Sunday, June 19, 2011

Beriani Udang Istimewa Hari Bapa

Salam to all my followers and readers
Semoga kalian semua sentiasa di dalam rahmatNya..Amin.

Alamakkk...banyak sarang labah-labah kat blog ni..hehehe.sorry lama tak update. Sibuk sikit laa. Last week balik kampung kat Kok Lanas, Kelantan. Kebetulan terpaksa menghadiri Kelantan Health Conference tu yang ambik kesempatan balik kampung. Lagipun En.Asben sekarang dah tak makan gaji..so anytime free je laa.

Penat balik kelantan belum hilang lagi..daripada petang semalam En. Asben mintak masakkan nasi beriani udang..fikirkan penat macam malas jer..tapi takpelah..lagipun boleh gak masakkan sempena sambutan Hari Bapa kan.

Hari Bapa? Hmmm...yelah tanpa seorang bapa, ayah, walid, babah, dad or papa..takkan ada kita kat dunia ni kan..sempena hari bapa kalau yang dah lama tak tipon ayah kat kampung tu..bolehlah tipon dan tanya khabar. kalau yang dah meninggal tu..apa kata luangkan masa di hari minggu ni jengok kuburnya atau sedekahkanlah surah Yassin atau Al-Fatihah. Kenangilah pengorbanan dan penat lelah seorang bapa dalam mencari rezeki untuk membesarkan kita. Semoga bapa/ayah kita dipanjangkan umur dan diberkati dengan rahmat kesihatan tubuh badan agar dapat mengerjakan ibadah kepadaNya. Aminnn.



Nasi Beriani Udang


Ok..sebelum berpisah saya tempekkan gambar-gambar hidangan hari ini. Nak resepi ke? next entry yaa.


Kari Ayam dan Terung

Udang Goreng Kunyit

Sunday, June 12, 2011

Go nut with nutty wholemeal bread


Salam to all blogger and follower yang dirahmati Allah sekalian..
Hari ini saya nak kongsi satu resepi istimewa iaitu nutty wholemeal bread. Pernah makan wholemeal bread tak? Mungkin ada antara pembaca semua pernah makan roti wholemeal ni kan. Ala yang orang kampung selalu panggil roti jagung tu..(padahal sebiji jagung pun takde dalam tu..hihihi). Roti ni biasanya popular di kalangan orang yang ada penyakit kencing manis jer..tapi sebenarnya roti ni bagus untuk kesihatan.

Fakta mengenai fiber/serat :

1) Boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik
2) kandungan serat yang tinggi memberikan rasa kenyang, sesuai untuk mereka yang sedang berdiet
3) kandungan karbohidrat kompleks yang baik sesuai untuk kestabilan glukosa dalam darah
4) Tinggi dengan kandungan vitamin juga terutama B kompleks

Jadi, jom kita pakat makan wholemeal bread ramai-ramai. Di sini saya sertakan resepi kalau nak buatlah..kalau malas apa lagi dial jer no ni 012-2042485 dan make your order.

Bahan-bahannya :

320 ml air sejuk
60 ml telur
2 sudu besar minyak masak
450 gm wholemeal flour
150 gm tepung roti
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula halus
15gm yis segera
1sudu teh bread improver
1sudu teh bread softener

Kekacang :

3 sudu besar biji bunga matahari
3 sudu besar biji kuaci
3 sudu besar walnut yang dicincang halus
2 sudu besar black poppy seed
5 sudu besar kismis hitam /kuning

caranya:-
1) masukkan kesemua bahan kedalam mixer kecuali kekacang dan uli hingga sebati selama 10 minit
2) masukkan kekacang dan biarkan naik sehingga sekali ganda
3)Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (ikut suka)
4)Bakar dlm oven temp 180 hingga roti kekuningan
5)Sebaik sahaja diangkat, sapukan sedikit butter agar nampak berkilat dan lembut.

p/s : pastikan garam dan yis tidak bercampur kerana yis agak sensitif.
Selamat mencuba.

