Thursday, January 6, 2011

Al-Fatihah

Salam to all blogger.. Sebenarnya dah lama nak buat n3 ni..tapi macam tak berdaya rasanye..hari ni saya cuba carik kekuatan diri untuk menulis mengenainya.. Tanggal 13 Dis 2010, hero saya yang ke-3, Muhammad Shafiy Luqman telah kembali menemui penciptaNya seperti yang telah tertulis untuknya. Usianya baru masuk 7 bulan 3 hari, tetapi itulah janji Allah..setiap yang hidup pasti akan mati tidak kira tua atau muda. Memang terlalu berat untuk saya menerimanya, tetapi siapalah saya untuk mempersoalkannya. Itu adalah hakNya yang diamanahkan pada saya untuk menjaga buat sementara waktu. Memang telah ditakdirkan saya hanya menjaganya untuk 7 bulan sahaja.. Mama redha dengan pemergian adik..semoga adik aman di sana..terima kasih sayang kerana membahagiakan mama dan ayah walaupun untuk seketika.. Al-fatihah...

4 comments:

  1. Bersabarlah dgn ujian Allah... banyakkan baca surah yasin.. mampu memberi ketenangan dan kekuatan hati... redha dgn takdir Allah ini kerana ia suatu saham besar di akhirat nanti...

    ReplyDelete
  2. Takziah dari kami sekeluarga. Moga terus diberi kekuatan. Tabahkan hati. Allah lebih menyayanginya.

    p/s: Syafiy comel sangat. Melihat wajahnya buat hati saya sayu. Dia ahli syurga....

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..moga syafiy dicucuri rahmat allah, begitu dgn mama syafiy..mamajgn risau, syafiy ada kakak mia kat sana, leh main main dgn dia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...