Assalamualaikum pembaca budiman,
Harap semua berada dalam keadaan yang membahagiakan. Masih belum habis beraya ke? Biasanya undangan rumah terbuka akan menjadi-jadi bila dah hujung-hujung raya ni kan? Apa-apa pun waspada dengan pengambilan makanan anda. Jangan makan berlebih-lebihan pulak, nanti berat badan susah nak turun.
Oklah, layan gambar-gambar untuk kek yang pertama selepas raya ni. Kek ni order from my colleague untuk sambut hari jadi anaknya di sekolah. Thanks Lal, hope your son were like it.
Nak order ke? Jangan segan-segan ye, call atau sms saya ye 012-2042485. Kalau malu boleh emel la ke suraineewahab@yahoo.com. Harga ? Murah jer, RM65 untuk 1.5kg. Gambar boleh customize.
Ok, Wassalam.
Wednesday, September 12, 2012
Tuesday, September 11, 2012
Jom Masak Nasi Arab
Assalamualaikum pembaca budiman.
Seperti yang saya janjikan, disini saya tampalkan resepi nasi arab simple versi myluvbakery.
Kalau sesapa yang baru-baru berjinak nak masak nasi arab, bolehlah cuba. Gerenti senang dan cepat.
Bahan-bahan :
1 kg Beras Basmathi ( Saya guna brand PUSA)
Ayam potong 4 ( saya guna 2 potong jer, kalau 2 kg Beras baru guna 4 potong)
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 sudu besar tomato puri
3 sudu makan minyak sapi ( saya guna 2 sudu makan + 2 sudu makan minyak biji bunga matahari)
4 sekawan untuk menumis ( Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
1 kuib perasa ayam knorr
1/2 tin susu cair
2 sudu makan rempah campuran ( ayam, daging, kurma @ apa-apa jer yang ada, saya guna rempah gulai kawah)
Kunyit dan serbuk lada dan garam ( perap ayam)
Air- mengikut sukatan beras ( beras 4 pot, air 5 pot)
Sedikit garam
Setitik pewarna kuning
Bawang goreng dan kismis untuk hiasan
Cara-cara :
1) Basuh dan rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 1/2 jam.
2) Lumurkan kunyit, serbuk lada hitam dan garam pada ayam serta perap untuk 15 minit.
3) Panaskan minyak sapi dan minyak serta tumis 4 sekawan.
4) Tumiskan bawang putih dan bawang merah (potong dadu)
5) Masukkan tomato puri dan rempah campuran.
6) Masukkan ayam, susu, air,kuib knorr atau garam dan pewarna (jika perlu)
7) Biarkan mendidih @ hingga ayam empuk
8) Masukkan beras dan tutup hingga nasi masak.
9) Bila hampir masak, kacau dan masukkan bawang goreng dan kismis.
10) Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba.
Friday, June 29, 2012
Promosi Biskut Raya 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pembaca budiman yang sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah.
Ok..tak nak cerita panjang lebar. Ini sebahagian biskut raya di Ain's Cake & Choc House untuk 2012 ni.
Keistimewaan biskut di Ain's Cake & Choc House :
Ok..tak nak cerita panjang lebar. Ini sebahagian biskut raya di Ain's Cake & Choc House untuk 2012 ni.
1) Gabungan biskut dan kekacang yang menambahkan kandungan serat serta meningkatkan pengambilan serat anda.
2) Kurang manis dan lebih rasa coklat dengan penggunaan dark chocolate.
3) Penggunaan gula yang bersesuaian tanpa menjejaskan rasanya.
4) Menggunakan tepung yang bermutu tinggi.
5) Menggunakan butter bukan margerin.
6) Tiada penggunaan bahan pengawet.
7) Fresh from oven..
Untuk order..pls pm me melalui emel : suraineewahab@yahoo.com or sms 012-2042485 atau melalui pengedar-pengedar yang boleh dihubungi melalui fb :
Puchong/Putrajaya : Niey Wahab
Cheras : Sarina Wahab / Nora Wahab
Port Klang : Ermizal Emi
Kota Masai Johor : Hairul Nizam / Aini Lazim
Berminat jadi pengedar ? Pls PM me..lumayan dong..
