Friday, August 16, 2013

Salam Aidilfitri..rindu bertandang lagi..

Assalamualaikum buat pembaca budiman

 Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan selamat hari raya buat pembaca yang sudi menyinggah di danau buruk saya ini. Hari ini dah masuk raya yang ke-9, masih ada lagi yang bercuti dan ada yang dah mula kerja. Alangkah cepatnya masa berlalu. Rasanya belum terhapus kenangan indahnya Ramadhan. Entah kenapa, setiap kali Ramadhan menghilang, hati ini terasa begitu sayu dan pilu..rindunya akan Ramadhan tidak dapat digambarkan. Segala-galanya indah di bulan yang mulia itu. Rindu akan kelam kabut masa sahur yang dah nak habis waktu, rindu akan hiruk pikuk bazar Ramadhan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan, rindu akan kebisingan anak-anak semasa berbuka puasa.

Segala-galanya lebih indah lagi kerana pada tahun ini saya dapat berpuasa seminggu di kampung. Seronoknya dapat menyediakan juadah berbuka bersama ibu tersayang, berkesempatan juga ke bazar Ramadhan di Kok Lanas iaitu di daerah kelahiran saya. Pastinya pelbagai juadah masakan kelantan yang sangat dirindui dapat saya jamah. Paling indah apabila kami bersama-sama berterawikh adik beradik. Adik saya yang no-9 biasanya akan menjadi iman untuk sembahyang terawikh. Oh..rindunya saat-saat itu. 

Namun, dalam kegembiraan ini terselit jua kerinduan terhadap arwah anakanda tersayang Muhammad Syafiy Luqman bin Mohd Ezrin..yang dah pergi meninggalkan mama hampir 3 tahun. Ingatan mama terhadap sayang tidak pernah luput walau dalam keadaan apa jua pun. 
Semoga baby aman di sana. Mama berdoa hampir setiap hari agar suatu masa nanti kita akan ditemukan jua.
Alfatihah buatmu anakanda.


Arwah baby Shafiy













Sunday, June 16, 2013

Biskut Raya 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih kerana sudi menyinggah di teratak usang saya ni. Seperti tahun-tahun yang lepas..tahun ni Myluvbakery ada mengeluarkan biskut-biskut raya bermutu tinggi dibawah label Ain's Cookies untuk menyerikan lagi raya anda. Biskut raya keluaran kami :

1) 100% handmade dan homemade
2) Menggunakan hanya bahan yang terpilih dan bermutu tinggi
3) 100% keluaran Muslim dan halal
4) Rasa yang mewah dengan harga berpatutan



 Almond Rocher- gabungan rice crispy dan juga badam cincang disirami pula dengan dark chocolate yang sungguh lazat dan rangup
 

Chocolate Treasure-seperti namanya..chocolate treasure adalah gabungan cornflakes dan bisskut coklat yang disirami white chocolate. Rasa yang pasti memberikan kelainan. Pastinya makan satu tak cukup.
 
Snow Almond- biskut rangup perisa kopi yang disaluti dark chocolate yang sangat enak. Penuh dengan rasa coklat yang membuai perasaan anda..
 Chocolate Chips- all time favourite. Gabungan cip coklat dan kacang walnut yang sangat serasi memberikan kenikmatan dalm setiap kunyahan.


Crunchy Oats - gabungan badam, oat dan coklat yang pastinya sangat rangup dan rapuh sesuai untuk penggemar oat.
Tart epal rangup- pilihan penggemar epal
 Tart nenas- klasik tat nenas kegemaran  sepanjang masa

 Tat blueberry- variasi tat yang semakin digemari

 Tat Seri Tanjung- variasi tat nenas yang mencipta kelainan

 Red Velvet Cookies- biskut yang enak dengan rasa gajus yang pastinya memikat tetamu anda
  Green Peas- biskut yanng penuh dengan rasa kacang pea yang pastinya memberikan kepuasan kepada penggemar kacang pea.
 Suji snow- biskut suji yang menjadi kegilaan ramai

 Popia nestum
 Popia pedas
Rempeyek kacang tanah warisan asli

Bagi yang berminat mendapatkan Ain's Cookies, blh sms/call 0122042485 atau emel di suraineewahab@yahoo.com

Semoga Ain's Cookies dapat menceriakan raya anda.

