Thursday, February 10, 2011

Order for today



Salam ...

Alhamdulillah..siap jugak akhirnya cupcake order for tonight..


Bye

Andai Ku Tahu


Salam to all blogger..


Hari ini n3 bukan pasal kek atau coklat..tiba-tiba teringin pulak nak tulis pasal lagu ni. Andai Ku Tahu nyanyian kumpulan Ungu. Baris-baris liriknye benar-benar menusuk kalbu.


Andai Ku Tahu

Bila tiba ajalku

Ku akan memohon

Tuhan Tolong panjangkan umurku


Andai Ku tahu

Kapan tiba masaku

Ku akan memohon

Tuhan jangan kau ambil nyawaku


Aku takut

Akan semua dosa-dosaku Aku takut

Dosa yang terus membayangiku


Mungkin tahu

MalaikatMu kan menjemputku

Izinkan aku

Mengucap kata tobat padaMu


Ampuni aku

Dari segala dosa-dosaku

Ampuni aku

Menangis minta tobat padaMu


Aku manusia

Yang takut neraka

Namun aku juga

tak pantas di syurga


Andai ku tahu

kapan tiba ajalku

Izinkan aku

Mengucap kata tobat padaMu


Yang nyatanya..tidak ada seorang manusia pun yang akan tahu bilakah ajal akan datang menjemput kita tetapi yang pastinya...Mati itu Benar..

Oleh itu, marilah kita bersama-sama merenung dan muhasabah diri..andai saat ini Malaikat maut datang menjemput kita..apakah yang kita akan bawa sebagai bekalan..

Kadang-kadang dengan kesibukan kita..seringkali kita alpa dan lupa..kita seolah-seolah lupa akan tempat kita yang abadi..seringkali kita tewas dengan godaan duniawi yang hanya bersifat sementara ini.


Oleh itu, to all my follower and friends..marilah kita sama-sama bertafakur sejenak mengenangkan masa lampau dan dosa-dosa semalam....bersyukur andainya kita masih algi diberi peluang untuk memohon taubat padanya..janganlah sampai sakaratul maut menghampiri dan mentari terbit di sebelah Barat baru kita hendak memohon taubat kerana pada ketika itu..pintu taubat sudah tertutup. nauzubillahiminzalik..


Sekadar ingatan untuk diri sendiri..

Wassalam..

Friday, February 4, 2011

Steam Rich Fruit Cake




Memperkenalkan Steam Rich Fruit Cake..very rich and moist..
Sangat sesuai untuk sebarang majlis...
Boleh dikurangkan tahap kemanisan bergantung pada citarasa individu..
harga..RM40 untuk 1kg..do contact me for order ...
See u next n3..

Thursday, February 3, 2011

My First Wedding Cake


Salam to all blogger..

N3 kali ini nak citer skit pasal wedding cake nih..hajat yang tersemat di hati dah lama nak buat wedding cake ni..tapi asyik ada jer masalahnye..akhirnya hari ni impian menjadi satu kenyataan. Maka, pada hari yang bersejarah ni terhasillah kek steam buttercream 3-tier ni. Kek ini khas untuk sedara sebelah mak mertua yang akan mengadakan majlis resepsinya pada Ahad ni.

Tak sangka dapat jugak ku membuat kek wedding ni..seronoknya..
Maybe tak lama lagi dapatlah ku ambik order untuk wedding plak..

Salam.

Sunday, January 16, 2011

Izinkan mama merinduimu sayang..

