Thursday, July 7, 2011

Pesan Mak


Salam to all my loving followers and readers,
Semoga sentiasa berbahagia serta dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Hari ini sepanjang jalan ke tempat kerja (klang ke Putrajaya) tak putus-putus air mataku menitis dengan lajunya bak empangan yang pecah. Entah mengapa, lewat kebelakangan ini hati terasa terlalu sebak. Sebak dan rindu mengenangkan arwah yang telah pergi 7 bulan. saat-saat pedih itu seakan-akan terakam di depan mata. Dan seringkali hati sering tertanya-tanya..apakah aku cuai dalam menjaga baby..dimanakah silapku? Apakah ini satu hukuman buatku? kalaulah..dan kalaulah..maka tanpa perlu dipaksa-paksa pelbagai andaian bermain di kepalaku. Lantas membuatkan aku sebak, pilu dan lesu....

Lalu..bila dan dikala ini hanya pesan mak yang menjadi pegangan azimat buatku..pesannya
"usah difikirkan kenapa ianya berlaku. Sesungguhnya tidak ada yang mustahil bagi Allah. Haruslah kita cepat-cepat sedar..anak itu bukan hak kita yang mutlak. Ianya amanah Allah buat kita. Bila sampai masa dan ketika ia berkehendakkan, maka kembalilah ia kepada Pencipta kita semua. Walau apapun yang kita lakukan, walau bagaimana sekalipun kita menjaganya..kalau sudah tiba waktunya kita takkan mampu menahan ajal. sabarlah..ingatlah besar ganjarannya buat orang-orang yang sabar. satu ketika dan waktu nanti..kita akan jumpa jua dia disana. Berdoalah dan mohonlah padaNya agar diberi kekuatan".

Sesungguhnya..kata-kata dari seorang ibu bisa menenangkan hatiku buat seketika. Namun, kerinduan yang tidak mampu ku tanggung terkadang terlalu menyeksakan.
Sekian, wassalam.

3 comments:

  1. sabar ya....spt 'pesan mak' pasti ada hikmah melimpah ruah bila tiba saatnya nanti,itu yg dijanjikan Allah utk makhluknya yg sabar!

    ReplyDelete
  2. sue,raya ni mama nak ziarah pusara putera kedua mama yang pergi tanpa sempat mama membelainya.walaupun slalu mama berkunjung ke pusaranya,rindu ttp mencengkam jiwa.mama harap sue cpt2 mendapat ank seterusnya.bukan sebagai pengganti ank yg tlh pergi...tetapi sebagai pengubat rindu dan pemecah kesunyian di hati.insyaAllah..amiin.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    saya selalu tgk blogger profile followers2 saya pastu lawat blog2 mereka. takziah atas pemergian anakanda tersayang.. saya boleh merasai apa yg sue lalui..arwah anak perempuan saya menghadap Illahi saat2 saya menunggu waktu bersalin 8 bulan dahulu..sebulan sebelum menyambut Hari Raya, beberapa hari sebelum bulan puasa. arwah cukup sifat, sempurna, tiada sakit atau cacat cela..namum semua itu sudah suratan takdir. siapa sangka, dalam menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga kita, dia telah pergi buat selamanya sebelum sempat kami mendengar tangisan dan tawanya. jika Allah mengkehendaki ia berlaku, maka berlakulah ia..biar atas apa sebab sekalipun.. takziah sekali lg saya ucapkan, tabahkan hati, kuatkan semangat.. kerinduan itu mmg takkan hilang walaupun ditelan masa, namum kenangan kita dengannya tetap hidup selagi hayat dikandung badan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...