Wassalam
![]() |
| Rempeyek Kacang Berempah resepi tradisional. |
![]() |
| Almond London dengan sebiji badam dan menggunakan real dark chocolate. Semestinya lebih sedap dengan rasa coklat yang sebenar. |
![]() |
| Red Pearl dengan gabungan emping jagung dan dessicated coconut. Sangat istimewa dengan rasa biskut kelapa yang rangup. |
![]() |
| Greenn Peas. Rasa kacang hijau yang lemak-lemak manis membuatkan anda tak puas menikmatinya. |
![]() |
| Snow Almond kegemaran ramai. Biskut rangup yang disaluti dark chocolate yang pastinya memikat tetamu anda di hari raya. |
![]() |
| Suji Almond.. Gabungan suji dan tepung almond pastinya menambat selera sesiapa sahaja yang menikmatinya. |
![]() |
| All time favourite..Tat nenas..dengan tepung yang gebu serta inti nenas yang manis. Sungguh enak dinikmati di hari raya, |
![]() |
| Almond Rocher..rice crispies dengan dark chocolate yang sentiasa menjadi kegemaran semua. |
![]() |
| Chocolate Chip Walnut..biskut rangup dengan coklat cip serta kacang walnut yang pastinya membuatkan anda tak puas menikmatinya. |
![]() |
| Istimewa buat penggemar oat..biskut coklat dengan campuran oat dan badam hiris yang amat menyelerakan. |
Untuk order..pls pm me melalui emel : suraineewahab@yahoo.com or sms 012-2042485 atau melalui pengedar-pengedar yang boleh dihubungi melalui fb :
Puchong/Putrajaya : Niey Wahab
Cheras : Sarina Wahab / Nora Wahab
Port Klang : Ermizal Emi
Kota Masai Johor : Hairul Nizam / Aini Lazim
Berminat jadi pengedar ? Pls PM me..lumayan dong..
Wassalam
Wednesday, May 30, 2012
Hatiku sedih dan pilu
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman,
Semalam aku menangis lagi
Menangis mengenangkan arwah baby
Rindunya
Rindu yang teramat sangat
Rindu akan senyuman dan hilai tawanya
Walaupun jarak dan masa menjadi garis pemisah
Namun kerinduan yang berbuku di hati
Sukar untuk dilepaskan
Dalam kerinduan ini
Mama akur kehendak takdir
Takdir yang telah ditentukan oleh Maha Pencipta
Takdir yang telah ditetapkan oleh Maha Berkuasa
Kerana sesungguhnya
Allah lebih mengetahui apa yang jelas dan yang tersembunyi
Mungkin tersembunyi seribu rahmat
Yang didatangkan bersama kedukaan ini
Akhirnya
Melewati malam yang panjang
Mama terlena
Dalam dakapan baju-baju baby
Yang baby tinggalkan buat mama
Semalam aku menangis lagi
Menangis mengenangkan arwah baby
Rindunya
Rindu yang teramat sangat
Rindu akan senyuman dan hilai tawanya
Walaupun jarak dan masa menjadi garis pemisah
Namun kerinduan yang berbuku di hati
Sukar untuk dilepaskan
Dalam kerinduan ini
Mama akur kehendak takdir
Takdir yang telah ditentukan oleh Maha Pencipta
Takdir yang telah ditetapkan oleh Maha Berkuasa
Kerana sesungguhnya
Allah lebih mengetahui apa yang jelas dan yang tersembunyi
Mungkin tersembunyi seribu rahmat
Yang didatangkan bersama kedukaan ini
Akhirnya
Melewati malam yang panjang
Mama terlena
Dalam dakapan baju-baju baby
Yang baby tinggalkan buat mama
![]() |
| beberapa jam selepas dilahirkan |
![]() |
| Usia 8 hari |
![]() |
| Usia 2 bulan |
![]() |
| Usia 4 bulan |
![]() |
| 2 minggu sebelum baby tinggalkan mama Andainya mama tahu itulah senyuman yang terakhir baby tinggalkan buat mama..... |
![]() |
| Kasih sayang mama tidak pernah padam buat baby..ingatan dan rindu mama tersemat disetiap helaan nafas mama...
Alfatihah buatmu sayang.
Nukilan rindu mama
30 Mei 2012
|
Monday, May 28, 2012
Pulut Serunding Kelapa
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Resepi hari ini pulut dengan serunding kelapa. Pulut ni biasanya saya akan buatkan untuk sarapan.
Bahan-bahannya
Beras pulut - basuh dan tanak macam biasa. Masukkan sedikit garam.