Saturday, June 11, 2011

Kisah di Tanah Kubur ( Part 2)

Assalamualaikum..to all my follower and my reader
Semoga sentiasa dalam rahmatNya..
Maaflah pada sesapa yang dah lama tunggu kisah di tanah kubur ni..bukan apa tiba-tiba jer macam takde mood tu yang tergendala jer

sambungan part 1...

satu hari seperti biasa kami anak beranak akan melawat kubur arwah baby Shafiy...entah kenapa tiap kali melawat kuburnya saya terasa seolah-olah baby melambai-lambai dan tersenyum..itu yang membuatkan hati saya tenang sangat..

Sedang kami duduk membaca ayat-ayat suci Al-quran tiba-tiba.."Assalamuaalaikum"..
"waalaikumussalam.".jawab en asben.."bang, tak nak buat batu nisan ke bang..kepok ke..dah lama dah saya perhati abang selalu jer datang..kubur anak ke?'.."a'ah..nantilah saya pikir dulu"..jawab en asben..oklah bang, ni kad saya..apa-apa call lah yer..

"Laa..ingatkan sapa..aikk kat kubur pun boleh berbisnes ke?" bisik hati kecil saya
Sebenarnya inilah persoalan yang berlegar-legar di fikiran saya...macam-macam pendapat yang saya dengar pasal nisan dan kepok ni..en asben pun dah merujuk pada pakar hadis dan jawapannye tetap sama..berikut adalah beberapa hadis mengenai kepok dan nisan ni yang saya google lah..

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan:
Dilaknat pembuatnya (orang yang bersolat, membina masjid atau binaan di kuburan), wajib bersegera merobohkannya dan merobohkan kubbah yang dibina di atas kubur kerana membinanya lebih bahaya dari masjid ad-Dirar yang dibina kerana bermaksiat terhadap Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam yang mana baginda telah melarang dari melakukan yang sedemikian.

Berkata Imam al-Baghawi rahimahullah: Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur, kerana Umar radhiallahu anhu setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.Berkata imam Syafei: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut [yg meruntuhkan binaan ats kuburan] dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.

”Katanya lagi: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”

Imam as-Syafie juga berfatwa: Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kubur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya.

Imam al-Nawawi rh. berkata : Makruh : mengecat, membina bangunan dan menulis diatas kubur. Haram : Jika dibina bangunan diatas kubur orang awam (musabbalah atau waqaf) maka hendaklah dimusnahkan” (Minhaj al-Thalibin, ms 360). Didalam al-Majmu’, al-Nawawi mengatakan : “Berkata sahabat-sahabat kami Rahimahullah: “Tidak ada perbezaan antara membina bangunan (di atas kubur) sama ada membina kubbah atau rumah atau seumpama keduanya.

Kemudian hendaklah diperhatikan, jika kubur itu kubur musabbalah (kubur orang awam) adalah haram di atasnya berbuat demikian…. Jika sekiranya kubur itu milik persendirian, adalah harus membina bangunan, ianya dihukumkan makruh dan tidak perlu dirobohkan” [al-Majmu‘: 5/260].

jadi..bila baca hadis-hadis ni kami sekeluarga sepakat, tak pelah tak payahlah kita letak nisan dan kepok....sedangkan kubur para sahabat yang di muliakan Allah pun biasa jer..siapalah kita ni kan..
Layanlah kubur para sahabat dan bandingkan dengan kubur-kubur yang pernah kita lawat ye..

Kubur 10,000 sahabat di Baqi'
perkuburan di ma'la Mekah

sumber : dupahang.wordpress.com

Wednesday, June 1, 2011

Di mana kan ku cari kekuatan diri yang rapuh...




Salam to all my follower yang dikasihi..
Semoga Allah memberkati perjalanan hidup anda hari ini..Amin
Lately, saya seringkali termenung dan bersedih
Entah kenapa kerinduan yang menerpa kadang-kadang sukar di usir
Payah sungguh menghilangkan kesedihan yang mendatang
Terasa sungguh kehilangannya

Ya Allah..sesungguhnya hambamu ini insan yang lemah
Aku terlalu lemah menerima takdirMu ini
Betapa jiwaku terlalu ampuh
Imanku terlalu tipis
Pecah jua benteng air mataku
Kerana sarat kerinduan yang tidak terbendung

Ya Allah..ampunilah dosaku
Kerana tidak pernah bersyukur dengan nikmat-nikmatMu
Betapa aku begitu angkuh Ya Allah..
Terlalu banyak nikmat yang Kau kurniakan
Tetapi aku tewas
Dengan satu ujian yang Kau berikan padaku
Aku mohon Ya Allah..Kau berikanlah aku kekuatan
Menerima ujianMu ini penuh ketabahan Ya Allah..
Amin.

