Monday, November 26, 2012

Syoknya Balik Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Semoga pembaca semua berada di bawah payung rahmatNya. Macamana dengan hari anda semua hari ini, harap-harap hari ini adalah lebih baik berbanding hari semalam. Hari ni saya takde  cerita pasal kek atau coklat, cuma nak kongsi saat indah saya balik kampung 2 minggu lepas. 

Kampung saya kat Kok Lanas, Kelantan. Dah lama rasanya tak balik kampung sesekali balik syookkk sangat. Hilang rasanya segala kepenatan kerana jauh perjalanan. Kalau balik kami selalunya balik dengan kereta, jarang balik ngan kapal terbang. Kalau balik ngan kereta tu macam bebas la suka hati nak berhenti kat mana. Maklumlah bawak budak-budak ni macam-macam kerenahnya.

Apa-apapun malas nak citer panjang, layanlah gambar-gambar ni.

Seronoknya menyedut air kelapa. Ni kat PCM makan colek sotong.


Heroes in my life

ni pun kat PCB 



Pulut pagi..sedapnya

Lokam..sedap banyak jual kat tepi pantai

Lokam masak sambal

Pucuk ketereh..ulam ambik kat belakang rumah

Gambar pokok cili tuk mek..

Itu je cerita kampung saya. Jumpa lagi di lain masa. Wassalam.

5 comments:

  1. Seronok lah anak2 dapat dapat balik kampung...
    makan sayur2 dan ulam2an kampung..

    sue..akak ada masalah ngn 'Please prove you're not a robot' kena ulang banyak kali baru bleh post komen...rasa lg oke kalau ubah settingnya..baru mesra blog..hehee

    ReplyDelete
  2. C'Jai..terima kasih kerana sudi datang menjengah sue di sini. Pasal problem tu, sue pun tak pasti lah kak. tapi dah try ubah setting la tak tau plak sue ada masalah ni. Anyway, thank you.

    ReplyDelete
  3. sue ni ada link tutorial untuk nak betulkan balik setting tu..try la kalau sue suka...

    http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2012/02/please-prove-youre-not-robot.html

    ReplyDelete
  4. yang atass boleh jg klik tp yang ni lg tepat..bukan apa nanti senang nk komen ..kalau dah ubah...nanti org lain pun rajin dtg komen...

    cuba yer..http://www.lyssasecret.com/2011/11/hapuskan-word-verification-di-comment.html

    ReplyDelete
  5. C'jai..thanks for sharing. Sue dah buat dah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...