Sunday, March 17, 2013

Salam rindu

Paha ayam goreng madu berbijan


Assalamualaikum dan salam sejahtera..pembaca dan penyinggah yang budiman..

Lama rasanya tak update blog ni..maklumlah banyak sangat urusan-urusan yang perlu diselesaikan. Apa-apapun thanks to my customer yg setia bersama myluvbakery. Just nak bagi tau pada yang belum tau..sila like page myluvbakery ye di www.facebook.com/myluvbakery.

As always, hari minggu adalah hari yang sibuk especially for working mothers. Hari minggu la hari utk manjakan family dengan air tangan sendiri kan. Oklah..just nak kongsi resepi hari ni dengan pembaca semua.

 Bahan-bahan

 8 ketul paha ayam ( diperap dengan garam dan kunyit)

 Bahan sos:

3 sudu makan Sos manis ABC
1 sudu makan kicap manis / masin
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan madu
3 ulas bwg putih
5 biji bawang merah
sedikit air ( 1/2 cawan)
Daun bawang dan daun sup
Bijan untuk hiasan
1 sudu besar minyak utk menumis

Cara-cara : 
1. Goreng ayam sehingga kekuningan, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Tumiskan bawang merah hingga garing. 
4. Masukkan kesemua sos dan air.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan tutup sebentar.
6. Sebelum angkat, masukkan daun sup dan daun bawang serta bijan.

Taraaa...dah sedia untuk dimakan. Pastinya menjadi kegemaran anak-anak anda.
Sehingga berjumpa lagi. 
Wassalam.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...