Sayang mama Shafiy.. Dikala ini mama terlalu merinduimu sayang.. Kerinduan yang teramat sangat Tidak tertanggung rasanya sayang.. Mama tidak tahu apa yang harus mama lakukan Mama buntu Shafiy Baby Mama.. Masih segar lagi dingatan mama Saat kelahiranmu.. Kesakitan yang mama tanggung Seakan hilang begitu saja Apabila menatap wajah baby Sungguh indah, sungguh suci, sungguh bercahaya.. Subhanallah..sungguh indah ciptaanMu yang kau titipkan buatku Mama terlalu bahagia sayang.. Ayah sungguh bangga dengan adik Semua yang memandang adik akan jatuh kasih.. Terlalu sempurna Rupanya adik membawa cahaya syurga sayang.. Baby sayang... Bulan pertama..bulan kedua..bulan ketiga..bulan keempat.. Mama begitu bahagia sayang Adik membesar dengan cepat sekali Adik membesar dengan sempurna tanpa sebarang kekurangan Mama terlalu sayangkan adik.. Mama tidak mahu berenggang walau sesaatpun.. Anakku sayang.. Bulan kelima..mama terpaksa tinggalkan adik.. Mama akan mula bekerja sayang.. Pagi-pagi mama akan tinggalkan adik.. Bila malam..kita akan tidur sama-sama sayang.. Mama mintak maaf sayang Terpaksa tinggalkan adik buat sementara waktu.. baby sayang.. Mama masih ingat lagi saat mama suapkan adik makanan yang pertama.. Adik suka sangat dapat makan.. Adik makan sampai habis.. mama masakkan adik bubur dengan karot.. Mama rasa terlalu bahagia sangat sayang Dapat suapkan adik.. Tetapi kini.. Itu hanyalah kenangan indah yang adik tinggalkan buat mama Hingga kini.. Mama masih terasa panasnya adik bila dipelukan mama Mama masih lagi terbau wanginya tubuh adik.. Mama terlalu rindukan adik.. Kerinduan yang tidak dapat ditahan rasanya.. Adik tau tak.. Selepas solat mama sentiasa berdoa Agar mama dapat berjumpa adik Walaupun dalam mimpi.. Baby mama yang bucuk macam.. Walaupun adik hadir hanya untuk 7 bulan 3 hari sahaja Tetapi mama amat bersyukur sayang kerana adik hadir menjadi anak mama Adik tidak pernah menyusahkan mama dan ayah Mama bahagia dengan kehadiran adik Mama tau Dikala ini ini adik sedang berbahagia di SANA Mama tau Suatu waktu nanti kita akan bertemu Ingatlah sayang Bila saat dan ketikanya nanti.. Bila kita dipertemukan.. Pimpinlah tangan mama sayang.. Ingatlah mama sayang.. Mama ingin menjadi mamamu selama-lamanya sayang Coretan, Mama yang terlalu merinduimu sayang

Thursday, January 13, 2011

Tanggal 13hb

Salam.. Semoga pembaca sekalian dianugerahi kesihatan dan kebahagiaan dikala ini. Hari ini genaplah sebulan baby Shafiy meninggalkan mama. Sesungguhnya agak sukar untuk mama menerima kenyataan yang ini. Baby yang mama kandung selama 9 bulan, hanya sempat mama tatap wajahnya hanya untuk 7 bulan 3 hari. Namun, ketika ini terasa kerdilnya kita disisiNya. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Kita hanya mampu merancang, tetapi hanya perancangan Allah yang paling sempurna. Seringkali mama menitiskan air mata bila kerinduan tak dapat dibendung. Namun, cepat-cepat mama ingatkan diri mama yang baby mama berada ditempat yang jauh lebih baik. Hanya doa dan Al-Fatihah mama iringkan buat baby mama. Semoga adik tenang disana. Hari ini juga keluarga kami dikejutkan dengan berita kematian bapa saudara pada pukul 11.45 pagi tadi seelah lebih seminggu koma. Al-fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat. Wassalam.

Thursday, January 6, 2011

Al-Fatihah

Salam to all blogger.. Sebenarnya dah lama nak buat n3 ni..tapi macam tak berdaya rasanye..hari ni saya cuba carik kekuatan diri untuk menulis mengenainya.. Tanggal 13 Dis 2010, hero saya yang ke-3, Muhammad Shafiy Luqman telah kembali menemui penciptaNya seperti yang telah tertulis untuknya. Usianya baru masuk 7 bulan 3 hari, tetapi itulah janji Allah..setiap yang hidup pasti akan mati tidak kira tua atau muda. Memang terlalu berat untuk saya menerimanya, tetapi siapalah saya untuk mempersoalkannya. Itu adalah hakNya yang diamanahkan pada saya untuk menjaga buat sementara waktu. Memang telah ditakdirkan saya hanya menjaganya untuk 7 bulan sahaja.. Mama redha dengan pemergian adik..semoga adik aman di sana..terima kasih sayang kerana membahagiakan mama dan ayah walaupun untuk seketika.. Al-fatihah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...