Sunday, May 29, 2011

Kisah di Tanah Kubur (part 1)

Ahlan wasahlan to all my reader an follower
harap semuanya berada dlam rahmatNya
Kali ini saya nak cerita kisah-kisah di tanah kubur. Maklumlah setiap minggu saya akan ke kubur arwah baby Shafiy. Macam-macam bende yang bolehh saya ceritakan pasal kubur ni
Dulu bila sebut pasal kubur jer macam-macam yang menjelma dalam pemikiran saya. Saya akan terbayang tempat yang sunyi-sepi an semak samun

Yang ada hanyalah batu nisan yang berceracak.Tempatnya mestilah jauh dihujung kampung. Setiap kali terbayang akan kubur setiap kali itulah bulu roma akan meremang kadang-kadang tak boleh tidur dibuatnya. Maklumlah dulu-dulu asrama kat sebelah kubur aje. Jadi, bila sebut pasal kubur je 1001 perkara yang mengerikan dan menyeramkan akan bermain di kotak fikiran saya dan mungkin jua segelintir daripada pembaca semua kan..

Tapi sejak 13/12/2010 semua bayangan saya mengenai kubur hilang begitu saja. Malah tanah perkuburan di Selat Klang seakan-akan menjadi rumah kedua saya. Hati saya akan tenang bila berada di kubur arwah baby Shafiy.Melawat kuburnya adalah satu agenda wajib dalam hidup saya kini Saban minggu melawat kubur ada-ada jer peristiwa yang berlaku. Kadang-kadang bila datang ramai orang kat kubur kerana menghantar penghuni baru.

Kubur baru boleh dikatakan tiap-tiap hari digali. Kalau kat tanah perkuburan ni kubur orang dewasa dan kanak-kanak diasingkan.Kalau tengok dari segi ratio lebih banyak kubur orang dewasa di gali berbanding kubur kanak-kanak.
Sepanjang tempoh 5 bulan ni jer kubur baru kanak-kanak dalam 50 kot tapi kubur orang dewasa dah beratus-ratus kot.

Bila saya datang ke kubur jer seringkali saya termenung mengenangkan nasib saya. Sekurang-kurangnya orang yang kat 'dalam' tu dah pasti tanah kuburnya kat sini tapi saya? entah kat mana lah agaknya..Kadang-kadang pulak saya terfikir bagaimanalah nasib orang kat 'dalam' tu agaknya. Betullah kata para bijak pandai menziarahi kubur boleh menginsafkan kita menziarahi kubur juga boleh mengingatkan kita pada mati..dan mati itu sememangnya pasti datang..cuma bila dan bagaimana itu adalah Rahsia Allah..

Bila datang ke sini kadang-kadang saya jumpa orang yang sama
maksudnya dia pun sama cam saya datang tiap-tiap minggu
Ada tu datang masa hantar jer lepas tu terus tak muncul
Ada kubur meriah je hari minggu ngan anak cucu datang baca Yasin
Ada kubur sunyi sepi jer
So, bagi sesiapa terutamanya ibu bapa dah meninggal
kalau ada masa lapang dan kesenangan waktu
Pergilah melawat kubur mereka
Sedekahkanlah Al-fatihah buat mereka
Sesungguhnya itu jelah yang diharapkan daripada anak-anaknya

Satu hari seperti biasa saya akan ke kubur arwah Baby
Sedang saya duduk membersihkan kubur arwah tiba-tiba terpandang kelibat seseorang
"Assalamualaikum....
Siapakah atau apakah ia? Nak tahu ke? Bacalah next entry ya..
Wassalam.

Friday, May 20, 2011

Andai ku tahu senyumanmu ini yang terakhir..

