Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday


Di kedinginan malam ini
Ku melerai rindu dalam hati
Agar terubat resah rindu
Yang menyentuh kalbu

Mungkin kau tiada menyedari
Apa yang ku simpan di hati
Mungkin kau memahami
Segala yang terjadi

Ingin kuturuti jejak langkahmu
Walau ke mana saja kau pergi
Ingin aku menghambakan diri
Untuk engaku mengasihi

Sedalam mana lautan api
Pasti aku cuba mengharungi
Itulah ketulusan hatiku
Moga kau kan mengerti

Semakin aku megingati
Semakin tebal rindu ini
Aku hanya mengemis rindu
Dari hati kecilmu

Wassalam.

Saturday, March 17, 2012

Kosong

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga pembaca budiman berada dalam keadaan yang membahagiakan.

Kosong? Suatu waktu dulu jiwa ini pernah rasa kosong. Kosong yang teramat sangat. Kekosongan setelah kehilangan arwah baby. Setiap kali melawat pusara baby, jiwa ini juga terasa sangat kosong. Apabila memandang pusara di kuburan, jiwa ini juga kosong. Kadang-kadang terfikir..macamanalah saat itu nanti?
Lalu, bagaimana mengisi jiwa yang kosong? Kata ustaz dan ustazah..jiwa akan kosong apabila kita hilang matlamat hidup. Kita hilang erti sebuah kehidupan yang dianugerahkan buat kita. Andai kita tahu arah tuju kita, pastinya kita takkan rasa kekosongan.
Bagi menghilangkan rasa kekosongan, inilah hasil kerja saya seminggu yang lepas. Jom layan.

Wassalam



Saturday, March 3, 2012

Demam Red Velvet

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semoga pembaca budiman sentiasa berada dibawah payung rahmatNya. N3 ni dah lama nak post, tapi asyik tertangguh je. Baru kali ni rajin sikit la. Ini adalah RVC order dari kawan-kawan kat kelas aerobik last week.






Harga ? Murah jer.. 1kg ++ RM60. Cupcake pula 16pcs size L RM48. Jom order. SMS me on 012-2042485.
Wassalam.

Wednesday, February 29, 2012

Terlalu rindu

Rindu sangat
Terlalu rindu
Rindu sangat-sangat..
Rindunyaaa....
Ahhhhhhhhhhh....
Macamana ni?...
Apa nak buat ni?
Mama rindu sangat
kat baby Shafiy

Tadi kat klinik ada nampak budak kecik
Macam baby Shafiy
Rasa macam nak peluk
Rasa macam nak cium..
Tapi...

Wednesday, February 8, 2012

Bingkisan Rindu Buat Baby Shafiy


Assalamualaikum
Baby mama yang dirindui
Muhammad Shafiy Luqman Bin Mohd Ezrin

Mama tau
Dikala ini baby mama sedang berbahagia
Di taman inderaloka
Ditemani para bidadari syurga

Baby mama yang jauh dimata
Sejak pemergianmu sejak pemergianmu 13 bulan yang lalu
Tidak pernah sedetik pun mama melupakanmu
Melupakan setiap saat yang pernah kita kongsi bersama

Baby mama shafiy
Walaupun kehadiranmu hanya sekejap cuma
Kenangan yang kau tinggalkan buat mama
Terlalu indah untuk mama kenang
Sehingga ke akhir hayat mama

Baby mama shafiy
Semalam mama terlalu rindukan baby
Mama rindukan saat-saat baby ketawa dan menangis
Mama rindukan saat-saat baby lapar dan haus
Mama rindukan saat-saat tenangnya wajahmu ketika rindu
Mama rindukan segala-galanya
Dan..
Kerinduan itu terlalu menyiksakan
Menyesakkan dada mama
Membuatkan mama lesu
Akhirnya..
Mama menangis tersedu-sedu
Dalam kegelapan dan kesunyian malam

Maafkan mama sayang
Kerana gagal menahan perasaan mama
Buat kesekian kalinya

Nukilan rindu dari mama

Sunday, February 5, 2012

Suatu Waktu Dahulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..semoga pembaca budiman berbahagia hendaknya ketika ini.
Saya pasti kita semua mempunyai kisah silam yang tersimpan di lipatan memori.Ada kisah suka, ada kisah duka. Ada kawan yang sama-sama bergelak ketawa ketika gembira dan menangis ketika berduka.Sekolah, aspuri, aspura, dewan makan, buku-buku, cikgu-cikgu, boyfriend...semuanya mewarnai kehidupan di suatu waktu dahulu. Apabila dikenang kembali, alangkah indahnya ketika itu. Ingin rasanya ku nikmati saat-saat itu sekali lagi. Namun, masa yang berlalu tidak mungkin akan dapat berputar semula.

Kenangan hanya tinggal kenangan. Sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan cerita di bilik tidur anak-anak. Oklah saya tinggalkan anda dengan kenangan silam anda. Sambil-sambil tu jamulah mata anda dengan princess barbie yang ditempah dari salah-seorang rakan di masa silam saya.





Oreo cookies with Hannah's photo. Sooo cute.

< /<>


Free angry bird for Hannah. Harap suka ye. Oklah. Itu saja buat masa ni. Jumpa lagi nanti.


Wassalam.

Friday, January 27, 2012

Tolonglah Baca...




Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini ...!!!

Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku ..
Tolonglah ambil masa 3 ...
minit untuk baca note ini .
3 minit je, tak lama pun ..
Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi ..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih …
Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah ..

Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam ..
Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun ..
Lalu salah seorang lelaki tu bertempik
Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” ...
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri ...

Daripada jumlah yg 1,000 tadi tuhanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing²termasuk Pak Iman tu ..
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanyalalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit ,sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” ...

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..
Macam mana ..
Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas ..
Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan
dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam ,
hanya 20 yg betul-betul BERIMAN …

Lawakkan ....
berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya ..
Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun ..
Dia tak kata pun nak bunuh ..
Tapi generasi sekarang ..
Amat lemah ..
Baru kena ugut terus lari lintang pukang ..
Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak ,
ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja ..
Tu pun bila time sembahyang jumaat ..
Tunjuk muka kat orang kampung ..
Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa ..
Bila time sembahyang raya ..

" Lawakkan ,
ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar
daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan
berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara ,
akhirat adalah tempat yang kekal ,
tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak ,
kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam
tapi nak berdoa kepada ALLAH ,alahai ..
Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi ,
bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah
kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama

Lawak kan ??
Kenapa ?Gelak tu kan realiti ..
Tapi yg paling lawak sekali ..
Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain ..
Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ?
Berapa banyak ??

Wallahualam ..Sebarkanlah ..Tak perlu minta izin ..Moga bermanfaat ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...