Sunday, September 30, 2012

Buttercream Cake For Order..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar pembaca semua. Dah lama juga saya tak update  blog ni. Dah nampak tak ada sawang tu? Hehehe..maklumlah banyak juga tugas-tugas lain yang perlu diselesaikan. Selain daripada sibuk kerja, sibuk juga melayan anak-anak. Tetapi bak kata orang, walau apapun yang terjadi..hidup mesti kita teruskan juga. Walau sesibuk mana pun kita, tugas dan tanggungjawab terhadap keluarga haruslah diutamakan.    

Minggu lepas ada mesyuarat kat Avillion Melaka, sambil-sambil tu bawa anak-anak berjalan sekali. Kalau musim cuti sekolah, hotel mesti penuh. Ni, bukan musim cuti, oklah..tapi anak-anak terpaksa dipontengkan. Hahaha..seronok betul mereka.

Apa-apapun, layanlah gambar-gambar ni yer. 

Amboiii..seronoknya mandi..mama yang penat keje korang berseronok ya..

Cantik tak kolamnya..

Bessnyaaaa....

Gambar kat atas Muzium yang bentuk kapal tu..lupa nama muziumnya...

Melaka River Cruise..tempat pelancongan popular kat sini

Ni lah water taxi yang kami naik..kalau tak silap tiketnya dewasa RM10, kanak-kanak RM5

Walau pun sibuk, mama tetap akan buat kek..

Cantik tak pagar ni..

Bunga yang mekar kembang di taman 

Sedap ke keknya? Kalau nak tau kenalah order, yang pastinya kek dijamin halal kerana saya hanya menggunakan barangan yang halal sahaja. Harga? Murah jer..1kg ++ cuma RM50. Nak order? Sms atau call yer..012-2042485.

Wassalam..

Sunday, September 23, 2012

Rainbow cake


Assalamualaikum pembaca budiman..
Macamana dengan hari minggu ni? Banyak keje yang kene settlekan terutama untuk kaum-kaum ibu. Disamping kesibukan melayan anak-anak, sempat juga saya siapkan rainbow cake order dari seorang teman. 








Kalau nak order, bolehlah call atau sms saya ye.

Wassalam.

Minggu yang sibuk

Assalamualaikum...

Macamana dengan hari anda semua? Harap-harapnya semua berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah..minggu ni banyak juga order daripada kawan-kawan. Walau sesibuk manapun, saya sangat teruja untuk menyiapkan tempahan daripada kawan-kawan.



Fondant Cupcake untuk hantaran

Buttercream cupcake

Baby cuppies..RVC

Edible Image Cake..for my son



Terima kasih kepada teman-teman yang sudi menempah. Untuk tempahan, sms to 012-2042485. 
Thank You.

Wassalam.


Sunday, September 16, 2012

Rumah Terbuka Vs Sambutan Hari Lahir

Assalamualaikum..
Semoga semua berada dalam keadaan yang menggembirakan. Alhamdulillah..tercapai juga hajat nak mengadakan majlis rumah terbuka dan sambutan Hari Jadi Ke-6 buat putera ke-2 ku Muhammad Syazwan Luqman Mohd Ezrin. Terima kasih kepada semua yang sudi membantu melancarkan lagi majlis rumah terbukaku. Layan je lah gambar-gambarnya yer..
















 
Wassalam.

Wednesday, September 12, 2012

Spiderman Is Coming Back

Assalamualaikum pembaca budiman,
Harap semua berada dalam keadaan yang membahagiakan. Masih belum habis beraya ke? Biasanya undangan rumah terbuka akan menjadi-jadi bila dah hujung-hujung raya ni kan? Apa-apa pun waspada dengan pengambilan makanan anda. Jangan makan berlebih-lebihan pulak, nanti berat badan susah nak turun.

Oklah, layan gambar-gambar untuk kek yang pertama selepas raya ni. Kek ni order from my colleague untuk sambut hari jadi anaknya di sekolah. Thanks Lal, hope your son were like it.



 
Nak order ke? Jangan segan-segan ye, call atau sms saya ye 012-2042485. Kalau malu boleh emel la ke suraineewahab@yahoo.com. Harga ? Murah jer, RM65 untuk 1.5kg. Gambar boleh customize.
Ok, Wassalam.

Tuesday, September 11, 2012

Jom Masak Nasi Arab


Assalamualaikum pembaca budiman.

Seperti yang saya janjikan, disini saya tampalkan resepi nasi arab simple versi myluvbakery.
Kalau sesapa yang baru-baru berjinak nak masak nasi arab, bolehlah cuba. Gerenti senang dan cepat.

Bahan-bahan :

1 kg Beras Basmathi ( Saya guna brand PUSA)
Ayam potong 4 ( saya guna 2 potong jer, kalau 2 kg Beras baru guna 4 potong)
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 sudu besar tomato puri
3 sudu makan minyak sapi ( saya guna 2 sudu makan + 2 sudu makan minyak biji bunga matahari)
4 sekawan untuk menumis ( Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
1 kuib perasa ayam knorr
1/2 tin susu cair
2 sudu makan rempah campuran ( ayam, daging, kurma @ apa-apa jer yang ada, saya guna rempah gulai kawah)
Kunyit dan serbuk lada dan garam ( perap ayam)
Air- mengikut sukatan beras ( beras 4 pot, air 5 pot)
Sedikit garam
Setitik pewarna kuning
Bawang goreng dan kismis untuk hiasan


Cara-cara :

1) Basuh dan rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 1/2 jam.
2) Lumurkan kunyit, serbuk lada hitam dan garam pada ayam serta perap untuk 15 minit.
3) Panaskan minyak sapi dan minyak serta tumis 4 sekawan.
4) Tumiskan bawang putih dan bawang merah (potong dadu)
5) Masukkan tomato puri dan rempah campuran.
6) Masukkan ayam, susu, air,kuib knorr atau garam dan pewarna (jika perlu)
7) Biarkan mendidih @ hingga ayam empuk
8) Masukkan beras dan tutup hingga nasi masak.
9) Bila hampir masak, kacau dan masukkan bawang goreng dan kismis.
10) Sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...