya Allah itu Maha Pengampun..

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". [Surah al-Baqarah:286]

Coretan sekadar ingatan buat diri sendiri yang sering alpa..
Wassalam.

Tuesday, June 21, 2011

Bila Hati Kita Ikhlas...



SALAM PAGI!!..
(teringat masa kursus ESQ) bagi sapa-sapa yang pernah attend mesti taukan..setiap kali salam mesti PAGI..sebab katanya PAGI tu semua orang macam bersemangat jer..
Semoga pembaca semua berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayangNYA..amin.
Pagi ni saya nak bercakap sikit pasal keihklasan..kita seringkali dengar atau mungkin pernah mengungkapkan kata-kata ni.."saya ikhlas ni"..tapi adakah kita sebenar-benarnya ikhlas? Kadang-kadang kita pun terkeliru..mulut menyebut ikhlas tapi hati kadang-kadang macam tak ikhlaskan?? Pernah tak?

Itulah namanya manusia kan.. keihklasan itu tidak perlu kita zahirkan. Perbuatan, perlakuan dan pemikiran kita yang ikhlas sebenarnya merubah pandangan atau perspektif yang berbeza. Sebagai contoh yang paling dekat..dalam melakukan sesuatu pekerjaanlah katakan..bila kita ikhlas kita tidak akan merungut atau mengeluh walaupun kerja banyak atau susah. Ini kerana kita ikhlas melakukannya kerana Allah..tulah kadang-kadang bila banyak kerja saya pun merungut gak..tu dah macam tak ikhlas jer buat kerja kan?? sama gak bila kita kena masak untuk keluarga..kadang-kadang tengah masak kita merungut penatkan..kalau kita ikhlas pastinya kita takkan merungutkan..sebab dengan masak untuk keluarga, suami dan anak-anak pun kita akan dapat pahala..hehehe..tapi bila letih muncung gak...

Keihklasan itu tidak perlu dipertontonkan sebenarnya..apa yang penting dalam setiap hal yangberlaku..ikhlaskan segalanya..Insya'Allah bila kita ikhlas..pandangan dan pemikiran kita akan berbeza ...dan kita akan dapat melihat keindahan dalam setiap perkara...
Ikhlas bila berkawan
Ikhlas bila membesarkan anak-anak
Ikhlas dengan ibu bapa
Ikhlas dengan suami/isteri
Ikhlas bila berpakaian(ada gak yang tak ikhlas..bila suka pakai..dah boring bukak..tudung laa..hihihi jangan mare)
Ikhlas bila berkata-kata

Dengan memupukkan sifat ikhlas ini barulah hati kita bersih dan suci dari sebarang kekotoran dan penyakit yang boleh menghancurkan ummah. Harta dan kemewahan dunia serta pesonanya tidak mempunyai apa-apa erti, sebaliknya harta paling bernilai ialah hati yang ikhlas.
Ini tepat sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Peringatan ini adalah sebenarnya untuk diri saya..untuk itu saya harap pembaca yang membaca entry ini..ikhlas dengan tulisan saya..hehehe..kut-kut ada yang marah lak..

OK..Wassalam..

p/s : azam baru..nak buat keje ngan ikhlas..insya'Allah.
credit gambar : aizek.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...