Salam to all blogger..
Semoga sentiasa dalam rahmatNya. Hari Jumaat yang lepas, hati ini tiba-tiba sebak. Anak yang no.2 bertanyakan soalan yang tidak mampu dijawab.
Adik : Mama, kenapa baby Shafiy tu tak sakit tiba-tiba dia meninggal Ma?
Adik : Adik tahu, baby Shafiy tu dah tak sabar-sabar nak jumpa Allah kan Ma?
Sesungguhnya soalan itu memang tidak mampuku jawab. Hanya sebak dan sesak mula menyempitkan rongga dada. Hati ini tiba-tiba terfikir, sedangkan diriku tak mampu menanggung bebanan kerinduan, bagaimanalah agaknya dengan anak-anakku. Mungkin kita tidak memahami perasaan kerinduannya. Dalam usia yang muda, sesungguhnya terlalu sukar bagi anak-anakku menerima semuanya ini. Namun, aku harapkan agar masa yang berlalu akan dapat mengubati kerinduannya.
Sebelum mengakhiri, layanlah gambar-gambar kek order weekend ni..choc moist cake dengan butter cream, chocolate oreo cheese cake and black forest. Kek ni order dari keluarga Banting.Thanks Noni..Nanti order lagi tau..harap suka dengan choc cheese yang meleleh-leleh tu. Hehehehe...
Wassalam
Alahai...sayunya hati mendengar bicara sang abg yang masih tidak mengerti.Semoga su terus kuat dan tabah dalam mendepani setipa ujian dariNYA.
ReplyDeleteAlfatihah untuk adik shafiy yang comeiii.
moge Allah terus kuatkan semangat k.su..sgt comel adik syafiy..insyallah arwah syafiy menunggu utk bawa ahli keluarga bersama ke syurga..ameen =D
ReplyDeletexsabar nk rasa cis tat, choc n cupcakes yg dioder..tq k.su