Saturday, June 11, 2011

Kisah di Tanah Kubur ( Part 2)

Assalamualaikum..to all my follower and my reader
Semoga sentiasa dalam rahmatNya..
Maaflah pada sesapa yang dah lama tunggu kisah di tanah kubur ni..bukan apa tiba-tiba jer macam takde mood tu yang tergendala jer

sambungan part 1...

satu hari seperti biasa kami anak beranak akan melawat kubur arwah baby Shafiy...entah kenapa tiap kali melawat kuburnya saya terasa seolah-olah baby melambai-lambai dan tersenyum..itu yang membuatkan hati saya tenang sangat..

Sedang kami duduk membaca ayat-ayat suci Al-quran tiba-tiba.."Assalamuaalaikum"..
"waalaikumussalam.".jawab en asben.."bang, tak nak buat batu nisan ke bang..kepok ke..dah lama dah saya perhati abang selalu jer datang..kubur anak ke?'.."a'ah..nantilah saya pikir dulu"..jawab en asben..oklah bang, ni kad saya..apa-apa call lah yer..

"Laa..ingatkan sapa..aikk kat kubur pun boleh berbisnes ke?" bisik hati kecil saya
Sebenarnya inilah persoalan yang berlegar-legar di fikiran saya...macam-macam pendapat yang saya dengar pasal nisan dan kepok ni..en asben pun dah merujuk pada pakar hadis dan jawapannye tetap sama..berikut adalah beberapa hadis mengenai kepok dan nisan ni yang saya google lah..

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan:
Dilaknat pembuatnya (orang yang bersolat, membina masjid atau binaan di kuburan), wajib bersegera merobohkannya dan merobohkan kubbah yang dibina di atas kubur kerana membinanya lebih bahaya dari masjid ad-Dirar yang dibina kerana bermaksiat terhadap Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam yang mana baginda telah melarang dari melakukan yang sedemikian.

Berkata Imam al-Baghawi rahimahullah: Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur, kerana Umar radhiallahu anhu setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.Berkata imam Syafei: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut [yg meruntuhkan binaan ats kuburan] dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.

”Katanya lagi: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”

Imam as-Syafie juga berfatwa: Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kubur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya.

Imam al-Nawawi rh. berkata : Makruh : mengecat, membina bangunan dan menulis diatas kubur. Haram : Jika dibina bangunan diatas kubur orang awam (musabbalah atau waqaf) maka hendaklah dimusnahkan” (Minhaj al-Thalibin, ms 360). Didalam al-Majmu’, al-Nawawi mengatakan : “Berkata sahabat-sahabat kami Rahimahullah: “Tidak ada perbezaan antara membina bangunan (di atas kubur) sama ada membina kubbah atau rumah atau seumpama keduanya.

Kemudian hendaklah diperhatikan, jika kubur itu kubur musabbalah (kubur orang awam) adalah haram di atasnya berbuat demikian…. Jika sekiranya kubur itu milik persendirian, adalah harus membina bangunan, ianya dihukumkan makruh dan tidak perlu dirobohkan” [al-Majmu‘: 5/260].

jadi..bila baca hadis-hadis ni kami sekeluarga sepakat, tak pelah tak payahlah kita letak nisan dan kepok....sedangkan kubur para sahabat yang di muliakan Allah pun biasa jer..siapalah kita ni kan..
Layanlah kubur para sahabat dan bandingkan dengan kubur-kubur yang pernah kita lawat ye..

Kubur 10,000 sahabat di Baqi'
perkuburan di ma'la Mekah

sumber : dupahang.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...