Salam jumaat to all blogger dan my follower yang dihormati..
Malam tadi melihat kisah sedih seorang ibu yang kehilangan tiga anak yang mati lemas di sungai tempat berkelah. Sayu dan pilu melihat tangisan seorang ibu yang hilang ketiga-tiga anak sekaligus dalam sekelip mata. Tanpa saya sedar, saya terlalu sebak mengenangkan kesedihan yang ditanggung oleh ibu ini. Saya tahu dan saya mengeri bagaimana rasanya kehilangan anak. Sedangkan saya yang hilang satu anak ini pun sudah tak mampu nak menanggungnya, apatah lagi ibu ini yang hilang tiga anak sekaligus. dan lebih menyedihkan, mayat salah seorang anaknya masih belum dijumpai. Bagaimanalah agaknya ibu ini menghadapi saat-saat ini. Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan pada ibu ini menghadapi ujianMu yang maha hebat ini.

Memang..tidak ada sesiapapun yang akan dapat menolong ibu ini menghadapi saat-saat ini. Sama seperti saya, lebih sebulan selepas kehilangan anak saya..saya umpama bernyawa tapi hidup. Saya hilang pedoman buat sementara waktu..dan saya mula mencari dimana silapnya saya..apakah saya lalai dalam menjaga baby saya dan saya mula menyalahkan diri sendiri.

Namun, setelah berjumpa dengan seorang ustaz dan ahli agama..saya mula menyedari bahawa semua yang berlaku memang telah ditakdirkan. Semua yang berlaku telah dirancang dan tidak ada sesiapapun di muka bumi ini dapat melawan takdir Allah. Tidak ada gunanya saya menyalahkan diri dan tidak ada gunanya saya menyalahkan Takdir..kerana saya jua adalah hambaNya. Suatu msa dan ketika saya juga akan pergi mengadapNya sebagaimana baby saya.
Sejak dari itu, saya mula bangkit dan mencuba untuk hidup kembali bersama sisa-sisa kenangan yang ditinggalkan. Saya cuba mencari kekuatan diri, bersujud dan menyerah hanya kepadaNya. saya menangis dan mengadu di sejadah..memohon agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Alhamdulillah...kini saya sudah mula bangkit kembali. namun, sesekali kerinduan mendatang tidak dapat ditahan kerana kasih seorang ibu tiada siapa dapat menafikan.


Sayang mama baby shafiy,
Andainya mama tahu kau akan pergi dulu sebelum mama,
Akan mama peluk dan cium mu setiap waktu,
Mama tidak akan meninggalkanmu walau sesaat pun,
Akan mama habiskan sisa-sisa waktu bersama baby,
Agar mama tidak terkilan dalam kerinduan.

To all working mums,
Jadikanlah setiap detik bersama anak atau suami
Adalah detik yang terindah
Kerana
Mungkin itulah saat terakhir bersamanya.
Akhir kalam,
Semoga hari-hari yang kita lalui diberkatiNya.Amin.

Tuesday, May 17, 2011

Pulut Kuning, Rendang Daging

Salam to all my readers and follower..



Pulut kuning dan cupcake ni i buat sempena hari ulangtahun kelahiran arwah baby shafiy. Saya rasa macam tak adil kalau i celebrate my other son without celebrate arwah. So, my mum masakkan pulut kuning dan i buatkan rendang daging serta cupcake untuk dihantar pada jiran-jiran dan sedara mara. kalaulah arwah masih ada, i seakan-akan terbayang wajah cutenya semasa potong kek yang mama dia buatkan. Tapi, apakan daya sudah ditakdirkan. Yang pergi takkan kembali lagi..cuma tinggallah sisa-sisa kenangan manis buat peneman hidup mama.





Ada juga yang bertanya, bolehkah kita celebrate birthday orang yang takde..to me simple jer..i cuma berniat untuk bagi orang makan..salahkah? But, whatever it is...i will celebrate atau mengingati hari lahirnya setiap tahun selagi i terdaya..because to me he still alive in my memories.
Oklah..bagi sesiapa yang pernah merasai akan kehilangan ini..they will understand what i mean.

Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...