Tuesday, October 16, 2012

Andaiku Terlupa

Dalam melangkah meniti hari-hari
Terkadang kita di duga dan diuji
Sedih dan pilu ketika itu
Hanya air mata menemani kepedihan

Namun,
Pesanan buat diriku yang terlupa
Ketahuilah
Dikala ujian dan dugaan mendatang
Itulah tandanya kasih sayangNya
Kerana dengan ujian yang diberi
Untuk menyedarkan kita dari langkah yang panjang

Airmata yang menitis jua
Dijadikan hamparan
untuk menjahit kembali
sejadah iman yang yang kian terkoyak
Akibat langkah yang mungkin tersasar
Jauh dari keikhlasan.

Andaiku terlupa,
Sabar dan redha
Dengan ujian yang menimpa
Yang mungkin menjadi pengubat duka
Bila tika dan saatnya menjelma.

Nukilan,
Mama
Promenade Sabah
16/10/2012


2 comments:

  1. lama tak datang sini..sue pun lama 'berehat' menulis n3.. sihat ke.. bahagia melihat senyuman ahli syurga ni... ada kat sabah ke...?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih C'Jai kerana sudi melawat blog yang usang ni..hehehe..sekarang ada mesyuarat kat sabah.Itulah, kadang-kadang bila penyakit M tu datang bersawang lah blog ni. Untuk makluman C'Jai, hanya senyuman itu yang menjadi penawar duka. Walau apapun yang pastinya, baby sue sedang berbahagia dan berada di tempat yang paling agung. Tapi kita? hanya Yang Maha Esa saja maha mengetahui. Sama-samalah kita saling ingat-mengingati ya.







    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...