Friday, August 16, 2013

Salam Aidilfitri..rindu bertandang lagi..

Assalamualaikum buat pembaca budiman

 Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan selamat hari raya buat pembaca yang sudi menyinggah di danau buruk saya ini. Hari ini dah masuk raya yang ke-9, masih ada lagi yang bercuti dan ada yang dah mula kerja. Alangkah cepatnya masa berlalu. Rasanya belum terhapus kenangan indahnya Ramadhan. Entah kenapa, setiap kali Ramadhan menghilang, hati ini terasa begitu sayu dan pilu..rindunya akan Ramadhan tidak dapat digambarkan. Segala-galanya indah di bulan yang mulia itu. Rindu akan kelam kabut masa sahur yang dah nak habis waktu, rindu akan hiruk pikuk bazar Ramadhan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan, rindu akan kebisingan anak-anak semasa berbuka puasa.

Segala-galanya lebih indah lagi kerana pada tahun ini saya dapat berpuasa seminggu di kampung. Seronoknya dapat menyediakan juadah berbuka bersama ibu tersayang, berkesempatan juga ke bazar Ramadhan di Kok Lanas iaitu di daerah kelahiran saya. Pastinya pelbagai juadah masakan kelantan yang sangat dirindui dapat saya jamah. Paling indah apabila kami bersama-sama berterawikh adik beradik. Adik saya yang no-9 biasanya akan menjadi iman untuk sembahyang terawikh. Oh..rindunya saat-saat itu. 

Namun, dalam kegembiraan ini terselit jua kerinduan terhadap arwah anakanda tersayang Muhammad Syafiy Luqman bin Mohd Ezrin..yang dah pergi meninggalkan mama hampir 3 tahun. Ingatan mama terhadap sayang tidak pernah luput walau dalam keadaan apa jua pun. 
Semoga baby aman di sana. Mama berdoa hampir setiap hari agar suatu masa nanti kita akan ditemukan jua.
Alfatihah buatmu anakanda.


Arwah baby Shafiy













1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...