Friday, May 20, 2011

Andai ku tahu senyumanmu ini yang terakhir..

Salam jumaat to all blogger dan my follower yang dihormati..
Malam tadi melihat kisah sedih seorang ibu yang kehilangan tiga anak yang mati lemas di sungai tempat berkelah. Sayu dan pilu melihat tangisan seorang ibu yang hilang ketiga-tiga anak sekaligus dalam sekelip mata. Tanpa saya sedar, saya terlalu sebak mengenangkan kesedihan yang ditanggung oleh ibu ini. Saya tahu dan saya mengeri bagaimana rasanya kehilangan anak. Sedangkan saya yang hilang satu anak ini pun sudah tak mampu nak menanggungnya, apatah lagi ibu ini yang hilang tiga anak sekaligus. dan lebih menyedihkan, mayat salah seorang anaknya masih belum dijumpai. Bagaimanalah agaknya ibu ini menghadapi saat-saat ini. Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan pada ibu ini menghadapi ujianMu yang maha hebat ini.

Memang..tidak ada sesiapapun yang akan dapat menolong ibu ini menghadapi saat-saat ini. Sama seperti saya, lebih sebulan selepas kehilangan anak saya..saya umpama bernyawa tapi hidup. Saya hilang pedoman buat sementara waktu..dan saya mula mencari dimana silapnya saya..apakah saya lalai dalam menjaga baby saya dan saya mula menyalahkan diri sendiri.

Namun, setelah berjumpa dengan seorang ustaz dan ahli agama..saya mula menyedari bahawa semua yang berlaku memang telah ditakdirkan. Semua yang berlaku telah dirancang dan tidak ada sesiapapun di muka bumi ini dapat melawan takdir Allah. Tidak ada gunanya saya menyalahkan diri dan tidak ada gunanya saya menyalahkan Takdir..kerana saya jua adalah hambaNya. Suatu msa dan ketika saya juga akan pergi mengadapNya sebagaimana baby saya.
Sejak dari itu, saya mula bangkit dan mencuba untuk hidup kembali bersama sisa-sisa kenangan yang ditinggalkan. Saya cuba mencari kekuatan diri, bersujud dan menyerah hanya kepadaNya. saya menangis dan mengadu di sejadah..memohon agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Alhamdulillah...kini saya sudah mula bangkit kembali. namun, sesekali kerinduan mendatang tidak dapat ditahan kerana kasih seorang ibu tiada siapa dapat menafikan.


Sayang mama baby shafiy,
Andainya mama tahu kau akan pergi dulu sebelum mama,
Akan mama peluk dan cium mu setiap waktu,
Mama tidak akan meninggalkanmu walau sesaat pun,
Akan mama habiskan sisa-sisa waktu bersama baby,
Agar mama tidak terkilan dalam kerinduan.

To all working mums,
Jadikanlah setiap detik bersama anak atau suami
Adalah detik yang terindah
Kerana
Mungkin itulah saat terakhir bersamanya.
Akhir kalam,
Semoga hari-hari yang kita lalui diberkatiNya.Amin.

2 comments:

  1. Yang pergi,tetap pergi. Yang hidup,teruskan kehidupan!Ini lumrah alam,kerana sudah dijanjikan yg hidup pasti mati!Bykkan berwirid dan membaca alQuran, semoga Su mendapat ketenangan. Allah tidak akan turunkan dugaan kpd seseorang yang tidak mampu tertanggung olehnya. Allah memilih Su, kerana tahu Su tabah n mampu menanggungnya...sesuatu yg dijadikan Allah pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  2. mama syafiy, mamanurin pun rindu kat Mia..arggg sedihnya baca entry ni..moga kuat dan tabah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...