Luv,
Sue (Ain)

Saturday, May 4, 2013

Bila kita nak balik lagi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Para pembaca yang disayangi semua. Dah lama sangat rasanya saya tak berblogging. Maklumlah penyakit M yang hinggap tu susah pula nak hilang. Malam ni tiba-tiba tertengok plak gambar-gambar masa balik kampung cuti sekolah yang lepas, takpelah jom saya kongsikan aktiviti bersama keluarga tercinta.

Kampung saya terletak nun jauh di Pantai Timur, mana lagi kelate la. Saya dibesarkan di Kampung Jal, Kok Lanas dan bersekolah di Sekolah Menengah Datuk Ahmad Maher, Kota Bharu. Lepas form 5 terus masuk UPM dan abis belajar kerja kat KL dan kahwin terus la menetap kat Klang. Saja jer nak introduce myself.

Oklah..jom layan gambar-gambar and suasana di kelantan yang sungguh permai.

Syoknya main air ye..ni kat Pantai Melawi..kat Bachok

Anak dan bapa

Zara yang kiut

Best BBQ kat tepi laut

Ini namanya kuih lompat tikam..kalau nak makan kena lompat dulu

My feveret..tapai pulut my mum

Ikan karipap..

Ketupat palas..yummy

Ini buah mulong@ onde-onde

Sambal sihat..less garam

On the way back to Klang..huhuhu sedih..
 Sekianlah cerita saya untuk kali ni. Thanks kerana sudi singgah.

Sunday, March 17, 2013

Salam rindu

Paha ayam goreng madu berbijan


Assalamualaikum dan salam sejahtera..pembaca dan penyinggah yang budiman..

Lama rasanya tak update blog ni..maklumlah banyak sangat urusan-urusan yang perlu diselesaikan. Apa-apapun thanks to my customer yg setia bersama myluvbakery. Just nak bagi tau pada yang belum tau..sila like page myluvbakery ye di www.facebook.com/myluvbakery.

As always, hari minggu adalah hari yang sibuk especially for working mothers. Hari minggu la hari utk manjakan family dengan air tangan sendiri kan. Oklah..just nak kongsi resepi hari ni dengan pembaca semua.

 Bahan-bahan

 8 ketul paha ayam ( diperap dengan garam dan kunyit)

 Bahan sos:

3 sudu makan Sos manis ABC
1 sudu makan kicap manis / masin
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan madu
3 ulas bwg putih
5 biji bawang merah
sedikit air ( 1/2 cawan)
Daun bawang dan daun sup
Bijan untuk hiasan
1 sudu besar minyak utk menumis

Cara-cara : 
1. Goreng ayam sehingga kekuningan, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Tumiskan bawang merah hingga garing. 
4. Masukkan kesemua sos dan air.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan tutup sebentar.
6. Sebelum angkat, masukkan daun sup dan daun bawang serta bijan.

Taraaa...dah sedia untuk dimakan. Pastinya menjadi kegemaran anak-anak anda.
Sehingga berjumpa lagi. 
Wassalam.  

Thursday, November 29, 2012

Chocolate 4U cause I LUV U

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar pembaca budiman. Semoga kita semua berada di bawah lindungan dan kasih sayangNya. Amin. 