Tips : masukkan lebih kurang 1 sudu makan minyak agar beras pulut lebih berderai.
Bahan untuk serunding
1 biji kelapa parut
2 sudu makan udang kering ditumbuk *
2 biji cili merah basah *
3 sudu makan cili kisar *
2 ulas bawang putih *
1 ulas bawang besar *
2 sudu makan ketumbar *
Garam
Asam jawa segera
Serbuk kunyit
satu helai daun kunyit
Minyak untuk menumis
* bahan untuk dikisar
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar.
2. Masukkan garam, asam jawa dan kunyit secukupnya.
3. Masukkan kelapa dan goreng sehingga kelapa agak kering.
4. Masukkan hirisan daun kunyit.
5. Sedia untuk dihidang.
Resepi hari ini pulut dengan serunding kelapa. Pulut ni biasanya saya akan buatkan untuk sarapan.
Bahan-bahannya
Beras pulut - basuh dan tanak macam biasa. Masukkan sedikit garam.
Tips : masukkan lebih kurang 1 sudu makan minyak agar beras pulut lebih berderai.
Bahan untuk serunding
1 biji kelapa parut
2 sudu makan udang kering ditumbuk *
2 biji cili merah basah *
3 sudu makan cili kisar *
2 ulas bawang putih *
1 ulas bawang besar *
2 sudu makan ketumbar *
Garam
Asam jawa segera
Serbuk kunyit
satu helai daun kunyit
Minyak untuk menumis
* bahan untuk dikisar
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar.
2. Masukkan garam, asam jawa dan kunyit secukupnya.
3. Masukkan kelapa dan goreng sehingga kelapa agak kering.
4. Masukkan hirisan daun kunyit.
5. Sedia untuk dihidang.
Sunday, May 27, 2012
Lala / Kerang Masak Belacan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pembaca budiman yang dihormati sekalian. Sebenarnya, sejak akhir-akhir ini malas sangat nak berbloging. So, apa kata saya tempekkan dua tiga resepi yang saya pernah cuba. Masakan ini kegemaran anak sulung saya.
Bahan-bahan
1 kg kerang atau lala
3 sudu makan cili kering kisar
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
2 inci belacan ( boleh kurang atau tambah)
2 batang serai (titik)
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 keping asam gelugor
Minyak masak untuk menumis
garam secukupnya
Cara-cara
1. Basuh kerang /lala dengan bersih dan toskan.
2.Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuning-kuningan.
3. Masukkan bawang besar dan cili kisar. Biarkan seketika sehingga cili agak garing. Jika kering, tambahkan sedikit air.
4. Masukkan belacan, asam keping dan serai.
5. Masukkan sos cili, sos tiram dan garam.
6. Akhir sekali, masukkan kerang atau lala.
7. Biarkan masak lebih kurang 10 minit.
8. Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba
Pembaca budiman yang dihormati sekalian. Sebenarnya, sejak akhir-akhir ini malas sangat nak berbloging. So, apa kata saya tempekkan dua tiga resepi yang saya pernah cuba. Masakan ini kegemaran anak sulung saya.
Bahan-bahan
1 kg kerang atau lala
3 sudu makan cili kering kisar
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
2 inci belacan ( boleh kurang atau tambah)
2 batang serai (titik)
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 keping asam gelugor
Minyak masak untuk menumis
garam secukupnya
Cara-cara
1. Basuh kerang /lala dengan bersih dan toskan.
2.Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuning-kuningan.
3. Masukkan bawang besar dan cili kisar. Biarkan seketika sehingga cili agak garing. Jika kering, tambahkan sedikit air.
4. Masukkan belacan, asam keping dan serai.
5. Masukkan sos cili, sos tiram dan garam.
6. Akhir sekali, masukkan kerang atau lala.
7. Biarkan masak lebih kurang 10 minit.
| Lala |
| Kerang |
Selamat Mencuba
Tuesday, May 1, 2012
American Chocolate Fudge
Soooo cute....like her mummy
His father is a football player..maybe he also..later
Ok, kek ini di order oleh one of my friend kat JKWPKL sempena hari jadi anaknya. Hope she will like it. Bagi sesapa yang nak order..harga kek RM50 itu 1kg++ and plus RM15 for photo. Pls sms or email me for order ye.
Thank You. Love u al.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















