Saturday, May 4, 2013

Bila kita nak balik lagi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Para pembaca yang disayangi semua. Dah lama sangat rasanya saya tak berblogging. Maklumlah penyakit M yang hinggap tu susah pula nak hilang. Malam ni tiba-tiba tertengok plak gambar-gambar masa balik kampung cuti sekolah yang lepas, takpelah jom saya kongsikan aktiviti bersama keluarga tercinta.

Kampung saya terletak nun jauh di Pantai Timur, mana lagi kelate la. Saya dibesarkan di Kampung Jal, Kok Lanas dan bersekolah di Sekolah Menengah Datuk Ahmad Maher, Kota Bharu. Lepas form 5 terus masuk UPM dan abis belajar kerja kat KL dan kahwin terus la menetap kat Klang. Saja jer nak introduce myself.

Oklah..jom layan gambar-gambar and suasana di kelantan yang sungguh permai.

Syoknya main air ye..ni kat Pantai Melawi..kat Bachok

Anak dan bapa

Zara yang kiut

Best BBQ kat tepi laut

Ini namanya kuih lompat tikam..kalau nak makan kena lompat dulu

My feveret..tapai pulut my mum

Ikan karipap..

Ketupat palas..yummy

Ini buah mulong@ onde-onde

Sambal sihat..less garam

On the way back to Klang..huhuhu sedih..
 Sekianlah cerita saya untuk kali ni. Thanks kerana sudi singgah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...