Minggu ni 2 kali saya melihat mayat terbaring di atas jalan raya akibat kemalangan. Setiap kali melihat mayat yang bergelimpangan itu, hati saya tiba-tiba rasa sebak dan hiba. Tiba-tiba saya memikirkan andainya perkara yang sama menimpa saya, bagaimanalah dengan anak-anak saya nanti. Ya lah, tiap-tiap hari memandu sejauh 120km pergi dan balik, apa-apapun boleh terjadi. Segalanya saya serahkan hanya padaNya, cuma mampu berdoa agar dijauh dari segala bala dan bencana.

Apa-apapun entry saya pada kali ini just nak share. Hargailah masa-masa yang kita ada bersama orang-orang yang kita sayang. Janganlah kita asyik nak bertekak je dengan adik beradik atau jiran tetangga. Ada jiran saya yang dah 12 tahun tak bertegur sapa ngan adik beradik. Ruginya la. Ingatlah ye, kita ni bukannya nak menongkat langit pun. Bila-bila masa pun kita boleh di panggil mengadapNya. 

Lebih-lebih lagi bagi suami/isteri. Janganlah sampai bermasam muka dan bertegur sapa. Enth-entah malam ni malam yang terakhir kita bersamanya. Jangan sampai kita menyesal seumur hidup. Andai ada sedikit kesilapan, maafkanlah dia. Luahkanlah kasih sayang terhadap suami/isteri anda. Beritahunya bahawa kita sangat berbangga memilikinya dan menyintainya sampai ke syurga.

Kalau malu nak luahkan dengan kata-kata, bolehlah order chocolate dari saya ye.



Berminat ? Hubungi saya ye di 012-2042485 atau emel suraineewahab@yahoo.com

Wednesday, November 28, 2012

Lokam Masak Sambal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni saya nak kongsi satu resepi yang menarik, mudah dan sedap.    Resepi lokam masak sambal.


Lokam di rebus terlebih dahulu

mmmmm..yummy

Bahan-bahannya :

3kg lokam ( direbus dan diambil isinya)
1 labu bawang putih
1 labu bawang besar kuning
7 biji bawang merah kecil
1 inci halia
6 sudu makan cili kisar
1 ketul kecil belacan
1 sudu kecil pati asam jawa
sedikit gula melaka.
sedikit garam dan perisa tambahan

cara-cara :

1. Mayang bawang putih, bawang besar dan bawang merah.
2. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, belacan dan pati asam jawa. Masukkan sedikit air. Masak sehingga sambal kelihatan kehitam-hitaman. Tambah air jika kering. 
4. Masukkan halia dan gula melaka.
5. Masukkan lokam yang telah direbus.
6. Masukkan garam dan bahan perisa.
7. Sedia untu dihidang.

Selamat menjamu selera.



Monday, November 26, 2012

Syoknya Balik Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Semoga pembaca semua berada di bawah payung rahmatNya. Macamana dengan hari anda semua hari ini, harap-harap hari ini adalah lebih baik berbanding hari semalam. Hari ni saya takde  cerita pasal kek atau coklat, cuma nak kongsi saat indah saya balik kampung 2 minggu lepas. 

Kampung saya kat Kok Lanas, Kelantan. Dah lama rasanya tak balik kampung sesekali balik syookkk sangat. Hilang rasanya segala kepenatan kerana jauh perjalanan. Kalau balik kami selalunya balik dengan kereta, jarang balik ngan kapal terbang. Kalau balik ngan kereta tu macam bebas la suka hati nak berhenti kat mana. Maklumlah bawak budak-budak ni macam-macam kerenahnya.

Apa-apapun malas nak citer panjang, layanlah gambar-gambar ni.

Seronoknya menyedut air kelapa. Ni kat PCM makan colek sotong.


Heroes in my life

ni pun kat PCB 



Pulut pagi..sedapnya

Lokam..sedap banyak jual kat tepi pantai

Lokam masak sambal

Pucuk ketereh..ulam ambik kat belakang rumah

Gambar pokok cili tuk mek..

Itu je cerita kampung saya. Jumpa lagi di lain masa. Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...