Sunday, April 29, 2012

Kari ayam dengan jantung pisang

Kari Ayam & Jantung Pisang


Tiba-tiba rindu dengan masakan mak. Lamanya tak balik kampung. Nak balik susah nak dapat cuti. Kalau setakat balik 2-3 hari tak berbaloi rasanya. Jadi apa lagi, masak sendiri makanlah sendiri. Walau apapun air tangan mak adalah yang paling best in the world. So, pada sesiapa yang teringin nak mencuba, bolehlah cuba resepi ini ya.

Bahan-bahan

1 biji jantung pisang ( dipotong dan rendam dalam air garam)
1/2 kg ayam ( dipotong kecil-kecil)

Bahan untuk menumis

1 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 ulas bawang putih *
2 labu bawang besar *
2 inci halia
3 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk kunyit
Minyak untuk menumis secukupnya

* ditumbuk kasar

Bahan lain
2 keping asam gelugor
1/2 kg santan
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara-cara
1) Apabila minyak cukup panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
2) Masukkan pula bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuning-kuningan.
3) Masukkan rempah kari dan serbuk kunyit. Tumis sehingga rempah agak garing.
4) Masukkan santan separuh dan masukkan ayam dan asam gelugor.
5) Tutup sementara untuk empukkan ayam.
6) Apabila ayam sudah empuk, masukkan semua santan dan air secukupnya. Kalau suka pekat, tak perlu masuk air.
7) Masukkan jantung pisang.
8) Apabila jantung pisang sudah agak lembut, masukkan garam dan tutup apinya.
9) Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

2 comments:

  1. Jadi tak macam mak masak..?hehe... Hamboiii sue..nampak cam sedap tu...c'jai pun rindu dengan masakan emak..tapiiii..kalu balik kampung pun tak akan jumpa jg emak ..tak kan dapat jg rasa masakan emak...waaaa...!!! :(

    ReplyDelete
  2. C'Jai, tu la tak jadi macam mak masak..huhuhuhu...nasib baik tak mengidam kalau tak mesti kena balik gak. Sabarlah C'Jai..mudah-mudahan mak C'jai bahagia disana ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...